Silat Gerak Kuntau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni Silat Gerak Kuntau telah diasaskan oleh Hassan bin Husin yang berasal dari Gunung, Kelantan Darul Naim. Silat ini adalah gabungan dua seni beladiri iaitu Silat Lang Merah sejenis seni beladiri orang Melayu dan Kuntau Gee Sing sejenis seni beladiri orang Cina.

Pada awal tahun 1980-an, demi untuk menjaga agar warisan seni ini agar tidak hilang ditelan zaman maka Hassan bin Husin telah menyusun semula Seni Silat Gerak Kuntau dalam usaha-usaha untuk mengembangkannya.

Silat ini telah didaftarkan dengan Gabungan Persatuan Seni Silat Negeri Kelantan pada tahun pada 17 Oktober 1984.

Seterusnya, pada pertengahan tahun 1990-an Hassan bin Husin sekali lagi telah menyusun serta mengemaskinikan sistem latihan Seni Silat Gerak Kuntau. Beliau mendapat pandangan dan sokongan yang kuat dari tiga orang yang mempelajari Seni Silat Gerak Kuntau darinya iaitu Mohamad Sajeri bin Abdullah, Mohd Zahir bin Ramli dan Mohd Amin bin Abu.

Pada 20 April 1999 Hassan bin Husin telah mendaftar persilatan ini sebagai sebuah akademi iaitu Akademi Seni Silat Gerak Kuntau. Dengan pendaftaran ini Seni Silat Gerak Kuntau telah mendapat pengesahan bagi mengajar di sekolah-sekolah, dewan orang ramai dan kawasan-kawasan rekreasi di seluruh Malaysia serta mengeluarkan sijil.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]