Sime Darby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai syarikat. Untuk kelab bola sepak Malaysia, sila lihat Sime Darby F.C..
Sime Darby Berhad
Syarikat berkaitan kerajaan disenaraikan awam
Didagangkan sebagaiMYX: 4197
ISINMYL4197OO009
IndustriKonglomerat
PendahuluSime Darby
Guthrie
Golden Hope
Ditubuhkan2007
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tempat dibekalkan
Asia Pasifik
Perancang utama
Tan Sri Dato’ Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas
Jeffri Salim Davidson, CEO Kumpulan
KeluaranIndustri, Motor, Logistik
HasilRM31 bilion (2017)[1]
RM738m (2017)[1]
RM795m (2017)[1]
Bilangan pekerja
Lebih 20,000
IndukPermodalan Nasional Berhad
Laman sesawangwww.simedarby.com
Taman Perniagaan Sime Darby di Pasir Gudang, Johor.

Sime Darby (MYX: 4197) adalah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti. Sime Darby tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini beralih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.

William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.

Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.

Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).

Malaysianisasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat British yang menguasai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas 1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby. Pada 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Pada 1981, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad merestui tindakan PNB untuk membeli / mengambilalih syarikat Guthrie dari Bursa Saham London dalam apa yang dipanggil sebagai 'serangan waktu subuh'.

Penggabungan[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrie Berhad, Golden Hope dan Sime Darby digabung menjadi Synergy Drive . Pada 27 November 2007 ia ditukar nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Annual Report 2017" (PDF). Sime Darby. Dicapai 18 June 2018. 
  2. ^ Lim, Peter H L (2009). 1959-2009 Chronicle of Singapore Fifty years of Headline news. Editions Didier Millet. ISBN 9789814217750. Dicapai 1 August 2016. 
  3. ^ "Malaysia targets alternative fuels market". The Telegraph. 22 December 2006. Dicapai 19 December 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]