Sindiket (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sindiket
PengarahBade Hj. Azmi
PenerbitDini Dalilah Wan Nordin
Wan Nordin Wan Mahmud
Lakon layar olehBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
Muzik olehZul Mahat
Syarikat
penerbitan
Loyal Studios Sdn Bhd
Mula ditayangkan
6 April 2017
Tempoh tayangan
125 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu, Indonesia
PerbelanjaanRM3 juta

Sindiket merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2017 arahan Bade Hj. Azmi terbitan Loyal Studios. Diilhamkan dari satu kisah benar, filem ini mengangkat isu jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2017.[1][2][3][4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Sindiket mengisahkan mengenai Inspektor Rudy daripada unit khas D7 yang berusaha keras membanteras kes pemerdagangan manusia. Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu kepada pemburuan Inspektor Rudy terhadap sebuah kumpulan yang menjalankan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia yang sangat dikehendaki di Malaysia.

Sudah bertahun-tahun Inspektor Rudy menjejaki gerak-geri kumpulan ini. Akhirnya dia dapat menyerbu tempat dipercayai kubu utama persembunyian Galang, ketua kumpulan itu. Pertempuran berlaku antara pihak polis dan kumpulan berkenaan. Beberapa anggota kumpulan itu berjaya ditembak mati dan cedera, tetapi malangnya ketua mereka Galang berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, bukan Galang dan beberapa konconya sahaja, malah turut bersama-sama mereka ialah gadis-gadis yang telah menjadi mangsa. Antara mereka ialah Noreen, Amira dan Yanti.

Sementara itu, Noreen dan Amira merupakan rakan karib yang baru memasuki tahun satu di universiti. Mereka telah ditipu dalam satu iklan bercuti sambil memperoleh pendapatan di sebuah pulau. Yanti pula datang dari sebuah kampung di Indonesia dan terpedaya dengan cinta palsu serta pendapatan yang lumayan di Malaysia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem ini dijalankan di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang di Sabah, pada Jun 2013. Sindiket turut menampilkan barisan pelakon dari Indonesia. Kos pembikinan filem dianggarkan berjumlah RM3 juta.[5] Sebanyak tujuh adegan dalam filem Sindiket dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ketika proses pos-produksi terakhir dijalankan.[6][7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Sindiket dikeluarkan pada 6 April 2017 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal menulis untuk mStar Online menyifatkan Sindiket sebagai karya "hambar dan tawar" dan menganggap lakonan Sharifah Amani dan Liyana Jasmay tidak memberikan sebarang impak.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (6 April 2017). "Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem SINDIKET". Sensasi Selebriti. Dicapai 6 April 2017. 
  2. ^ Suhana Che Omar (10 April 2017). "'Sindiket' Kisah Benar Jenayah Pemerdagangan Manusia". Youth Bernama. Dicapai 6 April 2017. 
  3. ^ Aqmar Mustaza, Nina Farzuin Md Sharom (1 April 2017). "'Sindiket' bongkar pemerdagangan manusia". Sinar Harian. Dicapai 6 April 2017. 
  4. ^ "'Sindiket' kisah benar jenayah pemerdagangan manusia". Utusan Borneo. 17 April 2017. Dicapai 6 April 2017. 
  5. ^ "Tolak Filem Aksi Murah, Bade Hj. Azmi Buat 'Sindiket' RM3 Juta". Malaysian Digest. 31 Mei 2013. Dicapai 6 April 2017. 
  6. ^ Nadia Azam (10 April 2017). "Bade akur tujuh adegan Sindiket kena 'cantas'". Malaysiakini. Dicapai 10 April 2017. 
  7. ^ "Bade kecewa LPF potong bahagian penting filem Sindiket". Perak Today. 8 April 2017. Dicapai 10 April 2017. 
  8. ^ Shazryn Mohd Faizal (10 April 2017). "Sindiket, karya hambar dan tawar". mStar Online. Dicapai 10 April 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]