Sindrom maharaja kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sindrom maharaja kecil ('xiao huangdi') wujud di China selepas 1979, dasar satu anak diperkenalkan oleh pemimpin parti komunis China Deng Xiaoping. Setiap pasangan hanya dibenarkan memiliki anak tunggal sahaja.[1]

Anak tunggal ini sama ada lelaki atau perempuan didapati kurang berkomunikasi sosial, jarang bekerjasama , enggan bertolak ansur kerana tidak mempunyai saudara kandung di rumah. Penomena ini menjadi 'bom jangka' di China suatu hari nanti. Mereka hidup mewah, dimajakan , dibekalkan dengan komputer, MP3 dan telefon bimbit.

Selain itu, anak lelaki berlebihan berbanding anak perempuan. Keluarga China mengharapkan anak lelaki kerana jika mendapat anak perempuan, anak gadis mereka akan tinggal bersama keluarga suami.

Anak tunggal ini memikul beban keluarga untuk menyara dan menjaga orang tua nanti, Mereka kehilangan masa untuk bersama rakan-rakan kerana melebihkan masa dengan ibu bapa , nenek dan datuk.

Biasanya anak manja cenderung menjadi nakal.Ibu bapa 'terpaksa' memperbaiki rambut mereka, mengikat tali kasut mereka dan menyeka pantat mereka. Anak - anak diberi pelajaran bahasa Inggeris dan pelajaran muzik. Banyak wang dihabiskan untuk membeli alat permainan yang banyak dan pelbagai. Mereka terlalu kebaratan dari segi pakaian, makanan dan cita rasa muzik.

Lihar juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]