Sinisisme (falsafah)

Sinisisme (Yunani Purba: κυνισμός; Jawi: سينيسيسمى) ialah satu aliran pemikiran dalam falsafah Yunani purba, yang bermula pada Zaman Klasik dan berlanjutan ke zaman Helenistik serta Zaman Empayar Rom. Menurut fahaman Sinik, manusia ialah makhluk berakal, dan tujuan hidup serta cara untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mencapai nilai murni, selari dengan fitrah, dengan mengikut naluri akal secara semula jadi melalui hidup sederhana dan bebas tanpa rasa malu daripada kekangan sosial. Golongan Sinik (Yunani Purba: Κυνικοί, Latin: Cynici) menolak semua keinginan biasa terhadap kekayaan, kuasa, kemasyhuran, pengiktirafan sosial, pemaksaan norma sosial, dan harta duniawi serta mereka juga mencabar norma tersebut secara terbuka dan sinis di khalayak umum.
Ahli falsafah pertama yang merumuskan tema-tema ini ialah Antisthenes, yang merupakan murid kepada Socrates pada akhir 400-an SM. Beliau diikuti oleh Diogenes, yang tinggal dalam sebuah tempayan seramik di jalanan Athens.[2] Diogenes mengamalkan Sinisisme secara melampau dengan demonstrasi awam yang terkenal tentang penolakan terhadap konformiti, sehingga beliau dianggap sebagai tokoh Sinik arketipikal. Beliau kemudiannya diikuti oleh Crates dari Thebes, yang menyerahkan sejumlah besar hartanya supaya dapat hidup dalam kemiskinan ala Sinik di Athens.
Pengaruh Sinisisme semakin merosot selepas abad ke-3 SM,[3] namun ia mengalami kebangkitan semula dengan kebangkitan Empayar Rom pada abad pertama. Golongan Sinik boleh ditemui meminta sedekah dan berceramah di serata kota empayar, dan idea asetisisme serta retorik yang serupa turut muncul dalam Kristian awal. Menjelang abad ke-19, penekanan terhadap aspek negatif falsafah Sinik menyebabkan pemahaman moden tentang sinisisme ditakrifkan sebagai kecenderungan untuk tidak mempercayai keikhlasan atau kebaikan motif dan tindakan manusia.
Asal-usul nama Sinik
[sunting | sunting sumber]Istilah sinik berasal daripada Inggeris cynic, daripada Yunani Kuno κυνικός (kynikos), bermaksud "seperti anjing", dan κύων (kyôn), bermaksud "anjing" (genitif: kynos).[4] Satu penjelasan yang dikemukakan pada zaman dahulu tentang mengapa golongan Sinik dipanggil "anjing" adalah kerana Sinik pertama, Antisthenes, mengajar di gimnasium Cynosarges di Athens.[5] Perkataan cynosarges bermaksud "tempat anjing putih". Namun, pasti juga bahawa perkataan anjing digunakan sebagai ejekan terhadap golongan Sinik awal kerana mereka terang-terangan menolak tatasusila konvensional dan keputusan mereka untuk hidup di jalanan. Diogenes, khususnya, digelar sebagai "Anjing",[6] satu gelaran yang nampaknya beliau banggakan, dengan menyatakan bahawa "anjing lain menggigit musuh mereka, aku menggigit sahabatku untuk menyelamatkan mereka."[7] Golongan Sinik kemudian juga cuba memanipulasi gelaran itu untuk kepentingan mereka, seperti yang diterangkan oleh seorang pengulas kemudian:
Terdapat empat sebab mengapa golongan Sinik dinamakan sedemikian. Pertama kerana ketidakpedulian cara hidup mereka, kerana mereka mengagungkan sikap tidak peduli dan, seperti anjing, makan dan bersetubuh di khalayak, berkaki ayam, dan tidur dalam tong serta di persimpangan jalan. Sebab kedua ialah kerana anjing adalah haiwan yang tidak tahu malu, dan mereka mengagungkan sifat tidak tahu malu, bukan kerana ia lebih hina daripada kesederhanaan, tetapi kerana lebih tinggi daripadanya. Sebab ketiga ialah anjing ialah penjaga yang baik, dan mereka menjaga prinsip-prinsip falsafah mereka. Sebab keempat ialah anjing ialah haiwan yang tahu membezakan antara kawan dan lawan. Begitulah juga mereka mengenali sebagai sahabat orang yang sesuai dengan falsafah, dan menerima mereka dengan baik, manakala mereka yang tidak sesuai akan mereka halau seperti anjing, dengan menyalak kepada mereka.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Christopher H. Hallett, (2005), title=The Roman Nude: Heroic Portrait Statuary 200 BC–AD 300, hlm. 294. Oxford University Press
- ^ Laërtius & Hicks 1925, VI:23; Jerome, Adversus Jovinianum, 2.14.
- ^ Dudley 1937, halaman 117
- ^ Kynikos, "A Greek-English Lexicon", Liddell and Scott, di Perseus
- ^ Diogenes Laërtius, vi. 13. Rujuk juga The Oxford Companion to Classical Literature, edisi ke-2, hlm. 165.
- ^ Rujukan samar kepada "Anjing" dalam karya Aristotle Rhetoric (3.10.1411a25) secara umumnya dianggap sebagai rujukan pertama kepada Diogenes.
- ^ Diogenes of Sinope, dipetik oleh Stobaeus dalam Anthology, Buku 3, Bab 13, Perenggan 44. "Ὁ Διογένες ἔλεγεν, ὅτι οἱ μὲν ἄλλοι κύνες τοὺς ἐχθροὺς δάκνουσιν, ἐγὼ δὲ τοὺς φίλους, ἵνα σώσω."
- ^ Christian August Brandis, Scholium terhadap karya Aristotle title=Rhetoric, dipetik dalam Dudley 1937, halaman 5
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Branham, R. Bracht; Goulet-Cazé, Marie-Odile, penyunting (2000), The Cynics: The Cynic Movement in Antiquity and Its Legacy, University of California Press, ISBN 978-0-520-21645-7
- Dudley, R. (1937), A History of Cynicism from Diogenes to the 6th Century A.D., Cambridge University Press
- Kidd, I. (2005), "Cynicism", dalam Rée, Jonathan; Urmson, J. O. (penyunting), The Concise Encyclopedia of Western Philosophy, Routledge, ISBN 978-0-415-32924-8
- Long, A. A. (20 August 1986). Hellenistic Philosophy: Stoics, Epicureans, Sceptics (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. ISBN 978-0-520-05808-8. Dicapai pada 16 January 2023.
- Long, A.A. (1996). "The Socratic Tradition: Diogenes, Crates, and Hellenistic Ethics". Dalam Branham, R. Bracht; Goulet-Cazé, Marie-Odile (penyunting). The Cynics. University of California Press. m/s. 28–46. doi:10.1525/9780520921986-003. ISBN 978-0-520-92198-6 – melalui De Gruyter.
- Navia, Luis (1996), Classical Cynicism: A Critical Study, Greenwood Press, ISBN 978-0-313-30015-8
- Prince, Susan (2005), "Socrates, Antisthenes, and the Cynics", dalam Ahbel-Rappe, Sara; Kamtekar, Rachana (penyunting), A Companion to Socrates, Blackwell Publishing, ISBN 978-1-4051-0863-8
- Schofield, Malcolm (1991), The Stoic Idea of the City, Cambridge University Press, ISBN 978-0-226-74006-5
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Sumber primer
[sunting | sunting sumber]- Socratis et Socraticorum Reliquiae, ed. G. Giannantoni, 4 volumes (Naples, 1990). Volume 2 collects fragments of the early Cynics from Antisthenes to Crates.
- The Cynic Philosophers, ed. R. Dobbin (Penguin, 2012)
- Diogenes the Cynic: Sayings and Anecdotes: With Other Popular Moralists, ed. R. Hard (Oxford, 2012)
- Diogenes Laërtius, Lives and Opinions of Eminent Philosophers, Book VI: The Cynics
- Dio Chrysostom, Cynic Discourses: Oration 6, Oration 8, Oration 9, Oration 10.
- Epictetus, Discourse 3.22, On Cynicism
- Pseudo-Lucian[perlu rujukan], The Cynic
- Julian the Apostate, 6th Oration – To the Uneducated Cynics
- Julian the Apostate, 7th Oration – To the Cynic Heracleios
Sumber sekunder
[sunting | sunting sumber]- Ian Cutler, (2005), Cynicism from Diogenes to Dilbert. McFarland & Co. ISBN 0-7864-2093-6
- William D. Desmond, (2006), The Greek Praise of Poverty: Origins of Ancient Cynicism. University of Notre Dame Press. ISBN 0-268-02582-7
- ————, (2008), Cynics. Ancient Philosophies Series. Acumen Publishing. ISBN 1-84465-129-0
- F. Gerald Downing, (1992), Cynics and Christian Origins. T. & T. Clark. ISBN 0-567-09613-0
- Luis E. Navia, (1996), Classical Cynicism: A Critical Study. Greenwood Press. ISBN 0-313-30015-1
- Lousa Shea (2009), The Cynic Enlightenment: Diogenes in the Salon Johns Hopkins University Press.
- H. C. Baldry, "Zeno's Ideal State". Published in The Journal of Hellenic Studies, Vol. 79 (1959), pp. 3–15. doi:10.2307/627917
- Kathy L. Gaca, "Early Stoic Eros: The Sexual Ethics of Zeno and Chrysippus and their Evaluation of the Greek Erotic Tradition". Published in Apeiron: A Journal for Ancient Philosophy and Science, Vol. 33, No. 3 (September 2000), pp. 207–238.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Cari cynicism dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sinisisme (falsafah) |
- "Cynicism", dalam The Dictionary of the History of Ideas
- Herbermann, Charles, penyunting (1913). . Ensiklopedia Katolik. New York: Robert Appleton Company.
- Lives & Writings on the Cynics, direktori rujukan sastera kepada Sinik-Sinik Purba