Siri X-Venture: Era Jelajah Ulung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

X-Venture: Era Jelajah Ulung (Cina Ringkas: X探险特工队之智力冒险系列; pinyin: X tànxiǎn tègōng duì zhī zhìlì màoxiǎn xìliè, bahasa Inggeris: X-Venture: The Golden Age of Adventures) merupakan siri komik dalam siri X-Venture terbitan Kadokawa Gempak Starz.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Alex
  • Lulu
  • Jackal
  • Jones
  • Marie
  • Robert
  • Steel Fang
  • Akhator
  • Fenrir
  • Hank
  • Axe
  • Benny
  • Lydia
  • Chammy
  • Sally
  • Alligon
  • Ling
  • Adolf
  • Samara
  • Ali
  • Ming Kong
  • Goken
  • Rafael
  • Dr.Ming
  • Sigurd Bodon
  • Meghan Roger
  • Wolfe Rodrick
  • Teddy Rodrick
  • Nacho
  • Crowbone
  • Void
  • Glee
  • Woe
  • Fury
  • Caelus
  • Tempesta
  • Nemus
  • Plagius
  • Luminus
  • Mundus
  • Akhazane
  • Rita
  • Rica
  • Brighton
  • Silver Wing

Senarai Jilid[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran bahasa Bahasa Melayu
H1Amarah Mumia
X探险特工队 智力冒险系列 01:木乃伊军团
April 2015
[SASARAN NO.1!

BERTEKAD MENCARI KERETA KUDA EMAS!]

Alex mengembara mencari kereta kuda emas untuk membuktikan dia boleh menjadi pengembara terhebat. Namun dalam pejalanan kapal udarannya terkandas di tengah-tengah gurun. Akhirnya dia diselamatkan secara tidak sengaja oleh tuan kedia, Amon. Kemudian Samara, anak Amon menyertai pengembara Alex tetapi ada yang mengekori mereka! Apakah kemungkinan berlaku?
H2Kubu Minotaur Crete
X探险特工队智力冒险系列02:迷宫中的牛头人
[SASARAN NO1!

KALI INI ALEX BERTEKAD MENCARI MINOTAUR!]

Alex membuat keputusan pergi ke tempat penemuan fosil Minotaur di Crete demi menamatkan sumpahan ke atas Lulu. Mereka telah menemui legenda Minotaur dalam mitos Yunani iaitu raksasa berkepala lembu jantan dan berbadan manusia. Ketahui kisah legenda ini dan kebenaran di sebaliknya.
H3Harta Keramat Laut Dalam
X探险特工队智力冒险系列03:深海丧尸
[SASARAN NO.1!

KALI INI ALEX MENCARI IKAN DUYUNG!]

Pengembaraan Alex dan Lulu kali ini di Lautan Pasifik mencari legenda ikan duyung. Namun kapal hantu muncul secara tiba-tiba! Maksudnya ikan duyung benar-benar wujud? Muncul pula pengembara laut, Raja Laut Dalam! Adakah kemunculannya sebagai kawan atau musuh?
H4Robot Colossi Ganges
X探险特工队智力冒险系列04:无敌巨神兵
[SASARAN NO.1!

MENCABAR COLOSSI!]

Artifak dipanggil tongkat Nyawa Gergasi yang mampu menghidupkan robot gergasi atau digelar Colossi telah dicuri daripada tempat persembunyian di bawah Sungai Ganges. Ini menyebabkan penjaga artifak iaitu Naga bangun menyerang orang di sekitar Sungai Ganges. Alex yang kebetulan memancing di situ tersentak dengan kejadian aneh itu. Adakah Alex cukup kuat untuk menewaskan Naga?
H5Samseng Lanun Jerung
X探险特工队智力冒险系列05:鲨鱼骑士
[SASARAN NO.1!

MENCARI ALAT KAWALAN ARUS LAUTAN!]

Kisah mengenai Alex semasa kecil dan datuknya Phantom Spider pernah bergelar Pengembara No.1. Atas permintaan Kesatuan Pengembara Dunia, pasangan datuk dan cucu ini menuju ke Kepulauan Melayu untuk mencari alat kawalan arus laut. Mampukah Alex menyelesaikan misi pengembaraan pertama bersama datuknya? Pengembaraan ini bertambah sukar dengan kemunculan lanun jerung yang kejam dan ganas.
H6Raksasa Primat
X探险特工队智力冒险系列06:一亿吨的巨兽
[SASARAN NO.1!

BONGKAR MISTERI PUNCAK GUNUNG!]

Setelah sekumpulan pengembara menemui emas di Banjaran Himalaya, mereka terus lenyap tanpa jejak. Kesatuan Pengembara Dunia bercadang menghantar pasukan misi menyelamat. Hal ini menarik minat pengembara No. 4 iaitu Puteri Langit Biru untuk turut serta. Kemunculannya merungkai latar belakang Lulu yang sentiasa menjadi misteri pada Alex. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila diserang primat salji. Adakah nasib mereka sama seperti pengembara yang hilang itu?
H7Bara Naga Berapi
X探险特工队智力冒险系列07:决战龙穴
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

SARANG QILIN YANG MENGGERUNKAN!]

Selepas menyelamatkan Lulu daripada kakak yang obses dengannya, Alex bercadang meneruskan perjalanan ke China. Semasa dalam perjalanan dia menyaksikan pengembara No.1, Akhator melawan makhluk mitos Qilin. Bagaimanapun Alex lebih berminat dengan tapak arkeologi yang baru ditemui. Adakah ia sarang Qilin atau makhluk tidak deketahui?
H8Benteng Pejuang Langit
X探险特工队 智力冒险系列 08:天狗妖怪城
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MASUK KE DUNIA MITOS!]

Selepas ketiadaan Lulu, Alex meneruskan pengembaraan solonya dan bertembung dengan penyiasat upahan, Jackal di Jepun. Mereka berpadu tenaga menentang serangan Kamaitachi. Adakah Alex berjaya dalam pengembaraan bersama Jackal tanpa Lulu di sisi?
H9Menyentap Penjaga Emas
X探险特工队 智力冒险系列 09:黄金守护神
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

BENARKAH KEWUJUDAN EL DORADO?]

Kini raksasa langit sudah merampas bebola larangan dan menjadi semakin kuat. Alex perlu bekerjasama dengan Hank, Raja Laut. Dalam sekali lagi di Lautan Pasifik untuk menghalang raksasa langit mendapatkan dua lagi bebola larangan. Di sana, mereka bertemu seteru lama dan sahabat yang tidak dijangka!
H10Tarung Epik
X探险特工队 智力冒险系列 10:群兽乱斗
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MISTERI BEBOLA LARANGAN!]

Raja Laut Dalam Hank melawan raksasa langit Akhator habis-habisan untuk menghalangnya mendapatkan bebola larangan. Adakah Raja Laut Dalam sudah cukup untuk menewaskan raksasa langit? Alex bersama pengembara legenda bersedia menjalankan tugas dengan sehabis baik.
H11Penyusup Ribut Pasir
X探险特工队 智力冒险系列 11:沙雾隐者
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MISTERI MEXICO!]

Alex berjaya menjadi perumah benih bintang dan menarik perhatian raksasa langit yang tamakkan benih bintang itu. Demi melindungi Alex, pengembara terhebat dunia bersama-sama menentang raksasa langit dengan risiko yang tinggi. Raksasa langit bersumpah menghancurkan semua hidupan di bumi dan menakluknya!
H12Pejuang Bumi
X探险特工队 智力冒险系列 12:地球的斗士
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

SELAMATKAN DUNIA!]

Akhator mengisytiharkan perang ke atas planet Bumi. Namun pertahanan Bumi semakin lemah. Semua pengembara bertaraf dunia berganding bahu melawan Akhator. Akhator membalas dengan serangan terunggulnya untuk melenyapkan segala hidupan di planet ini. Bagaimana Alex dan pengembara lain menyelamatkan Bumi dari kemusnahan dahsyat ini?
H13Sumpahan Purba
X探险特工队 智力冒险系列 13:守墓狼群
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

PENCARIAN MAKAM PIRAMID!]

Alex dan Lulu kembali ke Mesir untuk misi yang sangat berbeza dari sebelum ini. Dia begitu teruja hingga merempuh kedai Amon dengan kapal terbangnya Alex terpaksa menerima misi dari notis pengembara untuk membayar ganti rugi. Apakah yang membezakan misi kali ini dengan sebelumnya? Nantikan pengembaraan kali kedua di Mesir!
H14Rasukan Dominan
X探险特工队 智力冒险系列 14:霸王战甲
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

PENEMUAN RAHSIA LAMA!]

Setelah terjumpa pedang purba dari gua Gunung Song , seorang penduduk kampung seperti dirasuk. Alex, Lulu dan ketua sami Kuil Shaolin iaitu mentor Ming Kong terkejut apabila lelaki itu dikawal cacing salur darah. Apakah bahaya lain tersembunyi di dalam gua itu?
H15Pemburu Bertukar Nyawa
X探险特工队 智力冒险系列 15:改造人芬里尔
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MISTERI MAKMAL ZAMAN PERTENGAHAN!]

Alex, Lulu dan Ming Kong ke London untuk menyiasat bukti yang mengaitkan cacing salur darah dengan alkimia. Manakala pengembara ranking ke-2, Howling Heart didapati hilang dari penjaranya. Apakah bahaya yang bakal ditempuhi?
H16Jebak Kuku Besi
X探险特工队 智力冒险系列 16 :暴君的陷阱
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MISI PENTING! HENTIKAN KEBOCORAN GAS TOKSIK!]

Gempa bumi di Itali mendedahkan pintu masuk ke tapak khazanah bawah tanah. Alex dan Lulu pergi menyiasat selepas diberitahu oleh Goken tentang tapak penuh dengan jerangkap samar. Mereka menemui peranti gas bertoksik yang mampu membunuh manusia. Apakah yang mereka akan lakukan?
H17Rahsia Pulau Bergerak
X探险特工队 智力冒险系列 17:航行巨壳岛
Sasaliya membaiki mesin pindahan jiwa 005 untuk memindahkan roh Fenrir daripada golem. Marie ingin mengetahui hubungan Sasaliya dengan Alex dan Lulu sebaliknya hubungan Marie dengan Fenrir lebih menjadi tumpuan. Apakah rahsia hubungan mereka?
H18Bahana Sulur Gergasi
X探险特工队 智力冒险系列 18:狂战士之种
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MENENTANG MAKHLUK GERGASI!]

Sekembali ke rumah di Cameron Highlands, Alex menemui peta harta karun yang membawanya kepada peti khazanah peninggalan moyang. Dia menemui biji benih dipercayai dari kisah dongeng Jack dan Pokok Kacang Ajaib tetapi biji benih ditanam moyangnya tidak tumbuh. Adakah kisah itu palsu?
H19Buruan Kerdil
X探险特工队 智力冒险系列 19:幻兽猎人
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MENJEJAK PEMBURU SI KERDIL!]

Sejak zaman pengembara lagi ramai bersahabat dengan makhluk misteri. Kini makhluk kerdil yang mesra ini menjadi buruan! Alex bersama pengembara lain menjejaki sekumpulan pemburu dan terjumpa obor serta pintu kecil. Apakah komplot jahat pemburu yang menangkap makhluk tidak bersalah itu?
H20Ceritera Alam Pari-Pari
X探险特工队 智力冒险系列 20:妖精森林
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

DUNIA PARI-PARI!]

Semasa misi ke Perancis Alex dan rakan-rakan memasuki hutan yang terkenal dengan legenda. Mereka menelusuri laluan yang sempit dan tiba-tiba saiz badan mula mengecil seperti terkena sumpahan. Kemudian mereka bertembung dengan pari-pari comel tetapi jahat! Kenapa pari-pari menjadi musuh pula? Bagaimana hendak menghadapi musuh lebih besar dengan saiz kecil?
H21Cabaran Garuda
X探险特工队 智力冒险系列 21:迦楼罗的考验
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MENYAHUT CABARAN UJIAN PENGEMBARA!]

Ujian Pengembara yang diadakan setiap tiga tahun akan bermula! Rakan-rakan pengembara Alex, Samara dan Ali sudah berada di Thailand. Di sana mereka bertemu ramai pengembara dari negara lain termasuk Delmar. Mereka semua sudah bersiap sedia menghadapi ujian tetapi mampukah melepasinya?
H22Tawanan Khianat
X探险特工队 智力冒险系列 22:七号预言
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MELINDUNGI RAHSIA PENTING!]

Alex dan rakan-rakan tiba di penjara pengembara yang dikawal ketat dan melihat sendiri pengembara yang dipenjarakan. Selain penghuni yang terasing dari dunia luar... tersembunyi rahsia gelap penjaga penjara serta ramalan dari pengembara ranking ke-7. Apabila bahaya semakin dekat... adakah ramalan itu benar?
H23Kuasa Gelap Meluap
X探险特工队 智力冒险系列 23: 圣域香巴拉
[SASARAN PENGEMBARA NO. 1!

HENTIKAN KUASA GELAP!]

Ramalan rahsia telah jatuh ke tangan Adolf! Seluruh dunia menjadi huru-hara dan pengembara ranking ke-7 mendedahkan kebangkitan pemimpin bersama bencana besar. Malangnya kali ini kesatuan Pengembara Dunia dan Pakatan Global untuk Kemanusiaan tidak setanding dengan Adolf yang mempunyai kuasa Akhator! Adakah cara untuk Alex dan rakan-rakan membendung serangan besar-besaran ini?
H24Cahaya Penjaga Bintang
X探险特工队 智力冒险系列 24:十字凶星
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

SELAMATKAN BUMI!]

Pengkhianatan Twilight Doctor akhirnya terbongkar dan mencetus pertempuran sengit di segenap ruang dan masa! Perasaan benci yang membuak-buak menjadikan dunia sebuah medan perang hingga mengancam kehidupan planet ini. Adakah ini tanda kembalinya... Akhator? Alex pula terdengar namanya dipanggil tapi siapakah gerangan suaru itu?
H25Puaka Pohon Kelapa
X探险特工队 智力冒险系列 25:椰林鬼影
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MISI DI PULAU BERHANTU!]

Pakatan Global untuk kemanusiaan telah menhentikan pengembaraan seluruh dunia. Alex melancong ke Pulau Pinang bersama Lulu, Rita dan Rica untuk berehat dan pulih daripada kecederaan. Di sana mereka bertemu remaja yang melarikan diri daripada pulau aneh di mana kawan-kawannya telah hilang di pulau itu. Nampaknya misi lain menanti mereka...
H26Terlepas Dari Cengkaman Maut
X探险特工队 智力冒险系列 26: 黑暗宴会
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MELEPASKAN DIRI DARI GENGGAMAN KEJAM!]

Alex diculik Ferocious Four! Dia dikurung dalam pembetung yang penuh dengan bangkai haiwan dan balang spesimen misteri. Ini tentu kerja Blood Clan. mampukah Alex melepaskan diri? Pada masa sama pengembara ranking ke-7, The Oracle mendapati ramalannya tidak lengkap sepenuhnya. Identiti Star Guardian yang sebenar...
H27Menjejak Ferocious Four
X探险特工队 智力冒险系列 27:四兽岛
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

FEROCIOUS FOUR MESTI DIHALANG!]

Ferocious Four melarikan diri ke Pulau Sentinel Utara yang terpencil. Lulu dan pengembara lain terus megejar mereka. Kekalahan Ferocious Four dalam pertempuran sebelum ini mendorong Void melakukan sesuatu di luar jangkaan. Dia telah menyuntik dirinya dengan darah Raksasa Langit dan Alex 'berhubung' dengannya.
H28Raksasa Gunung Tibet
X探险特工队 智力冒险系列 28:罗刹雪狮子
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MISI MENYELAMAT RAFAEL!]

Fenrir mengatur langkah berani dan menculik Void demi mencari saudaranya, Rafael. Pada mulanya, Alex dan Lulu mengejar tetapi mengubah keputusan untuk bergabung dengan Fenrir dalam pencarian ke Tibet. Namun Hank berjaya mengesan dan pertempuran dengan Fenrir bermula! Di tengah-tengah pertempuran itu pula Hank menemui pembunuh ibu bapanya.
H29Keramat Kapak Purba
X探险特工队 智力冒险系列 29:开天辟地斧
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MENCARI KAPAL LEGENDA!]

Alex dan rakan-rakan masuk ke dunia tidak diketahui selepas berlaku pertembungan dengan Raksasa Merah. Mereka secara tidak sengaja menyelamatkan wanita yang agak aneh. Mereka juga mendapat tahu tentang keturunan misteri dari legenda Pangu. Namun mereka perlu mencari kapak purba untuk memisahkan langit dan bumi bagi melepaskan diri.
H30Bahaya Zaman Dinosaur
X探险特工队 智力冒险系列 30:恐龙乐园
SASARAN PENGEMBARA NO.1!

KEMBALI KE ZAMAN PRASEJARAH!]

Kapak Pangu membawa mereka kembali ke zaman dinosaur. Akhirnya mereka menemui adik lelaki Fenrir iaitu Rafael yang ingin membalas dendam terhadap Alex dan yang lain. Raksasa Merah pula muncul semasa perlawanan baru hendak bermula!
H31Penunggu Hutan Paya
X探险特工队 智力冒险系列 31:灵木神主
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MEREDAH PAYA!]

Selepas pertempuran sengit dengan salah satu Raksasa Merah, Alex dan rakan seperjuangan akhirnya kembali ke masa kini. Presiden Robert pula telah menghantar Axe ke bandar berhantu untuk menyiasat punca raksasa menyerang Alex. Semasa Axe bertempur dengan penghuni bandar yang disumpah, muncul pula raksasa lain.
H32Pencarian Raja Kembara
X探险特工队 智力冒险系列 32:冒险王西格 • 波东
[SASARAN PENGEMBARA NO. 1!

RAJA KEMBARA DALAM PENCARIAN!]

Sigurd Bodon sangat sukakan pengembaraan sejak kecil lagi. Pengembaraan banyak menemukannya dengan khazanah menakjubkan serta eliksir kehidupan. Dia sedang mencari Raksasa Merah yang pernah bertempur dengannya semasa Dinasti Qing. Tapi apakah motifnya?
H33Bertembung Di Utara
X探险特工队 智力冒险系列 33:始原之子
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

RAJA KEMBARA DALAM PENCARIAN! ]

Alex dan lain-lain menuju ke Ireland Utara untuk mencari kristal yang tidak dapat dikenal pasti. Pada masa yang sama adakah akhirnya Alex faham tujuan raksasa merah? Namun ketika Alex ingin mengikut mereka... Sigurd Bodon dan lain-lain tiba.
H34Saingan Jentera
X探险特工队 智力冒险系列 34:铁甲飞拳
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MENCARI PENGKHIANAT KE LUBANG CACING!]

Pakatan Global mengeluarkan arahan pada Alex dan pasukan untuk mencari Mejar Roger dan Leftenan Graham dalam masa sepuluh hari atau dikenakan tindakan. Dalam usaha menjejak pengkhianat, mereka menyertai pertandingan jentera dan tanpa sengaja mengetahui identiti genius di sebalik Mesin Pindahan Jiwa.
H35Blood Clan Berantakan
X探险特工队 智力冒险系列 35:蓝梦狂气
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

HENTIKAN KEMARAAN KLAN!]

Alex dan rakan-rakannya berjaya mencari tempat persembunyian Mejar Roger dan Dr. Ming dengan bantuan Raja Automasi. Kebenaran mengenai kematian ibu bapa Hank juga terungkai. Sementara itu, Dr. Ming telah dipintas oleh Void dan Woe. Siapa akan menang dalam perbalahan Blood Clan ini?
H36Pedang Anak Gaia
X探险特工队 智力冒险系列 36 : 夜光断风剑
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

PERTAHANKAN 'MOTHER EARTH'!]

Selepas Alex dan rakan-rakannya bangkit dari pertempuran sengit, anak Gaia merasakan ada yang belum selesai. Raja Pengembara telah menyusup ke kawasan Gaia! Mampukah Alex dan Lulu berjuang bersama pelindung 'Mother Earth' mengalahkan musuh hebat ini?!
H37Pengutus Dewa Kucing
X探险特工队 智力冒险系列 37:猫神的使者
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

ALEX PERLU MERUNGKAI SUMPAHAN LULU! ]

Berjaya menangani Raja Kembara, Komander Steel Fang dari Pakatan Global untuk Kemanusiaan mengumumkan persaraannya dan melantik Alex sebagai ketua pasukan pengembara X-VENTURE. Misi pertama Alex adalah menyiasat sumpahan Lulu dan membawa pasukan kembali ke tempat pengembaraan bermula iaitu Mesir. Penemuan baharu membuatkan mereka terkenal.
H38Irama Seruling Magis
X探险特工队 智力冒险系列 38:回魂笛音
ISBN 9789672818946
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

DAPATKAN SEMULA ASET KESATUAN YANG DICURI!]

Semasa misi pencarian dokumen Kesatuan Pengembara yang dicuri, Alex dan Midnight Belle menuju ke Mongolia untuk mendapatkan tinggalan khazanah nenek moyangnya. Khazanah itu ada seruling magis yang mampu menghidupkan orang mati! Tetapi mereka pula diserang musuh yang menggunakan seruling magis itu.
H39Ramuan Dewa
X探险特工队 智力冒险系列 39:天帝的食谱
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

MENCARI RESIPI RAHSIA!]

Alex dengan pantas menjejaki Silver Wing dan pasu yang dicuri dengan bantuan kucing mumia Lulu. Silver Wing mendakwa pasu itu ada kaitan dengan resipi dewa Yunani dan Alex bersetuju menyertainya. Namun dalam perjalanan mereka bertemu seteru yang biasa dilihat!
H40Valkyrie Perkasa
X探险特工队 智力冒险系列 40:武神瓦尔基里
[SASARAN PENGEMBARA NO.1!

BEKERJASAMA DENGAN MUSUH!]

Alex meminta Jackal membantunya menangani Cik Crowbone yang menggerunkan kerana dia pasti muncul lagi. Kali ini, mereka berjaya mengetahui banyak maklumat mengenai musuh dan menemui cara menghapuskan sumpahan iaitu menjatuhkan Valkyrie! Alex terpaksa bergabung dengan Cik Crowbone kerana Valkyrie bukan lawan yang mudah.
H41Tindak-tanduk Gagak
X探险特工队 智力冒险系列 41:黑鸟行动
[MENJADI YANG TERBAIK!

ALEX LINDUNGI CROWBONE!]

Semasa Cik Crowbone bekerjasama dengan Alex, masa lalunya kembali menghantui. Pemburu terkemuka yang diupah bekas 'penyeksanya' iaitu anak lelaki tunggal presiden persatuan itu sedang memburunya! Oleh kerana Alex enggan tunduk pada tekanan untuk menyerahkan ahli baharunya... Alex meninggalkan Kesatuan Pengembara Dunia!
H42Jenayah Bandar Apung
X探险特工队 智力冒险系列 42:罪恶水都


Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://www.shop.gempakstarz.com/learnmore/x-venture-the-golden-age-of-adventures

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]