Silat Kalimah Batin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni Silat Kalimah Batin diasaskan oleh En. Abd. Aziz bin Ibrahim pada tahun 1974 bertempat di Akademi Kenali, sebuah sekolah swasta di Kubang Kerian, Kelantan. Silat ini dianggotai oleh 10 murid pertama. Antara murid paling awal ialah En. Abd. Hamid Mohd. Yaman, En. Mat Sin, dan En. Ariffin. Silat ini kemudian dikembangkan oleh En. Abd, Hamid Mohd. Yaman sehingga sekarang.

Asas pelajaran seni silat ini adalah menggabungkan dua kaedah iaitu kaedah-kaedah seni mempertahankan diri secara fizikal dan kaedah-kaedah kebatinan. Setiap murid diwajibkan mempelajari secara mendalam konsep dan amalan ibadat dalam Islam dan Ilmu Tasauf. Konsep-konsep kebatinan yang ada dalam Agama Islam diajar secara mendalam.

Oleh kerana pelajaran ini agak sukar, jumlah ahli yang berjaya lulus dan diiktiraf tidak ramai. Proses pembelajaran mengambil masa antara 2 hingga 5 tahun. Murid yang lulus dalam perguruan ini akan memiliki kemahiran dalam dua bidang serentak, iaitu Ilmu Agama (Tasauf) dan juga Ilmu Silat.