Simbol darjah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
°
Simbol darjah
Dalam UnicodeU+00B0 ° DEGREE SIGN (HTML ° · °)
Berkaitan
Lihat jugaU+2103 DEGREE CELSIUS
U+2109 DEGREE FAHRENHEIT
Berbeza dengan
Berbeza denganU+00BA º MASCULINE ORDINAL INDICATOR

Simbol darjah (°) ialah suatu simbol tipografi yang digunakan antaranya untuk mewakili sudut, unit jam (dalam bidang perubatan), darjat suhu dan pruf alkohol. Simbol ini terdiri daripada suatu bulatan kecil yang ditulis di bahagian atas tulisan.

Tipografi[sunting | sunting sumber]

Dalam kes penghuraian sudut, simbol darjah menuruti nombor tanpa sebarang ruang (contoh: 30°). Penambahan unit minit dan saat sudut menuruti unit darjah, dengan ruang pemisah di antara nilai unit-unit, tetapi tidak di antara nombor nilai dan unit (contoh: 30° 12′ 5″).

Dalam perwakilan suhu pula, sesetengah badan piawaian utama menetapkan gaya tulisan di mana nombor nilai dan simbol darjah dijarakkan (contoh: 10 °C).[1][2] Namun begitu, dalam banyak percetakan profesional seperti bahan-bahan Oxford University Press, tiada jarak di antara simbol darjah dengan nombor nilai serta unit suhu (contoh: 10°C).[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The International System of Units (PDF) (ed. kelapan), Bureau International des Poids et Mesures, 2006
  2. ^ Style Manual (PDF) (ed. 30th), United States Government Printing Office, 2008
  3. ^ 9.16 Abbreviations and symbols, Chicago Manual of Style (ed. ke-15), University of Chicago, 2010
  4. ^ 10.52 Miscellaneous technical abbreviations, Chicago Manual of Style (ed. 15th), University of Chicago, 2010