Simon Ooi Tze Min

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YB Tuan Simon Ooi Tze Min (lahir 2 Julai 1984), ataupun lebih dikenali sebagai Simon Ooi, merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kawasan Bakar Arang di negeri Kedah selama dua penggal sejak Mei 2013. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah dari Mei 2018 hingga Mei 2020 selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Beliau kini memegang beberapa jawatan pada peringkat parti, antaranya termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Naib Pengerusi PKR negeri Kedah dan Ketua Cabang Sungai Petani.

YB Tuan

Simon Ooi Tze Min

ADUN
Setiausaha Politik kepada Menteri Sains dan Teknologi Malaysia
Memegang jawatan
2022
MenteriChang Lih Kang
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Bakar Arang
Memegang jawatan
2013
Didahului oleh Tan Wei Shu
Majoriti6,534 (2013)
10,833 (2018)
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih)
Dalam jawatan
2022–2025
Ketua PKR cabang Sungai Petani
Dalam jawatan
2022–2025
Butiran peribadi
Parti politik
PekerjaanAhli Politik

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Ooi Tze Min (lahir 2 Julai 1984), ataupun lebih dikenali sebagai Simon Ooi, merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kawasan Bakar Arang di negeri Kedah selama dua penggal sejak Mei 2013. Beliau adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah dari Mei 2018 hingga Mei 2020 selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Beliau kini memegang beberapa jawatan pada peringkat parti, antaranya termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Naib Pengerusi PKR negeri Kedah dan Ketua Cabang Sungai Petani.

Latar Belakang Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Simon menerima pendidikan sekolah rendah beliau di SJKC Chung Hwa Sungai Lalang. Beliau kemudiannya menyambung pendidikan sekolah menengahnya di SMK Amanjaya. Selepas menamatkan sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi pada tahun 2008. Pada tahun 2014, beliau memulakan pengajian ijazah keduanya dalam jurusan Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya (UM) dimana beliau perlu berulang alik antara Sungai Petani dan Kuala Lumpur setiap minggu untuk menghadiri kuliah di universiti. Beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya pada tahun 2018 selepas dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah. Beliau menyambung balik pengajiannya pada tahun 2020 selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di negeri Kedah dan berjaya menamatkan pengajiannya pada Julai 2021.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Aktivis Pelajar[sunting | sunting sumber]

Simon merupakan seorang aktivis pelajar yang terkenal semasa zaman universiti beliau. Pada tahun 2006, beliau pernah memegang jawatan Naib Presiden dalam Persatuan Bahasa Cina UPM dan Penyelaras dalam pertubuhan Student Progressive Front UPM. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Pentadbiran dalam Gerakan Demokratik Belia & Mahasiswa (DEMA) pada tahun 2007. Antara insiden yang tersohor selaku seorang aktivis pelajar, Simon pernah dituduh sebanyak 7 tuduhan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana memulakan pergerakan bantahan dan boikot terhadap ketidakadilan dalam pilihanraya kampus di UPM.

Penglibatan Awal dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Simon memulakan perjalanan politiknya dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2008. Selepas menamatkan pengajian di UPM, beliau mula bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dari tahun 2008 hingga 2009. Beliau telah kembali ke kampung halamannya, Sungai Petani, Kedah pada tahun 2010 dan dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani sehingga beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mei 2013, Simon buat pertama sekali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan telah memenangi kerusi DUN Bakar Arang di Kedah. Kerusinya berjaya dipertahankan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 dengan kemenangan jumlah majoriti yang lebih tinggi berbanding dengan keputusan terdahulunya. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri di Kedah dengan kemenangan 18 kerusi DUN dalam pilihan raya peringkat negeri.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah[sunting | sunting sumber]

Selepas Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Kedah melalui kemenangan majoriti Pilihan Raya Umum Ke-14, Simon yang mewakili PKR telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Alam Sekitar, Sains dan Teknologi; serta Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam. Namun, kerajaan negeri Pakatan Harapan telah dijatuhkan pada Mei 2020 selepas Langkah Sheraton, dimana beliau menamatkan perkhidmatannya dan kembali menjadi ADUN pembangkang.

Parti Keadilan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 2018, Simon pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah. Selepas pemilihan parti pada tahun 2018, beliau telah dilantik sebagai bendahari AMK di peringkat pusat dan Naib Pengerusi PKR di negeri Kedah. Dalam Pemilihan Keadilan 2022 yang lalu, beliau telah bersaing dengan Dato Johari Abdul dan berjaya memenangi jawatan Ketua Cabang Sungai Petani. Manakala dalam pemilihan peringkat pusat, beliau telah bertanding bersama 73 orang calon yang lain untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Beliau telah berjaya mendapat 703 undi, menjadikan beliau antara 20 calon yang mendapat jumlah undi tertinggi. Beliau turut dilantik sebagai Naib Pengerusi PKR di negeri Kedah.

Election results[sunting | sunting sumber]

Kedah State Legislative Assembly[1][2]
Year Constituency Votes Pct Opponent(s) Votes Pct Ballots cast Majority Turnout
2013 N28 Bakar Arang Ooi Tze Min (PKR) 17,757 60.84% Dr Lee Yean Wang (MCA) 11,223 38.46% 29,550 6,534 85.30%
Ong Kah Soon (IND) 204 0.70%
2018 Ooi Tze Min (PKR) 18,440 58.21% Othman Che Mee (PAS) 7,607 24.01% 32,072 10,833 82.25%
Ko Hung Weng (MCA) 5,547 17.51%
Tan Kee Chye (PRM) 58 0.18%
Tan Hock Kuat (IND) 29 0.09%
  1. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.