Silium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Silium
Bronchiolar epithelium 3 - SEM.jpg
Mikrograf silium epitelium pernafasan di peparu
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinSilium
MeSHD002923
THH1.00.01.1.01014
FMAFMA:67181
Istilah anatomi mikroanatomi

Silium (daripada Latin, bermaksud "bulu kening"[1]) ialah suatu organel pada sel eukariot[2] yang berbentuk bonjolan yang terbit daripada badan sel.[3]

Ada dua jenis utama silia: silia motil (bergerak aktif) dan tak-motil. Silia tak motil juga dipanggil sebagai silium primer yang bertindak sebagai oerganel deria. Kebanyakan jenis sel mamalia memiliki satu silium tak motil yang berfungsi sebagai "antena" sel.[4][5] Pengecualian termasuk saraf olfaktori (deria bau) yang memiliki beberapa silium tak motil dan sel-sel nodus embrio yang mempunyai silium tunggal motil yang berperanan memberi bentuk tak simetri kiri-kanan.[6] Silia tak motil menghantar isyarat dari persekitaran atau sel-sel lain.[7][8]

Pada eukariot, silia motil dan flagelum (bersama-sama dipanggil undulipodium) adalah serupa pada struktur, walaupun pembezaan kadangkala dibuat berdasarkan fungsi dan panjang.[9][10]

Kepentingan perubatan[sunting | sunting sumber]

Kecacatan silium membawa kepada beberapa penyakit manusia.[11][12] Mutasi genetik yang mengganggu fungsi silium, siliopati boleh menyebabkan gangguan-gangguan kronik seperti diskinesia silium primer, nefronoftisis dan sindrom Senior–Løken. Tambahan pula, kecacatan silium primer pada tubul renal boleh menerbitkan penyakit buah pinggang polisistik. Dalam satu lagi gangguan genetik, sindrom Bardet–Biedl, terbitan mutasi gen ialah komponen pada badan dasar dan silium.[13] Kecacatan pada sel silium juga dikaitkan dengan obesiti dan lazim hadir dalam diabetes jenis 2.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mosby’s Medical, Nursing and Allied Health Dictionary, Fourth Edition, Mosby-Year Book Inc., 1994, m/s. 336
  2. ^ "eukaryote | Definition, Structure, & Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-28.
  3. ^ Gardiner MB (September 2005). "The Importance of Being Cilia" (PDF). HHMI Bulletin. 18 (2). Dicapai pada 26 July 2008.
  4. ^ Singla, Veena; Reiter, Jeremy F. (2006-08-04). "The primary cilium as the cell's antenna: signaling at a sensory organelle". Science. 313 (5787): 629–633. Bibcode:2006Sci...313..629S. doi:10.1126/science.1124534. ISSN 1095-9203. PMID 16888132. S2CID 29885142.
  5. ^ Pazour, Gregory J.; Witman, George B. (February 2003). "The vertebrate primary cilium is a sensory organelle". Current Opinion in Cell Biology. 15 (1): 105–110. doi:10.1016/s0955-0674(02)00012-1. ISSN 0955-0674. PMID 12517711.
  6. ^ Horani, A; Ferkol, T (May 2018). "Advances in the Genetics of Primary Ciliary Dyskinesia". Chest. 154 (3): 645–652. doi:10.1016/j.chest.2018.05.007. PMC 6130327. PMID 29800551.
  7. ^ Elliott, Kelsey H.; Brugmann, Samantha A. (1 March 2019). "Sending mixed signals: Cilia-dependent signaling during development and disease". Developmental Biology. 447 (1): 28–41. doi:10.1016/j.ydbio.2018.03.007. ISSN 1095-564X. PMC 6136992. PMID 29548942.
  8. ^ Karen Field Murray (2009). Fibrocystic Diseases of the Liver. Springer. m/s. 47–. ISBN 978-1-60327-523-1. Dicapai pada 25 November 2010.
  9. ^ Haimo LT, Rosenbaum JL (December 1981). "Cilia, flagella, and microtubules". The Journal of Cell Biology. 91 (3 Pt 2): 125s–130s. doi:10.1083/jcb.91.3.125s. PMC 2112827. PMID 6459327.
  10. ^ A Dictionary of Biology , 2004, dicapai pada 6 April 2010.
  11. ^ Reiter, Jeremy F.; Leroux, Michel R. (September 2017). "Genes and molecular pathways underpinning ciliopathies". Nature Reviews. Molecular Cell Biology. 18 (9): 533–547. doi:10.1038/nrm.2017.60. ISSN 1471-0080. PMC 5851292. PMID 28698599.
  12. ^ Braun, Daniela A.; Hildebrandt, Friedhelm (2017-03-01). "Ciliopathies". Cold Spring Harbor Perspectives in Biology. 9 (3): a028191. doi:10.1101/cshperspect.a028191. ISSN 1943-0264. PMC 5334254. PMID 27793968.
  13. ^ Badano JL, Mitsuma N, Beales PL, Katsanis N (2006). "The ciliopathies: an emerging class of human genetic disorders". Annual Review of Genomics and Human Genetics. 7: 125–48. doi:10.1146/annurev.genom.7.080505.115610. PMID 16722803.
  14. ^ Gerdes, J., Christou-Savina, S., Xiong, Y. et al. Ciliary dysfunction impairs beta-cell insulin secretion and promotes development of type 2 diabetes in rodents. Nat Commun 5, 5308 (2014). https://doi.org/10.1038/ncomms6308

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Silium di Wikimedia Commons