Silinder penyukat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aneka silinder penyukat: 10mL, 25mL, 50mL dan 100mL.

Silinder penyukat ialah sejenis radas makmal yang digukanan untuk mengukur isi padu cecair. Silinder ini berupakan suatu bekas silinder menegak dan sempit, dan mempunyai tanda-tanda di dindingnya yang digunakan sebagai tanda ukuran cecair diisi.

Silinder bertanda ini lazimnya lebih tepat daripada kelalang makmal atau bikar, tetapi tidak patut digunakan ketika melakukan analisis volumetrik;[1] peralatan-peralatan kaca khusus seperti kelalang atau pipet volumetrik sepatutnya digunakan oleh kerana ia lebih tepat. Silinder penyukat juga sesetengah kali digunakan untuk mengukur isi padu pepejal secara tak terus, yakni melalui pengukuran sesaran cecair oleh pepejal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pradyot Patnaik (2003). "Specifications for volumetric ware". Dean's Handbook of Analytical Chemistry, 2nd Edition. McGraw-Hill. ISBN 978-0071410601.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]