Sintok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sintok (UUM))
Lompat ke: pandu arah, cari

Sintok merupakan sebuah bandar kecil di Kedah, Malaysia. Sintok terletak kira-kira 52 kilometer dari Bandar Raya Alor Star dan kira-kira 12 kilometer dari pekan Changlun. Sintok dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun-Sintok dan juga melalui jalan raya dari Padang Terap.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama "Sintok" yang diambil daripada nama sejenis pokok, asalnya adalah merupakan sebuah petempatan terpencil yang menempatkan para pelombong bijih timah. Bagaimanapun, disebabkan kedudukannya yang sangat berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand, menjadikan ia terdedah kepada ancaman komunis. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk memindahkan semua penduduk ke kawasan yang lebih selamat, sekali gus mengisytiharkan Sintok sebagai kawasan hitam. Sejarah mencatatkan begitu ramai anggota pasukan keselamatan yang telah terbunuh di kawasan Sintok.

Pada pertengahan tahun 80-an, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri telah bersetuju untuk membina sebuah universiti di Sintok. Universiti yang diberi nama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mula dibina pada akhir tahun 80-an bagi menggantikan kampus sementara di Bandar Baru Darul Aman, Jitra.

Sebagai tanda peringatan terhadap pengorbanan pasukan keselamatan, sebuah Tugu Peringatan telah dibina di Kampus Universiti Utara Malaysia. Pada tugu berkenaan telah disemadikan senarai nama anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika menjalankan tugas menentangan ancaman komunis.

Kewujudan kampus UUM telah mempercepatkan pertumbuhan beberapa petempatan baru seperti Bandar Baru Sintok dan Bukit Kachi yang terletak bertentangan dengan Hutan Simpan Sungai Badak.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

UUM mengamalkan konsep kampus terbuka. Oleh itu kebanyakan prasarana yang terdapat di dalam kampus turut dibuka untuk dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan:

  • Pusat Kesihatan
  • Perpustakaan Sultanah Bahiyah
  • Kolej Kediaman Pelajar
  • Kuarters Kakitangan UUM
  • Kompleks Sukan dan Kolam Renang
  • Hentian Bas Tempatan / Ekspres
  • Masjid Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
  • Pusat Membeli belah
  • Bank:
    • Bank Simpanan Nasional
    • Bank Bumiputra Commerce
    • Bank Muamalat
  • Pejabat Pos
  • Hotel
  • Taman Rekreasi
  • Padang Golf
  • Kem Program Khidmat negara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]