Simone de Beauvoir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simone de Beauvoir, Jean-Paul Sartre, dan Che Guevara bertemu di Cuba pada tahun 1960

Simone de Beauvoir (9 Januari 1908 - 14 April 1986), dikenali sebagai tokoh feminisme moden dan ahli falsafah yang terkemuka pada awal abad ke-20 dan juga merupakan pengarang novel, esei, dan drama dalam bidang politik dan hal ehwal sosial. Beliau terkenal dengan penulisannya dalam politik, falsafah eksistensialisme, dan feminisme, terutamanya karyanya Le Deuxième Sexe yang diterbitkan pada tahun 1949.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beauvoir mendapat ijazah dalam bidang falsafah daripada universiti terunggul di Perancis, Sorbonne, pada tahun 1929 di mana beliau lulus dengan cemerlang. Kemudian beliau bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah menengah rendah di Marseille dan Rouen dari tahun 1931 hingga 1937, dan di Paris dari tahun 1938 hingga tahun 1943. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau muncul sebagai para pejuang pergerakan eksistensialisme, bersama Jean-Paul Sartre dengan buku mereka, Les Temp Modernes.

Kematian Beauvoir[sunting | sunting sumber]

Simone de Beauvoir meninggal dunia pada tahun 1986 selepas jangkitan pneumonia. Beliau dikuburkan di sebelah Sartre di Cimetiere du Montparnasse di Paris. Selepas kematiannya, sumbangan beliau telah meninggalkan pengaruh yang berkekalan khususnya dalam pergerakan feminisme.