Single Terlalu Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Single Terlalu Lama
Genre
Ditulis olehUngku Ismail Aziz
PengarahUngku Ismail Aziz
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitFazli Haji Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal29 April 2021 – 16 Jun 2021
Kronologi
MengikutiMadam E-Wallet

Single Terlalu Lama ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Ungku Ismail Aziz, dibintangi oleh beliau sendiri, Julia Farhana Marin dan Riz Amin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Drama Pukul 6 TV3 bermula 29 April 2021 menggantikan Madam E-Wallet.[1]

Sebuah novel bertajuk sama karya PyNat Mouri diterbitkan pada 2019 oleh Penulisan 2U namun plot dan watak berbeza dengan drama ini. Ia boleh didapati menerusi penstriman dalam talian di Disney+ Hotstar.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Andy ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya apabila dia kini menginjak usia 40 tahun. Selepas hadir ke beberapa temu janji yang diaturkan oleh ibunya, Andy hampir berputus asa untuk menemui wanita idamannya. Ketika di majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine, gadis yang menjadi idaman pelajar lelaki semasa belajar. Andy tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bertunang dengan Jasmine. Pelbagai dugaan dan cabaran menguji pasangan ini. Lebih merumitkan apabila Andy mendapat tahu Jasmine menyimpan sebuah rahsia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Dalam temubual bersama XTRA, Ungku Ismail Aziz berpendapat Single Terlalu Lama tiada kaitan langsung dengan pengalaman peribadinya, kerana menganggap ia terlalu privasi untuk dikongsi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Single Terlalu Lama MyInfoTaip. Dicapai 28 April 2021.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (29 Mei 2021). "Karya Malaysia ke persada dunia". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  3. ^ Salma Syahbuddin (23 April 2021). Tidak letak pengalaman peribadi dalam drama arahan Single Terlalu Lama, Ungku Ismail akui ia terlalu privasi untuk dikongsi XTRA. Dicapai pada 10 Jun 2021.