Pergi ke kandungan

Singa laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Singa laut
Julat zaman: Oligosen Akhir – kini
Singa laut California (Zalophus californianus)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Parvorder: Pinnipedia
Keluarga: Otariidae
Subkeluarga: Otariinae
Gray 1825
Genus

Eumetopias
Neophoca
Otaria
Phocarctos
Zalophus

Singa laut ialah pinniped dengan ciri cuping telinga, kaki sirip depan yang panjang, kebolehan berjalan dengan empat kaki, bulu pendek tebal, dan dada serta perut yang besar. Bersama anjing laut bulu, mereka membentuk keluarga Otariidae, iaitu anjing laut bertelinga. Ada enam spesies singa laut yang masih wujud dan satu spesies pupus (iaitu singa laut Jepun) dalam lima genus. Taburannya menjangkau dari perairan subartik hingga ke lautan tropika dunia di Hemisfera Utara dan Selatan, kecuali utara Lautan Atlantik.[1]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Singa laut merupakan haiwan pemangsa atau maging. Makanan utama singa laut adalah pelbagai makanan laut, termasuk ikan, ketam, kerang-kerangan dan sotong.[2]

  1. ^ "California Sea Lion – SeaWorld Info Book". SeaWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2015. Dicapai pada 26 Disember 2013.
  2. ^ "Infoqis Publishing, Co". Dicapai pada 11 Ogos 2013.