Simbol hak cipta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
©
Simbol hak cipta
Dalam UnicodeU+00A9 © COPYRIGHT SIGN (HTML © · ©, ©)
Berkaitan
Lihat jugaU+2117 SOUND RECORDING COPYRIGHT (HTML ℗ · ℗)
Copyleft.svg U+1F12F 🄯 COPYLEFT SYMBOL (HTML 🄯)
Berbeza dengan
Berbeza denganU+24B8 CIRCLED LATIN CAPITAL LETTER C (HTML Ⓒ)

Simbol hak cipta, atau tanda hak cipta, © (huruf besar C (untuk copyright) dilingkari bulatan), adalah simbol yang digunakan dalam notis hak cipta untuk karya-karya selain rakaman suara. Penggunaan simbol ini dihuraikan oleh Konvensyen Hak Cipta Sejagat.[1] Simbol ini diakui secara meluas, tetapi di bawah Konvensyen Berne, tidak lagi diperlukan di kebanyakan negara untuk menegaskan hak cipta baru.

Representasi digital[sunting | sunting sumber]

Aksara ini dipetakan dalam Unicode sebagai U+00A9 © COPYRIGHT SIGN.[2] Di Unicode juga terdapat aksara yang serupa iaitu U+24B8 CIRCLED LATIN CAPITAL LETTER C dan U+24D2 CIRCLED LATIN SMALL LETTER C.[3]

Kaedah menaip[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab simbol © tidak terdapat pada mesin taip atau ASCII, sudah lama menjadi kebiasaan untuk meniru simbol ini dengan watak (c) (c dalam tanda kurung), suatu amalan yang diterima oleh Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat di bawah Akta-Akta Hak Cipta A.S. tahun 1909[4] dan 1976[5][6]. Perisian pemprosesan kata dengan ciri-ciri pembetulan automatik dapat mengecam dan menukarkan urutan tiga aksara ini secara automatik menjadi satu simbol hak cipta.

Pada sistem komputer moden, simbol © yang rasmi dapat dihasilkan dengan menggunakan mana-mana kaedah yang berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Universal Copyright Convention, Article III, §1. (Paris text, July 24, 1971.)
  2. ^ https://www.unicode.org/charts/PDF/U0080.pdf
  3. ^ https://www.unicode.org/charts/PDF/U2460.pdf
  4. ^ U.S. Copyright Office, Compendium of Copyright Office Practices, first ed. (1967, rev. July 1, 1973), § 4.2.2
  5. ^ U.S. Copyright Office, Compendium of Copyright Office Practices, second ed. (1978, rev. 1984), § 1005.01(c)
  6. ^ U.S. Copyright Office, Compendium of Copyright Office Practices, third ed. (2014, rev. September 29, 2017), § 2204.4(A)
  7. ^ Sartain, J. D. (February 3, 2020). "How to get special characters using Alt key codes or the Word Symbols library". PCWorld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 13, 2020.
  8. ^ Haslam, Karen (August 8, 2018). "How to copy and paste on Mac, plus 39 other useful keyboard shortcuts". Macworld UK. Dicapai pada July 18, 2019.
  9. ^ "Enter special characters". help.gnome.org. gnome.org. Dicapai pada July 18, 2019.
  10. ^ Jack Busch (April 20, 2018). "Type Special Characters with a Chromebook (Accents, Symbols, Em Dashes)". groovypost.com. Dicapai pada February 28, 2020.
  11. ^ Carey, Patrick (2008). New Perspectives on HTML and XHTML, Brief (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. m/s. 131. ISBN 978-1-4239-2544-6.