Silver Millennium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silver Millennium (bermaksud "Alaf Perak") merupakan kerajaan rekaan dalam siri Sailor Moon. Terletak di bulan, ia merupakan tempat kelahiran hayat silam dan akan datang bagi kebanyakan watak utama siri, dan mempunyai pengaruh kuat dalam plot serta perwatakan.

Silver Millennium yang asal ditunjukkan sebagai zaman keemasan purba yang aman, makmur dan mempunyai hubungan baik antara orang Bumi dan Bulan. Dikatakan melalui manga bahawa zaman itu berlaku ketika zaman prasejarah tetapi dalam anime pula, dinyatakan Nusa Bulan wujud seribu tahun dahulu.[1] Walaupun Silver Millennium, kerajaan ini kelihatannya telah bertahan lebih dari satu alaf. Nusa Bulan sendiri terletak di Mare Serenitatis (Lautan Ketenangan) dan diperintah oleh Permaisuri Serenity. Ia juga merupakan kampung halaman bagi Puteri Serenity serta empat orang penjaganya, yang kemudian dikenali sebagai Guardian Senshi. Menurut siri Sailor Moon R, Silver Millennium telah dibina di atas Bumi antara abad ke-20 dan ke-30, dan kali ini dinamakan sebagai Crystal Tokyo.

Kerabat diraja Silver Millennium memakai tanda istimewa di dahi mereka, berbentuk bulan sabit yang kecil. Tanda ini boleh dilihat pada Permaisuri Serenity, Puteri/Permaisuri Baru Serenity, dan Small Lady, begitu juga pada Sailor Venus apabila dia menyamar sebagai puteri, dan kucing bulan - Luna, Artemis dan Diana.

Kerajaan Silver Millennium[sunting | sunting sumber]

Nusa Bulan[sunting | sunting sumber]

Fail:MoonKingdom.jpg
Nusa Bulan

Silver Millennium, walaupun kelihatannya seperti kisah dongeng, ia dikatakan mempunyai teknologi yang hebat. Ia berada dalam sebuah kubah yang mampu menghasilkan iklim buatan, dan mempunyai komputer maju yang dipanggil Sistem Utama.[1] Menurut Artemis, luncur ais sangat popular di sana.[2] Sesiapa yang tinggal di Silver Millennium mempunyai jangka hayat yang sangat panjang dan mempunyai dua tugas khas: Pertama, mereka perlu menjaga Kristal Perak, "batu suci" yang sangat berkuasa yang diturunkan bergenerasi lamanya. Kedua, mereka perlu memerhatikan evolusi Bumi dan melindunginya dari unsur negatif.[1]

Putera Mahkota Bumi ketika itu ialah Endimion, diiringi oleh empat orang penjaga juga. Hubungan antara orang Bumi dan Bulan adalah dilarang tetapi kedua-dua Putera dan Puteri dari kedua-dua kerajaan telahpun jatuh cinta. Disebabkan cemburu dan pengaruh jahat Permaisuri Metalia, rakyat biasa bernama Beryl telah membangkitkan rakyat Bumi untuk memerangi Bulan, yang menyebabkan kedua-dua kerajaan lenyap dan evolusi hidupan bermula sekali lagi.[1]

Crystal Tokyo[sunting | sunting sumber]

Fail:CrystalTokyo.jpg
Crystal Tokyo

Sebelum mangkat, Permaisuri telah menghantar anaknya dan Endimion untuk dilahirkan semula ke Bumi pada abad ke-20. Mereka menjadi Usagi Tsukino dan Mamoru Chiba, malah, sebelum mereka mengingati kenangan lama, mereka berjaya bertemu antara satu sama lain. Sailor Senshi turut dilahirkan semula, menjadi rakan baik; dan melalui usaha antara satu sama lain, Dark Kingdom dan Metalia telah dihapuskan. Dalam manga, Nusa Bulan dan istana "dipulihkan" pada akhirnya tetapi Usagi meneruskan kehidupan di Bumi, bersama ibu bapa dan Mamoru.[3]

Watak berkaitan[sunting | sunting sumber]

Permaisuri Serenity[sunting | sunting sumber]

Fail:QueenSerenity6.jpg
Permaisuri Serenity dengan tanda sabit Silver Millennium di dahi

Queen Serenity (Jepun: クィーン・セレニティ, Hepburn: Kuīn Sereniti) merupakan ibunda kepada Puteri Serenity. Walaupun anaknya dilahitkan semula sebagai Usagi Tsukino, kanak-kanak Bumi kepada pasangan Tsukino, permaisuri ini muncul sekali sekala untuk memberi pandua membantu Sailor Senshi tentang siapa diri mereka. Dinyatakan di dalam manga bahawa dia merupakan watak yang dikenali oleh kaum Yunani Purba sebagai dewi Selene,[1] dan juga namanya yang jika dirumikan menjadi Permaisuri Selenity.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Naoko Takeuchi. Bishoujo Senshi Sailor Moon manga, Act 10. "The Manga of Takeuchi Naoko". Dicapai pada 2006-09-09.
  2. ^ Anime episod 39.
  3. ^ Naoko Takeuchi. Bishoujo Senshi Sailor Moon manga, Act 14. "The Manga of Takeuchi Naoko". Dicapai pada 2006-09-10.