Silat Cekak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Silat Cekak Malaysia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Silat Cekak didakwa sebagai berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.[perlu rujukan]

Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:

"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".[nyatakan menurut siapa?]

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.

Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.

Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.

Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia terdapat beberapa Perguruan Silat yang menggunakan nama "Silat Cekak", diantaranya:


  1. Silat Cekak Malaysia
  2. Silat Cekak Ustaz Hanafi[1]
  3. Silat Cekak Sabil
  4. Silat Cekak Harimau
  5. Silat Cekak Helang
  6. Silat Cekak Lincah Sutan Maakat
  7. Silat Cekak Musang
  8. Silat Cekak Pendekar Ahmad
  9. Silat Cekak Rimau
  10. Silat Chekak Papan Sekeping

Peringkat[sunting | sunting sumber]

  1. Judo white belt.PNG - Sijil Rendah (Peringkat Tamat)
  2. Judo red belt.PNG - Sijil Menengah (Jurulatih)
  3. Judo yellow belt.PNG - Sijil Tinggi (Guru Utama)

Silat cekak juga telah ditetapkan kurikulum dengan beberapa peringkat. Maka, segala ilmu persilatan boleh diturunkan daripada guru kepada murid dan apa-apa penyembunyian ilmu oleh guru dapat dikesan.

'Kaedah asas' diajar iaitu cara-cara menangkis serangan tanpa membalas serang. Terdapat 4 kaedah asas dinamai kaedah A, B, C dan kaedah D.

  1. Peringkat asas - Pelajar akan diajar 20 'buah' atau teknik asas silat cekak berdasarkan 'kaedah asas'.
  2. Peringkat jatuh - Pelajar akan diajar sambungan kepada teknik asas untuk menjatuhkan dan mengunci pihak lawan.
  3. Peringkat potong - Pelajar diajar cara menangkis teknik silat cekak sendiri jika silat cekak digunakan oleh pihak lawan.
  4. Peringkat umum - Pelajar diajar mempraktikkan teknik silat bagi melawan seni bela diri yang lain

Teknik-teknik asas[sunting | sunting sumber]

Keunikan silat cekak adalah sambil menyerang sambil menangkap. Buah-buah ini diajar dalam peringkat asas, jatuh dan potong

  1. Buah Pertama
  2. Buah Keputusan Gayung Patani
  3. Buah Keputusan Sendeng Atas
  4. Buah Kilas Belakang
  5. Buah Kilas Hadapan
  6. Buah Kidong Kiri
  7. Buah Kuntau Jatuh
  8. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  9. Buah Kuntau Kanan Gantung
  10. Buah Hentak @ Keputusan Silat Harimau
  11. Buah Ali Patah Atas
  12. Buah Ali Patah Sudah
  13. Buah Selendang
  14. Buah Gari & Gari Gunting
  15. Buah Paras
  16. Buah Keputusan Pasung Kemanga
  17. Buah Keputusan Terlak
  18. Buah Keputusan Lintau
  19. Buah Hempok
  20. Buah Luncur
  21. Buah Siku Potong

Terdapat beberapa buah yang telah dibuang daripada kurikulum kerana didapati boleh memudaratkan pengguna

Pelajar juga diajar cara menggunakan buah silat bagi menangkis serangan-serangan tongkat serta pisau. Dalam peringkat umum, terdapat buah 'kusyen' iaitu buah silat untuk digunakan semasa diserang dalam keadaan duduk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan[sunting | sunting sumber]