Sinaran (lagu Sheila Majid)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sinaran"
Single oleh Sheila Majid
daripada album Emosi
Dilancarkan pada1986
GenrePop, jazz
Panjang5:31
SyarikatEMI Music Malaysia
PenulisAzlan Abu Hassan, Johan Nawawi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Sinaran" ialah lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi Malaysia, Sheila Majid. Ia dikeluarkan sebagai single pertamanya untuk album kedua beliau, Emosi.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

"Sinaran" ditulis oleh Azlan Abu Hassan dan Johan Nawawi. Proses rakaman lagu ini dijalankan di Jepun.

Versi lagu saduran[sunting | sunting sumber]

"Sinaran" telah dirakamkan semula sebanyak empat kali. Lagu ini pernah dipersembahkan oleh Azharina ketika menyertai Bintang RTM pada 2001 dan pada konsert minggu kedua Gegar Vaganza pada 2016.[1] Lagu ini kemudian dirakamkan semula dengan versi baru oleh Ayda Jebat.[2]

Pemuzik jazz halus Amerika Syarikat, Dave Koz, merakamkan lagu "Sinaran" pada saxophone sebagai promotional single pada Disember 1989.

Kumpulan pop Indonesia, Warna merakamkan semula lagu "Sinaran" pada tahun 2000 dengan versi mereka tersendiri tanpa lari dari rentak jazz dan R&B. DJ Dipha Barus pernah menggubah lagu ini dengan versi adunan semula.[3]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

"Sinaran" dikeluarkan pada 1986 sebagai single pertama untuk album Emosi. Ia menjadi salah satu lagu tandatangan Sheila Majid.

Sheila meraikan ulang tahun lagu "Sinaran" ke-30 pada 2016.[4] Lagu ini juga menjadi salah satu daripada beberapa lagu Sheila yang digunakan sebagai runut bunyi filem 2015 yang bertajuk sama arahan Osman Ali.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syarrizuan Abd Rashid (28 Oktober 2016). Lagu Sinaran ubah hidup Azharina Berita Harian. Dicapai pada 19 Disember 2016.
  2. ^ Michelle Gun (16 November 2015). Sukar bawa lagu Sinaran Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2015.
  3. ^ 5 Lagu Lawas Sheila Majid Ini Tak Lekang oleh Waktu IDN Times (29 Ogos 2019). Dicapai pada 19 Disember 2019.
  4. ^ Sheila Majid on ‘Sinaran’ and hitting that big 30-year milestone in showbiz The Malay Mail (25 November 2015). Dicapai pada 19 Disember 2015.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (25 November 2015). "Lagu Sheila Majid tunjang Sinaran". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2015.