Ramlah binti Mohamad Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siput Sarawak)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Siput Sarawak" dilencongkan di sini.
Siput Sarawak
Siput sarawak.jpg
Kelahiran Ramlah binti Mohamad Sulaiman
1921
Kuching, Sarawak, Empayar British (kini Malaysia)
Meninggal dunia 3 Jun 1999 (berumur 77–78)
Singapura
Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi Lim Chu Kang, Jalan Bahar, Singapura
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1947–1999
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Pesona Pictures
Pasangan Dato' S. Roomai Noor (1951 - 1953; bercerai)
Anak Anita Sarawak + 15 anak angkat
Ibu bapa Dollah Sarawak (bapa)

Siput Sarawak atau nama sebenarnya Ramlah bt Mohamad Sulaiman (1921–3 Jun 1999)[1] merupakan seorang seniwati filem Melayu. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak.

Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans,Filem Cinta bersama Allahyarham S. Roomai Noor pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini, sekarang lebih terkenal sebagai Anita Sarawak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Rachun Dunia.jpg

Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenar Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon filem.

Beliau merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam filem pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon lebih kurang 50 filem terbitan Malay Film Productions, Cathay-Keris dan juga Studio Merdeka. Antara lakonan beliau yang paling menonjol ialah Hujan Panas, Muda Mudi, Racun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung'' dan Mangsa. Beliau juga pernah berlakon di bawah terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk Filem Keluarga 69 bersama P.Ramlee. Filem Hujan Panas adalah antara filem yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam filem itu membuatkan beliau terus mendapat peluang berlakon watak jahat.

Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999 pada usia 78 tahun di blok 9 Kempas Road, Singapura dan jenazah beliau selamat disemadikan di Pusara Abadi di kawasan Lim Chu Kang, Singapura. Pada masa itu juga, beliau berjiran dengan seniwati Hashimah Yon.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Singapura Di Waktu Malam - (1947) - (Pelakon Utama)
  2. Chinta - (1948) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Chinta)
  3. Nasib - (1949) - (Pelakon Utama)
  4. Nilam - (1949) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Puteri Nilam @ Dilara)
  5. Pembalasan - (1950) - (Pelakon Utama)
  6. Racun Dunia - (1950) - (Pelakon Pembantu)
  7. Bakri - (1950) - (Pelakon Utama)
  8. Berdosa - (1951) - (Pelakon Pembantu)
  9. Hujan Panas - (1953) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Aminah)
  10. Sengsara - (1953) - (Pelakon Utama)
  11. Mangsa - (1953) - (Pelakon Utama)
  12. Menyerah - (1955) - (Pelakon Pembantu)
  13. Insan - (1955) - (Pelakon Utama)
  14. Pencuri - (1956) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jamilah)
  15. Korban Fitnah - (1959) - (Pelakon Utama)
  16. Raden Mas - (1959) - (Pelakon Pembantu)
  17. Noor Islam- (1960) - (Pelakon Pembantu)
  18. Hang Jebat - (1961) - (Pelakon Pembantu)
  19. Hantu Rimau - (1960) - (Pelakon Pembantu)
  20. Yatim Mustapha - (1961) - (Pelakon Utama)
  21. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (1961) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Tun Tijah)
  22. Siti Zubaidah - (1961) - (Pelakon Pembantu)
  23. Lela Satria - (1961) - (Pelakon)
  24. Dang Anom - (1962) - (Pelakon)
  25. Korban Kasih - (1962) - (Pelakon Utama)
  26. Mata Syaitan - (1962) - (Pelakon Utama)
  27. Bunga Tanjung - (1963) - (Pelakon Utama)
  28. Pontianak Gua Musang - (1964) - (Pelakon)
  29. Jiran Sekampung - (1965) - (Pelakon Pembantu)
  30. Patung Cendana - (1965) - (Pelakon Pembantu)
  31. Ikan Emas - (1965) - (Pelakon Utama)
  32. Muda Mudi - (1965) - (Pelakon Utama)
  33. Naga Tasik Chini - (1966) - (Pelakon Utama)
  34. Keluarga 69 - (1967) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Siti Mariam)
  35. Pop Muda - (1968) - (Pelakon)
  36. Layar Lara - (1997) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Ibu Seniwati Zai)

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Artis Veteran di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM-9) pada tahun 1991.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siput Sarawak meninggal dunia", Berita Harian, 4 Jun 1999.
  2. ^ Siput Sarawak... perginya seorang primadona Utusan Malaysia (4 Jun 1999). Diperoleh pada 20 Februari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]