Simfoni No. 3 (Rachmaninoff)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sergei Rachmaninoff menggubah Symphony No. 3 in A minor, Op. 44 beliau antara tahun 1935 hingga tahun 1936. Simfoni Ketiga ini dianggap karya peralihan dalam hasil Rachmaninoff. Dalam garis bentuk dan irama melodi, ini merupakan simfoni Rusia yang paling penuh perasaan, terutamanya pada irama tarian finalenya.[1] Perkara yang menggemparkan tentang simfoni ini ialah hemat ujarannya yang besar berbanding dengan dua yang terdahulu. Gaya yang lebih lapang ini, jelas pertama dalam Rhapsody on a Theme of Paganini, mempertingkat kuasa perasaan dalam karya beliau.[2]

Simfoni ini telah ditayangkan pada 6 November 1936, dengan Leopold Stokowski memimpin Orkestra Philadelphia. Pendapat kritis telah dibahagikan dan pendapat awam yang negatif terhadap karya beliau. Rachmaninoff tetap yakin terhadap nilai karyanya, namun, dan memimpin Orkestra Philadelphia dalam perakaman pertama karyanya pada tahun 1939. Berikutan penilaian semula karya Rachmaninoff pada tahun 1970-an, simfoni ini dilihat dengan gambaran yang lebih menggalakkan dan telah kerap kali dimain dan dirakam.

Bentuk[sunting | sunting sumber]

Simfoni ini mempunyai hanya tiga pergerakan tetapi gerakan utamanyalah yang menyempurnakan dua peranan pergerakan perlahan dan scherzo—-sebuah pembaharuan struktur dengan persamaan jelas dengan simfoni ketiga Antonín Dvořák. Karya ini menggunakan bentuk siklus, dengan penggunaan halus tema moto bergabung, seperti biasa dengan karya-karya Rachmaninoff, dengan merujuk kepada Dies irae canta biasa.[3] Juga seperti tema moto Rachmaninoff—dan dengan demikian membezakannya daripada karya Tchaikovsky—ia pendek dan, dengan mudah menganggap pelbagai bentuk, senang boleh dibentuk untuk pembangunan simfoni yang lebih lanjut.[4] Karya ini kira-kira 40 minit panjang.

  1. Lento – Moderato alegro – Alegro
  2. Adagio ma non troppo – Vivace alegro
  3. Alegro – Alegro Vivace – Alegro (Tempo primo) – Allegretto – Vivace alegro.

Pengalatan[sunting | sunting sumber]

Simfoni ini digubah dengan orkestra penuh dengan 3 seruling (penggandaan ke-3 pada pikolo), 3 obo (penggandaan ke-3 pada kor anglis), 2 klarinet dalam A dan B, klarinet bes dalam A dan B, 2 basun, dabal basun, 4 hon, 2 trompet A dan B, 1 trompet kontralto dalam F, 3 trombon, tuba, timpani, simbal, tambur, dram getar, kerincing, tamborin, tam-tam, xilofon, 2 hap, selesta, dan alat tali.

Rakaman terkenal[sunting | sunting sumber]

  1. Sergei Rachmaninoff memimpin Orkestra Philadelphia, dirakam pada tahun 1939.
  2. Eugene Ormandy memimpin Orkestra Philadelphia, dirakam pada tahun 1967.
  3. Leopold Stokowski memimpin Orkestra Filharmonik Negara, dirakam pada tahun 1975.
  4. André Previn memimpin Orkestra Simfoni London, dirakam pada tahun 1976.
  5. Vladimir Ashkenazy memimpin Royal Concertgebouw Orchestra, dirakam pada bulan November 1980.
  6. Mariss Jansons memimpin Orkestra Filharmonik St. Petersburg, dirakam pada tahun 1992.
  7. David Zinman memimpin Orkestra Simfoni Baltimore, dirakam pada bulan Mei 1994.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norris, Rachmaninoff, 102.
  2. ^ Matthew-Walker, 119.
  3. ^ Matthew Walker, 118.
  4. ^ Harrison, 309.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bertensson, Sergei and Jay Leyda, with the assistance of Sophia Satina, Sergei Rachmaninoff—A Lifetime in Music (Washington Square, New York: New York University Press, 1956)). ISBN n/a.
  • Harrison, Max, Rachmaninoff: Life, Works, Recordings (London and New York: Continuum, 2005). ISBN 0-8264-5344-9.
  • Mann, William. CD pamphlet: "Rachmaninoff: Symphony No. 3, The RockStockholm Philharmonic Orchestra / Paavo Berglund". RCA Victor. Recorded June 20–22, 1988, in Philharmonic Hall, Stockholm.
  • Martyn, Barrie, Rachmaninoff: Composer, Pianist, Conductor (Aldershot, England: Scolar Press, 1990). ISBN 0-85967-809-1.
  • Matthew-Walker, Robert, Rachmaninoff (London and New York: Omnibus Press, 1980). ISBN 0-89524-208-7.
  • Norris, Gregory, Rachmaninoff (New York: Schirmer Books, 1993). ISBN 0-02-870685-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sergei RachmaninoffTemplat:Simfoni Rachmaninoff