Silent Death

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Silent Death
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Death metal, Thrash metal
Tahun aktif 1987-Sekarang
Syarikat rakaman
Neo Magik, Psychic Scream, Dark Journey
Kegiatan berkaitan
Sil Khannaz, Brain Dead
Laman sesawang
Silent Death @ Myspace
Ahli Stone
Joe Slaughter
E.Jal
Ian Han
Bekas ahli Pink
Wan Cempedak
Asbr /Dolbr /Ollie
Che Mat
Man 16
U-Loong

Silent Death (atau terdahulunya sebagai Bacteria) merupakan sebuah kumpulan muzik death metal di tanah air ini.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sebuah nama yang unggul dalam arena muzik underground Malaysia sejak lewat '80an lagi. Diasaskan oleh Stone (vokal utama dan pemain gitar) bersama dengan rakan sekolah pada tahun 1987 dengan nama "Bacteria". Bermula dengan menyertai pertandingan muzik rock di sekitar Kuala Lumpur sehinggalah beraksi di konsert-konsert underground di beberapa kelab di sekitar bandaraya.

Muncul dengan nama "Silent Death" buat pertama kalinya pada tahun 1989 ketika sebuah kelab muzik metal Metallica Lounge sedang aktif menganjurkan konsert-konsert muzik underground. Mereka seringkali berkongsi pentas bersama kumpulan-kumpulan seperti Punisher, Nemesis, Assault, Picagari dan Tormentor. Disinilah perhatian peminat-peminat muzik metal mula tertumpu kepada kumpulan ini yang mengenengahkan muzik Death metal.

Silent Death mula menceburi bidang rakaman dengan merakamkan Demo-Tape hasil usaha mereka sendiri yang berjudul Eternal Damnation demo '89, mengandungi 5 buah lagu ciptaan mereka sendiri. Demo-Tape ini dijual secara terus pada peminat dengan harga yang murah. Pada tahun 1992, Dark Journey Records telah menawarkan peluang kepada mereka untuk merakamkan album secara professional. Silent Death adalah di antara kumpulan muzik underground yang terawal merakamkan album seangkatan dengan kumpulan Suffercation, Sil Khannaz, Brain Dead, Infectious Maggots dan FTG.

Album pertama yang berjudul Before the Sunrise diterbitkan oleh Bullet dan berada di pasaran seluruh Malaysia disekitar akhir 1992. Album yang memuatkan 8 buah lagu original ini menjadikan Silent Death lebih terkenal dan membuka lebih banyak peluang kepada mereka sehinggalah ke pasaran antarabangsa. Lagu-lagu mereka juga telah ke udara di stesen-stesen radio metal di Australia, New Zealand, Bali dan Germany. Di bawah naungan Dark Journey Records, mereka juga merakamkan sebuah album Dark Live dengan memuatkan 2 lagu baru bersama 4 kumpulan metal terbaik ketika itu. Untuk mempromosikan kedua-dua hasil rakaman ini, mereka aktif menyertai konsert-konsert yang diadakan di seluruh tanahair seperti di Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bharu, Seremban dan Kuala Lumpur.

Seteleh lebih kurang setahun selepas melahirkan album pertama, mereka terpaksa menyepikan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ekoran dari masalah-masalah yang mereka hadapi.

Pada bulan Mac 1997, hasil perbincangan oleh 3 anggota asal Silent Death iaitu Stone, Ollie dan Az, mereka telah sebulat suara untuk kembali beraksi dan muncul buat pertama kalinya setelah bertapa selama 3 tahun pada sebuah konsert di Fire Discotheque, KL. Persembahan mereka pada hari itu telah menarik perhatian Eric Cheah, tuan punya Psychic Scream Entertainment dan seterusnya menawarkan mereka peluang untuk merakamkan sebuah EP yang berjudul Break the Silence. Walaupun agak kekurangan dari segi kewangan untuk menerbitkan EP ini, tetapi berbekalkan pengalaman dan skill permainan yang semakin mantap berserta hasil sentuhan penerbit muzik metal yang sedang mencipta nama, Oz Yusoff. Mereka berjaya merakamkan 3 lagu baru dan 2 lagu lama yang diberi nafas baru dalam masa cuma 28jam.

EP yang dirakamkan di Tri-Castle Studio ini telah mula dipasarkan pada bulan Oktober 1997 dan sehingga kini sambutan peminat di seluruh negara amat memberangsangkan. Pada bulan pertama sahaja berada di pasaran mereka telah berjaya menjual sebanyak 4,000 unit dan penjualan masih berjalan dengan rancaknya walaupun ia hanyalah merupakan sebuah EP. Mereka juga kembali aktif di pentas untuk menemui peminat di seluruh negara. Pada ketika itu Silent Death dianggotai oleh Stone (vokal utama/gitar), Ollie (dram), Az (bass/vokal) dan Wan (gitar). Bagaimanapun tak lama kemudian, Silent Death sekali lagi menyepikan diri dan dianggap telah berkubur berikutan masalah dalaman yang kian kritikal di antara mereka.

Kini, setelah hampir 12 tahun, Silent Death kembali berbekalkan semangat baru. Usaha Stone untuk mengumpul semula semua anggota asal adalah agak sukar dan hampir tidak realistik. Stone akhirnya tekad menemui kawan baik lamanya, Joe Slaughter (ex-gitaris Sil Khannaz) yang kebetulan tidak lagi aktif bermain muzik sejak 2007. Joe Slaughter yang sebelum ini pernah membantu Silent Death di awal kemunculan, tanpa teragak-agak menyatakan persetujuan untuk menghidupkan kembali Silent Death. Bersama-sama, mereka mula mencari pemain dram yang sesuai sebelum dipertemukan semula dengan Ollie baru-baru ini.

Pada tahun 2011, Silent Death telah mengeluarkan album studio yang terbaru berjudul The Silent Kiss of Death dalam edaran Neo Magik. Mereka mempunyai masalah sedikit terhadap keluaran album ini ialah pengubahsuaian lagu-lagu yang lambat dan menyebabkan peminat-peminat tidak untuk mendengar album ini. Ia sepatutnya keluar pada 10 Oktober 2010 dan menggantikan tarikh kepada 11 Jun 2011.

Anggota[sunting | sunting sumber]

Anggota Terkini
  • Stone - (Vokal, Bass)
  • Joe Slaughter (Lead Guitar)
  • E.Jal (2nd Guitar)
  • Ian Han (Drums)
Bekas Anggota
  • Pink (Gitar)
  • Wan Cempedak (Gitar)
  • As (Bass, Vocal)
  • Dol (Bass)
  • Ollie (Dram)
  • Che Mat (Dram)
  • Man 16 (Bass)
  • U-Loong (Dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album
Demo
  • Eternal Damnation (1990)
EP


Album Kompilasi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]