Pergi ke kandungan

Silfeny Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silfeny Osman
سيلفيني عثمان
Kelahiran
Silfeny binti Mohd Osman

(1992-08-10) 10 Ogos 1992 (umur 33)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPramugari MAS, pelakon, model
Tahun aktif2015–kini
Karya
Filemografi
PasanganDato Hazian Murad (k. 2023)

Datin Silfeny Mohd Osman (lahir 10 Ogos 1992) ialah seorang pelakon, model dan pramugari wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya di drama dan telefilem.[1][2]

Silfeny memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).

Pada tahun 2017, Silfeny menjadi salah seorang daripada 10 peserta Pertandingan Pencarian Gadis Panca 2017, yang turut disertai oleh Nynaa Harizal dan Nelissa Nizam.[3]

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi beberapa drama TV seperti Dia Menantu Rahsia, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Kerana Aku Isteri Bidaan.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mac 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Dato Hazian Murad.[4][5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Norhayati Nordin (11 Ogos 2021). "Mahu lari dari gosip". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2022.
  2. ^ Najiy Jefri (16 Julai 2022). "Rasa diri bertuah". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2022.
  3. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (3 November 2017). "10 jelitawan mara ke peringkat akhir Gadis Panca 2017". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-03. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  4. ^ Silfeny Osman (3 Mac 2023). "Instagram Silfeny Osman". Instagram. Dicapai pada 3 Mac 2023.
  5. ^ Norhayati Nordin (16 Julai 2023). "Silfeny nikah Datuk Hazian Murad, Mac lalu". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]