Sinan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sinan Ismail
Sinan ditemubual oleh MeleTOP semasa sidang media Didi & Friends pada 8 Disember 2015.
Kelahiran
Sinan bin Che Ismail

(1981-08-11) 11 Ogos 1981 (umur 42)
PendidikanIjazah Jurusan Matematik
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanJuruanimasi, pengarah
Tahun aktif2008–kini
Karya terkenal
PasanganNuown Zainal
Anak-anak2

Sinan Che Ismail ialah seorang juruanimasi Malaysia. Beliau ialah pengasas bersama syarikat animasi Digital Durian, yang terkenal dengan siri animasi Didi & Friends dan Omar & Hana. Beliau juga ialah pengasas Durioo, pemula teknologi yang berfokus kepada kandungan berunsur Islam.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sinan dibesarkan oleh ibu bapanya yang merupakan warga pendidik.[2] Beliau merupakan pemegang ijazah jurusan Matematik di Universiti Sains Malaysia (USM).[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Sinan bersama-sama dengan rakannya, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian menubuhkan Digital Durian pada mulanya hanya memfokuskan kepada perkhidmatan multimedia, yang mana permintaan klien ialah penerbitan karya digital seperti kandungan e-Learning, video multimedia, animasi 3D untuk industri korporat dan sebagainya.[3] Kemudian, mereka menerokai pasaran perniagaan kepada pengguna dengan Durian Kahwin, platform dagangan perkahwinan sehenti untuk kad jemputan, hadiah pintu dan perkahwinan yang bergaya.

Namun, Sinan dan dan rakannya, Hairul menyedari bahawa ini bukan minat mereka. Pada tahun 2012, kedua-duanya dianugerahkan geran RM50,000 selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Nasib ternyata menyebelahi mereka apabila Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang.[3]

Sinan ialah antara usahawan yang mendapat manfaat IPCC seterusnya menjadikannya antara peserta industri kandungan kreatif dan animasi dilihat yang terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuhan jualan eksport sebanyak RM1.42 bilion berdasarkan prestasi inisiatif MSC Malaysia pada tahun 2017.[4]

Pada November 2021, Sinan mengumumkan bahawa Digital Durian telah melepaskan hak pemilikan terhadap Didi & Friends dan menjualnya kepada Warnakala Studios, yang diasaskan oleh Hairulfaizalizwan.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sinan telah berkahwin dengan Nuown Zainal dan mempunyai seorang anak lelaki, Qays[3] dan seorang anak perempuan, Melur.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pencipta Pengarah Penulis Catatan
2012–2021 Didi & Friends Ya Tidak Tidak Musim 1-5
2017–2021 Omar & Hana Ya Tidak Tidak

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Joycelyn Tan (14 Disember 2021). After 8 years of Didi & Friends, his new goal is to make a Disney & Netflix for Muslim kids Vulcan Post. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  2. ^ "Di sebalik Didi & Friends". Utusan Malaysia. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
  3. ^ a b c d Nur Zarina Othman (13 Ogos 2018). Winning the hearts of children New Straits Times. Dicapai pada 28 September 2018.
  4. ^ Afiq Hanif (21 Jun 2018). Persediaan bawa nama Malaysia Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  5. ^ Zeanaaima Mohd Yusof (1 Disember 2021). Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’ Free Malaysia Today. Dicapai pada 6 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]