Inheritance Cycle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siri Pusaka)

Siri Pusaka (Inheritance Cycle) merupakan siri novel fantasi yang dikarang oleh pengarang Amerika Syarikat, Christopher Paolini dan telah dijual lebih daripada 8 juta buku di seluruh dunia. Pada tahun 2007, 2 daripada jumlah 4 buah buku telah diterbitkan: Eragon (2003) dan Eldest (2005). Buku ketiga yang masih dalam proses mengarang dan akan diterbit pada tahun 2008 dan buku keempat merupakan buku terakhir. Rancangan penerbit untuk menerbitkan buku keempat, yang juga merupakan buku terakhir belum ditetapkan. Pada tahun 2006, Eragon telah diadaptasikan kepada filem.

Novel-novel tersebut berlatarkan tanah Alagaësia dan berfokus kepada seorang remaja lelaki yang bernama Eragon dan naganya Saphira dan dia mendapatinya seorang Penunggang Naga, kumpulan termasyhur yang menjadi pemerinath pada zaman dahulu. Raja Galbatorix telah menghapuskan sistem ini dan menjadi raja kepada Alagaësia. Dia cuba membunuh remaja dan naganya dan pengembaraan mereka merentasi Alagaësia telah bermula.

Sejarah Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Christopher Paolini, pengarang Siri Pusaka, menerima pendidikan daripada ibu bapanya di ruymah. Beliau menamatkan pelajaran sekolah menengah pada umur 15 tahun. Oleh kerana dia berasa bahawa masih belumcukup matang untuk memasuki kolej, beliau telah menghasilkan Eragon pada masa lapangnya. Ketika dia berumur 19 tahun, ibu bapanya telah menerbitkan bukunya di syarikat penerbitan sendiri, iaitu Paolini Internatonal. Pada tahun 2002, Eragon diterbitkan semula oleh syarikat penerbitan Knopf dan buku tersebut menjadi terlaris jualannya.

Eldest pula diterbitkan pada Ogos 2005.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Di tanah fiksyen Alagaësia (yang merupakan latar belakang trilogi), terdapat organisasi yang memerintah tempat itu dan membawa keamanan kepada dunia. Kumpulan ini dikenali sebagai Penunggang Naga dan Shur'tugal dalam Bahasa Purba kerana mereka menunggang naga dan masing-masing mempunyai ikatan yang kuat dengan naga-naga meraka. Naga seorang Penunggang Naga bernama Galbatorix telah dibunuh oleh trol jenis Urgal. Ole kerana permintaan untuk mendapat naga baru ditolah oleh Majlis Penunggang Naga, dia menjadi marah dan cuba menghapuskan para Penunggang Naga. Dia mencuri seekor naga hitam dan dinamanya Shruikan. Dia memaksa Shruikan menurut segala perintahnya dan akhirnya, dengan naganya dan Forsworn Tiga Belas, 13 pengikut Galbatorix yang merupakan pembolot kepada Penunggang Naga, dia berjaya menghapuskan para penunggang dan naga dan menjadi raja kepada Alagaësia.

Sinopsis Eragon[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada Eragon

Sinopsis Eldest[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada Eldest

Latar Tempat[sunting | sunting sumber]

Tanah Alagaësia

  • Alagaësia - Benua fiksyen yang menjadi latar tempat cerita
  • Du Weldenvarden - Hutan luas di utara Alagaesia. kediaman kepada elf-elf yang membawa maksud "Hutan Penjaga" dalam Bahasa Purba.
  • Empayar - Negara yang diperintah oleh Raja Galbatorix yang zalim
  • Surda - Tanah yang menentang empayar dan berkedudukan selatan Alagaësia

Watak manusia dan bukan manusia[sunting | sunting sumber]

  • Ajihad - Pemimpin Varden sehingga kematiannya dalam Eldest.
  • Angela - Ahli sihir yang banyak membantu Eragon
  • Arya - Puteri elf yang diselamatkan oleh Eragon dan Eragon jatuh cinta kepadanya
  • Brom - Penasihat Eragon dan bekas Penunggang Naga. Meninggal dunia dalam buku pertama.
  • Blagden - Burung gagak yang pernah menyelamatkan nyawa ayah Arya (Raja Evandar).
  • Durza - Watak antagonis. Hantu berkuasa yang menguasai tentera Urgal dan aknirnya dibunuh oleh Eragon.
  • Eragon - Watak utama protagonis.
  • Elva - Budak perempuan kecil yang disumpah oleh Eragon secara tidak sengaja.
  • Galbatorix - Raja Empayar yang jahat dan zalim
  • Garrow - Pak cik kepada Eragon, ayah kepada Roran dan abang kepada Selena. Dibunuk oleh Ra'zac dalam buku pertama
  • Glaedr - Naga emas Oromis.
  • Helen - Isteri Jeod yang menemaninya ke Surda.
  • Hrothgar - Raja Kerdil. Dibunuh oleh Murtagh.
  • Islanzadí - Permaisuri elf. Ibu Arya.
  • Jeod - Rakan Brom. Membantu Roran dan orang kampung Carvahall melarikan diri ke Surda.
  • Katrina - Tunang Roran. Diculik oleh Ra'zac.
  • Kull - Urgal yang berpendidikan.
  • Maud - Kucing putih yang hidup dalam kalangan elf. Juga dikenali sebagai The Watcher, Quickpaw, dan The Dream Dancer.
  • Morzan - Salah seorang pembelot Penunggang Naga. Ayah kepada Eragon dan Murtagh. Dibunuh oleh Brom.
  • Murtagh - Anak lelaki Morzan dan abang kepada Eragon.
  • Nasuada - Anak perempuan Ajihad dan pemimpin Varden selepas kematian Ajihad.
  • Orik - Sepupu Hrothgar dan pembimbing Eragon di Farthen Dûr.
  • Oromis - Penunggang Naga lama terakhir dan guru kedua kepada Eragon.
  • Orrin - Raja Surda.
  • Ra'zac - Makhluk jahat yang makan manusia. Patuh kepada King Galbatorix.
  • Roran - Abang saudara Eragon dan pemimpin revolusi Carvahall.
  • Saphira - Naga biru Eragon.
  • Selena - Ibu Murtagh dan Eragon, adik perempuan Garrow.
  • Shruikan - Naga Hitam Galbatorix.
  • Sloan - Penjual daging Carvahall. Ayah Katrina.
  • Solembum - Kucing yang bersama dengan ahli sihir, Angela.
  • Thorn - Naga Merah Murtagh.
  • Trianna - Pemimpin Du Vrangr Gata.
  • Urgals - Makhluk gergasi yang suka berperang dan zalim.
  • Varden - Kumpulan penentang empayar yang memperjuangkan kebebasan untuk penduduk empayar.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]