Sintang pasir (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sintang pasir
Di Rantau Ucayali, Peru
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Chordeiles
Spesies:
C. rupestris
Nama binomial
Chordeiles rupestris
(Spix, 1825)

Sintang pasir (Chordeiles rupestris) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Bolivia, Brazil, Kolombia, Ekuador, Peru, dan Venezuela.[2][3]

Taksonomi dan sistematik[sunting | sunting sumber]

Sistem taksonomi utama mengiktiraf dua subspesies sintang pasir, spesies penamanya Chordeiles rupestris rupestris dan C. r. xylostictus.[2][4][5] Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua pengarang berpendapat ia lebih baik dianggap sebagai ekajenis.[6][7]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Panjangnya ialah 20.5 hingga 22 cm (8.1 hingga 8.7 in). Bahagian atasnya berwarna perang kelabu pucat dengan jalur, sorot, dan tompok perang yang lebih gelap. Dagu dan tekaknya putih hingga putih kuning pucat, dadanya putih kelabu dengan sedikit lelang dan sorot dan tompok perang serta perut putih dengan tompok perang di bahagian atasnya. Bahagian bawah sayapnya juga kebanyakannya berwarna putih.[8]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Subspesies penamanya ditemui secara meluas di barat laut Amazonia tenggara Kolombia, barat daya Venezuela, timur laut Peru dan barat laut Brazil. Ia juga ditemui lebih menyempit di sepanjang koridor sungai di timur Ekuador, Peru, utara Bolivia, dan barat Brazil. C. r. xylostictus hanya terdapat di Pentadbiran Cundinamarca di Kolombia. Spesies tersebut mendiami lembangan Amazon barat, terutamanya di sepanjang aliran air tetapi termasuk tasik ladam dan kawasan berumput seperti landasan udara. Ia jarang ditemui di kawasan atas ketinggian 500 m (1,600 ka).[8]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Ia ialah krepuskul dan nokturnal. Pada siang hari ia bertengger di pulau-pulau sungai dan beting pasir, selalunya dalam jumlah yang besar. Ketika air pasang ia akan bertengger di pokok menghadap atas air.[8]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ia meramu dengan sangat giat pada waktu senja dan kemudian separa giat pada waktu malam. Pemakanannya tidak dikaji secara terperinci tetapi diketahui sepenuhnya ialah serangga. Penerbangannya telah diperihalkan sebagai kurang tidak menentu berbanding tukang lain, dengan kepakan sayap "aneh kekok" yang menyerupai jamar.[8]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Musim pembiakannya bermula dari Mei hingga Ogos di tenggara Peru dan dari Jun hingga September di Brazil tengah tetapi belum ditakrifkan dalam julatnya yang lain. Ia bersarang dalam koloni longgar, selalunya berhampiran jamar paruh kuning, jamar paruh besar, dan cakmar hitam. Ia menelurkan dua telur sesangkak di dalam goresan di atas beting pasir.[8]

Vokalisasi[sunting | sunting sumber]

Ia nampaknya jarang menyanyi, tetapi ia melakukannya dari tanah, "lengkur beragah...bercampuran dengan bunyi menenangkan tekak dan nada grauh yang kuat." Ia juga membuat pelbagai penyuaraan lain apabila mengejar burung lain atau mempertahankan sarang.[8]

Status[sunting | sunting sumber]

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang sangat besar, dan walaupun populasinya dipercayai semakin berkurangan, kadar penurunan tersebut tidak dianggap cukup pantas untuk penarafan yang lebih serius. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Sand-colored Nighthawk Chordeiles rupestris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. Dicapai pada 4 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  4. ^ Clements, J. F., T. S. Schulenberg, M. J. Iliff, S. M. Billerman, T. A. Fredericks, J. A. Gerbracht, D. Lepage, B. L. Sullivan, and C. L. Wood. 2021.
  5. ^ HBW and BirdLife International (2020) Handbook of the Birds of the World and BirdLife International digital checklist of the birds of the world Version 5.
  6. ^ Holyoak, D.T. (2001). Nightjars and their allies: the Caprimulgiformes. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0198549871.
  7. ^ Cleere, Nigel (2010). Nightjars, Potoos, Frogmouths, Oilbird and Owlet-nightjars of the World. Old Basing, UK: WildGuides. ISBN 978-0691148571.
  8. ^ a b c d e f Whyland, N. (2020).