Siput sedut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Cerithidea obtusa
Cerithidea obtusa 01.JPG
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
(tanpa pangkat):
Superkeluarga:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. obtusa
Nama binomial
Cerithidea obtusa
(Lamarck, 1822)
Sinonim[1]

Potamides obtusus (Lamarck, 1822)

Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung[2], siput mata merah merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Nama saintifiknya adalah Cerithidea obtusa dalam famili Potamididae.[1].

Siput sedut ini berpotensi untuk ditemui di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia. Contoh kawasan yang mudah ditemui ialah di kawasan pantai Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan beberapa negeri di Perak (kawasan pantai). Contoh terbaik mudah didapati di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Pantai Teluk Rhu, Pantai Sg Lang, Pantai Kg. Banting. Pokok bakau minyak, kurap dan api-api memainkan peranan penting untuk habitat siput sedut ini. Makhluk air payau ini memerlukan sumber alam untuk hidup. Air yang mengalir dari bumi melalui saluran sungai dan parit bersama air masin laut dari pasang surut ke pantai paya bakau sangat diperlukan siput sedut.

Bagi penternak yang ingin menjadikan satu sumber pendapatan perlu mempunyai sedikit kepakaran dalam ekosistem kehidupan siput sedut ini. Tahap kemasinan lumpur dan oksigen lumpur serta bakteria yang menukar asid sulfat, sulfur, dan hidrogen perlu diambil kira.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat setempat seringkali menjadikan siput sedut menjadi menu santapan mereka. Hidangan yang paling biasa bagi siput sedut ialah masak lemak. Walaupun begitu, proses pembersihan teliti amat penting.

Cengkerang siput ini berpotensi dijadikan perhiasan bagi mereka yang berjiwa seni. Ada juga orang yang meletakkan cengkerang siput di tanah bagi tujuan penambakan ringkas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]