Silat Warisan Hulubalang Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni Silat Warisan Hulubalang Melaka dikatakan berasal daripada permainan Laksamana Hang Tuah lima bersaudara yang terkenal sebagai Hulubalang Kesultanan Melaka. Silat ini telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sampai kepada seorang pendekar bernama Husin Cengkok yang berasal Kampung Pengkalan Balak, Melaka. Selepas itu, silat ini telah diwariskan kepada Mat Aris Raja Burung.

Mat Aris Raja Burung pula telah menurunkan ilmu persilatan ini kepada Haji Sotin bin Mohd Ali. Pada tahun 1983, Haji Sotin telah membuka gelanggang di Kampung Padang Temu, Melaka. Setelah, Haji Sotin kemali ke Rahmatullah pada 26hb Ogos 1991, perguruan ini dipertanggungjawabkan pula kepada menantu beliau iaitu Guru Abas bin Bahaman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]