Sinaran (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sinaran
PengarahOsman Ali
PenerbitBrandon Siow
Sebastian Tan
Julian Jayaseela
PenulisOsman Ali
Dibintangi olehLisa Surihani
Evan Sanders
Izara Aishah
Syarif Sleeq
Syarikat
penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Sinaran Pictures
Shooting Gallery Asia
Mula ditayangkan
26 November 2015
Tempoh tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Sinaran ialah sebuah filem muzikal romantik gabungan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia[1] arahan Osman Ali terbitan Nuansa Sdn. Bhd. Filem lakonan Lisa Surihani,[2] Evan Sanders,[2] Izara Aishah dan Syarif Sleeq ditayangkan di pawagam pada 26 November 2015. Judul filem ini diambil daripada lagu nyanyian Datuk Sheila Majid dengan judul sama.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang pelajar baru kolej bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta. Shila (Lisa Surihani) dipaksa oleh rakannya Tina (Izara Aishah) untuk menyertai kelas tarian di kolejnya. Tina kecewa apabila Andre (Evan Sanders) mahu Shila menjadi pemimpin dalam persembahan mereka. Shila dengan berat hatinya bersetuju. Andre dan Shila mula jatuh cinta. Andre tidak mempedulikan kawan baiknya, Dafi yang mempunyai masalah dengan ah long. Tina dan Dafi bersepakat. Tina mengambil alih pasukan persembahan dan menang pertandingan. Tina semakin popular dan persahabatan dengan Shila semakin pudar. Cinta dan persahabatan menjadi pertaruhan manakala pertandingan akhir tarian pula semakin hampir. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sinaran merupakan filem kesembilan arahan Osman Ali dan filem pertamanya bagi genre muzikal.[6] dan filem kedua Lisa Surihani bersama Osman selepas filem Ombak Rindu [7] dan ia memerlukan beliau untuk mempelajari tarian.[8] Ia bukanlah sebuah filem adaptasi atau seram, ia merupakan sebuah filem genre percintaan remaja yang berlatar belakangkan muzikal yang kesemuanya adalah lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.[1] Mengakui ini kali pertama menghasilkan filem yang sedikit muzikal, memberikan satu pengalaman baharu kepadanya dalam dunia pengarahan.[1] Menurut Osman, idea asal untuk menghasilkan filem tersebut adalah cetusan daripada pihak penerbit sendiri iaitu Sinaran Pictures dari Singapura yang merupakan antara peminat setia Sheila Majid.[1][9]

Penggambaran filem ini dijalankan pada September 2014, Sinaran juga mendapat kerjasama daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.[1] Osman berkata: "Kerjasama itu termasuk dari segi penerbitan, peralatan, pelakon, lokasi penggambaran dan tenaga kerja sendiri yang memberikan satu kelainan dan jalinan kerjasama yang baharu kepada kami semua. Namun kebanyakan penggambaran dilakukan di Singapura iaitu selama 30 hari, 25 hari di Malaysia dan tiga hari di Indonesia,".[1] Osman juga menjelaskan pihak mereka memilih untuk kerjasama dalam filem tersebut kerana tidak mahu filem Sinaran menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi mahukan satu filem pelbagai budaya.[1]

Sebagai pengarah baharu untuk filem konsep muzikal, Osman mengakui beliau banyak mendapatkan perbincangan daripada koreografer tarian. Menurutnya, koreografer akan fokus pada nyanyian dan tarian, dan beliau fokus pada lakonan dan penceritaan. Mengenai pemilihan pelakon, Osman memberitahu, sebenarnya ada antara beberapa nama pelakon terkenal Malaysia menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dipilih pada permulaannya.

Treler[sunting | sunting sumber]

Treler awal dan rasmi filem ini telah dikeluarkan di akaun YouTube Sinaran Pictures pada 11 Februari 2015[10] dan di akaun YouTube Golden Screen Cinemas pada 12 Oktober 2015.[11]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Ratu jazz negara Datuk Sheila Majid turut membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu baharu "Sinaran Cinta" yang merupakan runut bunyi filem ini.[12]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem Sinaran ditayangkan serentak di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei pada 26 November 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Noor Ainulyakin Ishak (31 Oktober 2015). "Filem muzikal remaja, Sinaran gabungan tiga negara". Sinar Harian. Dicapai 29 November 2015. 
  2. ^ a b Siti Athirah Dzulkifly (22 November 2015). "Sinaran Lisa Surihani & Evan Sanders". Utusan Malaysia. Dicapai 29 November 2015. 
  3. ^ Asz Mohd Nor (26 November 2015). "KONFLIK PERSAHABATAN DAN PERCINTAAN DALAM 'SINARAN'". Media Hiburan. Dicapai 29 November 2015. 
  4. ^ Budiey (10 November 2015). "Trailer & Sinopsis Filem SINARAN (2015)". Sensasi Selebriti. Dicapai 29 November 2015. 
  5. ^ Zaidi Mohamad (29 Oktober 2015). "Sheila Majid kembali berlakon dalam filem Sinaran". Berita Harian. Dicapai 29 November 2015. 
  6. ^ Mohd Al Qayum Azizi (17 November 2015). "Filem Sinaran Cabaran Baharu Buat Osman Ali". mSTAR Online. Dicapai 29 November 2015. 
  7. ^ Noor Ashikin Abdul Rahman (13 November 2015). "Lisa Surihani nervous about acting with Malaysian Jazz Queen Sheila Majid". The New Paper. Dicapai 29 November 2015. 
  8. ^ "Lisa Surihani dances again after 10 years". Yahoo! News. 17 November 2015. Dicapai 29 November 2015. 
  9. ^ "Sinaran hargai Sheila Majid". Kosmo!. 1 November 2015. Dicapai 29 November 2015. 
  10. ^ "Sinaran Movie Trailer". YouTube. Dicapai 15 April 2017. 
  11. ^ "Sinaran - Official Trailer (Di Pawagam 26 Nov)". YouTube. Dicapai 15 April 2017. 
  12. ^ Syanty Octavia Amry (25 November 2015). "Lagu Sheila Majid tunjang Sinaran". Harian Metro. Dicapai 29 November 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]