Simone Verdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Simone Verdi
SDE - GCF . (24101740819) (cropped).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Simone Verdi
Tarikh lahir (1992-07-12) 12 Julai 1992 (umur 29)
Tempat lahir Broni, Itali
Ketinggian 1.74 m (5 ka ​8 12 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Torino
(dipinjam dari Napoli)
Nombor 24
Kerjaya remaja
Audax Travacò
2003–2011 Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Milan 0 (0)
2011–2015 Torino 16 (0)
2013Juve Stabia (pinjam) 20 (0)
2013–2015Empoli (pinjam) 66 (6)
2015–2016 Milan 0 (0)
2015–2016Eibar (pinjam) 9 (0)
2016Carpi (pinjam) 8 (3)
2016–2018 Bologna 62 (16)
2018– Napoli 22 (3)
2019–Torino (pinjam) 21 (1)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Itali B19 8 (2)
2014–2015 Itali B21 3 (1)
2017– Itali 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:26, 8 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 September 2018

Simone Verdi (sebutan bahasa Itali: [siˈmoːne ˈverdi]; lahir 12 Julai 1992) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Torino secara pinjaman dari Napoli dan beraksi untuk pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Verdi memulakan kerjayanya bersama kelab amatur Audax Travacò sebelum beliau menyertai Milan semasa berusia sebelas tahun.[2]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika beliau berusia 17 tahun dalam aksi Coppa Italia menentang Novara pada 13 Januari 2010.[3] Beliau seterusnya melakukan penampilan keduanya pada dua minggu kemudian pada perlawanan suku akhir kejohanan menentang Udinese yang menyaksikan Milan tewas 0–1.[4] Semasa bermain untuk pasukan bawah-20 kelab, penyerang muda itu menjaringkan gol sulungnya di San Siro pada perlawanan timbal balik Piala Primavera pada 14 April 2010. Milan akhirnya mencatatkan kemenangan 2-0 yang mana Verdi turut melakukan bantuan jaringan sekali gus memastikan kedudukan agregat 3-1 memihak kepada Milan.[5] Di situ, beliau telah digelar Verdinho oleh kerana gaya permainannya menyerupai pemain Brazil itu.[6]

Pada Mei 2010, CEO Milan Adriano Galliani mengumumkan bahwa Verdi bersama tiga rakan sepasukannya yang lain dijangka akan menyertai skuad utama kelab secara tetap buat musim 2010–11.[7] Kemudian, Verdi telah menandatangani kontrak pertamanya bersama Milan.[8] Namun, beliau teruskan peluang beraksinya bersama pasukan remaja Milan dengan lebih kerap.[9]

Torino[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan musim 2011–12, Verdi telah berpindah ke kelab Serie B, Torino sebagai rundingan pemilikan bersama yang bernilai 2.5 juta euro (beliau ditukarkan dengan Gianmario Comi yang bernilai 150,000 euro).[10][11][12] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino pada perlawanan pertama saingan liga menewaskan Ascoli 2-1 di gelanggang lawan pada 27 Ogos 2011.[13] Beliau beraksi dalam 12 perlawanan liga pada musim 2011–12 bersama Torino yang menyaksikan pasukannya itu menghuni tangga kedua liga sekali gus meraih kelayakan ke Serie A buat musim depan.[14]

Pada musim 2012–13, beliau telah beraksi dalam empat perlawanan Serie A. Beliau melakukan penampilan sulungnya di liga itu pada 30 September 2012 sebagai pemain gantian ketika menentang Atalanta.[15]

Dipinjam ke Juve Stabia dan Empoli[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Januari 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Juve Stabia sehingga akhir musim.[14] In the summer of 2013 the co-ownership agreement between Milan and Torino was renewed for an additional year.[16]

Buat musim 2013–14, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Empoli.[17] Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Empoli pada perlawanan pusingan kedua Coppa Italia menewaskan Südtirol 5-1. Dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk pasukan barunya itu. Pada 23 November 2013, beliau telah menjaringkan gol pertamanya di Serie B semasa menundukkan Spezia 3-1 di gelanggang lawan.[18] Beliau menamatkan kempen bagi musim ini dengan menghasilkan lima gol dalam 39 penampilannya serta menyumbang kepada pencapaian pasukannya yang berjaya untuk layak ke Serie A akhirnya.[19]

Pada 18 Jun 2014, rundingan pemilikan bersama antara Torino dan Milan telah diperbaharui buat tahun yang ketiga[20] manakala Verdi dipinjamkan ke Empoli sekali lagi. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 7 Disember 2014 untuk membantu pasukannya mengikat Napoli 2–2. Pada 20 Januari 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Coppa Italia musim ini ketika menentang Roma sebelum pasukannya akhirnya tewas pada masa tambahan.

Kembali ke Milan[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2015, Milan dan Torino sudah tidak menetapkan persetujuan masing-masing berhubung dengan rundingan pemilikan bersama itu. Masa depan Verdi telah ditentukan oleh lelongan yang dimenangi oleh Milan. Pada 14 Julai 2015, beliau beraksi dalam aksi persahabatan pada pra-musim menentang Legnano dan beliau menjaringkan satu gol.[21]

Dipinjam ke Eibar dan Carpi[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2015–16, beliau telah dipinjamkan ke kelab Basque, Eibar yang juga mempunyai pilihan untuk membelinya secara tetap.[22]

Pada 29 Januari 2016, Verdi telah dipinjamkan ke Carpi melalui rundingan selama enam bulan.

Bologna[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2016, Bologna telah melengkapkan perpindahan Verdi.[23] Ketika separuh pertama musim, beliau telah menghasilkan impak yang besar dalam pasukan apabila menyumbat empat gol dalam sembilan perlawanan yang disertainya.

Beliau telah menandatangani kontrak baru selama empat tahun pada 13 Jun 2017.[24] Pada 4 November 2017, beliau menjaringkan dua gol dari jarak 25 meter melalui sepakan percuma pada aksi menentang Crotone. Jaringan pertama Verdi dihasilkan dengan menggunakan kaki kirinya manakala jaringan keduanya pula melibatkan kaki kanannya.[25]

Pada 21 Januari, Verdi telah dijadikan sebagai kapten pasukan Bologna setelah keputusannya yang menolak perpindahan ke Napoli pada jendela perpindahan. Pada hari itu, beliau mengetuai pasukannya mengecewakan Benevento 3–0.[26]

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Jun 2018, Verdi telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Napoli yang menelan nilai perpindahan berjumlah 25 juta euro.[27]

Kembali ke Torino[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2019, ketika saat-saat akhir jendela perpindahan musim panas, Verdi telah dipinjamkan ke Torino yang bernilai 3 juta euro bersama pilihan untuk membelinya secara tetap berserta nilai 20 juta euro.[28]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 2010, beliau telah dipanggil oleh pasukan bawah-19 Itali untuk menghadapi perlawanan menentang Serbia.[29]

Pada 31 Mei 2014, beliau telah dipanggil oleh pasukan bawah-21[30] sebelum melakukan penampilan sulungnya pada 4 Jun dalam aksi persahabatan menewaskan Montenegro 4-0.

Pada 28 Mac 2017, Verdi melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior bersama empat pemain lain dalam aksi persahabatan menundukkan Belanda 2-1 sebagai pemain gantian.[31]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Februari 2020.[32]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Milan 2009–10 0 0 2 0 0 0 2 0
2010–11 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 2 0 0 0 2 0
Itali Torino 2011–12 12 0 1 0 13 0
2012–13 4 0 2 0 6 0
Itali Juve Stabia 2012–13 20 0 0 0 20 0
Itali Empoli 2013–14 40 5 2 1 42 6
2014–15 26 1 2 2 28 3
Jumlah 66 6 4 3 70 9
Sepanyol Eibar 2015–16 9 0 4 1 13 1
Itali Carpi 2015–16 8 3 0 0 8 3
Itali Bologna 2016–17 28 6 1 0 29 6
2017–18 34 10 1 0 35 10
Jumlah 62 16 2 0 64 16
Itali Napoli 2018–19 22 3 0 0 2[a] 1 24 4
Itali Torino 2019–20 22 1 1 0 23 1
Jumlah di Torino 38 1 4 0 42 1
Jumlah kerjaya 225 29 16 4 2 1 243 34
  1. ^ Satu penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, satu penampilan dan satu gol di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 4 Jun 2018[33]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2017 2 0
2018 2 0
Jumlah 4 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Milan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Simone Verdi" (dalam bahasa Italian). Bologna F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2017. Dicapai pada 12 Januari 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Esordienti Provinciali A 2003/2004". acmilan.com (dalam bahasa Italian). Associazione Calcio Milan. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2004. Dicapai pada 16 Ogos 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "First Pippo, then Mathieu". acmilan.com. Associazione Calcio Milan. 13 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2010. Dicapai pada 13 January 2010.
  4. ^ "Bitter elimination". acmilan.com. Associazione Calcio Milan. 27 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2010. Dicapai pada 28 January 2010.
  5. ^ "Il Milan del futuro vola con Verdi e Zigoni". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 15 April 2010. Dicapai pada 15 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Maurizio Ferrari (3 August 2010). "Largo ai giovani". milannews.it (dalam bahasa Italian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 4 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Berlusconi non-molla, anche se Galliani capisce i tifosi: "Abituati a caviale e champagne"". goal.com (dalam bahasa Italian). 18 May 2010. Dicapai pada 29 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Pietro Mazzara (13 July 2010). "Milan, Fossati ha firmato e Verdi passa al contratto professionistico". milannews.it (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 4 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Pietro Mazzara (7 July 2010). "Per Verdi si profila una stagione tra Primavera e prima squadra". milannews.it (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 4 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Relazione e Bilancio al 31 Dicembre 2011" (PDF) (dalam bahasa Italian). A.C. Milan. 25 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2015. Dicapai pada 14 Jun 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Official A.C. Milan press release". acmilan.com. Associazione Calcio Milan. 1 July 2011. Dicapai pada 29 August 2011.
  12. ^ "Verdi al Toro, Comi al Milan". torinofc.it (dalam bahasa Italian). Torino Football Club. 30 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2011. Dicapai pada 29 Ogos 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Ascoli–Torino 1–2". torinofc.it (dalam bahasa Italian). Torino Football Club. 27 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2011. Dicapai pada 29 Ogos 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ a b "S. Verdi". soccerway.com. Dicapai pada 19 April 2014.
  15. ^ "ATALANTA VS. TORINO 1 - 5". soccerway.com. Dicapai pada 19 April 2014.
  16. ^ "UFFICIALE: Torino, rinnovate le comproprietà di Barreto, Verdi e Comi". mondopallone.it (dalam bahasa Italian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 19 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "UFFICIALE: Verdi in prestito all'Empoli". europacalcio.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2014. Dicapai pada 19 April 2014.
  18. ^ "SPEZIA VS. EMPOLI 1 - 3". soccerway.com. Dicapai pada 19 April 2014.
  19. ^ "Serie B 2013/14 Review – Week 42: Empoli Secure Serie A Return On Dramatic Last Day". forzaitalianfootball.com. Forzaitaliafootball. Dicapai pada 19 June 2014.
  20. ^ "Milan, rinnovate le comproprietà di Verdi e Comi con il Torino". gazzettagranata.com (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 19 June 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ https://www.gazzetta.it/Calcio/Serie-A/Milan/14-07-2015/milan-legnano-5-1-miha-va-ancora-sotto-rimonta-gol-anche-mastour-120560363196.shtml
  22. ^ "El mediapunta Simone Verdi se incorpora al Eibar, cedido del AC Milán" [Attacking midfielder Simone Verdi joins Eibar, loaned from Milan] (dalam bahasa Sepanyol). Eibar's official website. 16 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 16 Ogos 2015.
  23. ^ "Bologna signs Verdi". Football Italia. 11 July 2016. Dicapai pada 2 September 2016.
  24. ^ "Verdi signs contract extension". Bologna F.C. 1909. 13 June 2017. Dicapai pada 22 June 2017.
  25. ^ https://www.football-italia.net/112342/donadoni-bologna-blame
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-22. Dicapai pada 2020-06-24.
  27. ^ "Official: Verdi signs for Napoli". Football Italia. 11 June 2018.
  28. ^ http://torinofc.it/news/02/09/2019/verdi-al-toro_22511
  29. ^ "Simone Verdi". figc.it (dalam bahasa Italian). Federazione Italiana Giuoco Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2018. Dicapai pada 7 Disember 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Under 21, la novità è Simone Verdi". gazzettagranata.com. Dicapai pada 5 June 2014.
  31. ^ Valerio Clari (28 March 2017). "Olanda-Italia 1-2, Eder e Bonucci ribaltano l'autogol di Romagnoli" [Holland-Italy 1-2, Eder and Bonucci overturn Romagnoli's own goal] (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 29 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ Biodata Simone Verdi di Soccerway. Capaian 11 July 2015.
  33. ^ name="Soccerway"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]