Siri X-Venture: Dunia Dinosaur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siri X-Venture: Dunia Dinosaur (Cina: X探险特工队之恐龙系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Dinosaur Kingdom) merupakan siri komik kedua dalam francais komik X-Venture terbitan Kadokawa Gempak Starz. Siri ini bertemakan pengembaraan melawat zaman prasejarah bertemu dengan dinosaur dan makhluk prasejarah seumpamanya.

Semua cerita dikarang oleh Kino dan dilukis oleh Art Team.

Senarai jilid[sunting | sunting sumber]

Dunia Dinosaur (Musim 1)[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran
B1Pelopor Prasejarah - Zaman Kambria & Ordovicia (Prehistoric Pioneers)[1]
回到5亿年前[2]
Ogos 2011
ISBN 9789673850433
Mac 2012
ISBN 9789673850716
Ekoran kejadian gempa bumi pasukan X-Venture dan pangkalannya terperangkap dalam Zaman Kambria iaitu 570 juta tahun lalu. Bekalan tenaga elektrik yang banyak diperlukan untuk menjana mesin merentas masa. Remy, Shah dan Jumbo diberi tugasan mencabar di mana mereka perlu mencari bekalan tenaga elektrik. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila menjadi sasaran "samseng laut" iaitu udang gergasi!
B2Terperangkap di Zaman Paleozoik - Zaman Silurian & Devonian (Puttering in the Paleozoic) [3]
误闯古生代[4]
?
ISBN 9789673850440
April 2012
ISBN 9789673850839
Kali ini mesin merentas masa telah membawa Pasukan X-VENTURE ke dalam Zaman Kambria iaitu 570 juta tahun lalu. Oleh sebab tidak tahan dengan desakan Remy, Lili telah turut serta dengan misi pengumpulan maklumat. Bagaimanapun mereka telah diserang sekumpulan makhluk prasejarah! Itulah salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh Pasukan X-VENTURE apabila terperangkap di Zaman Paleozoik!
B3Terjebak Di Zaman Permian - Zaman Karbon & Permian (Playing in the Permian) [5]
穿梭二叠纪[6]
ISBN 9789673850457Mei 2012
ISBN 9789673850884
Pasukan X-VENTURE kembali ke Zaman Karbon iaitu 350 juta tahun dahulu. Kebanyakan haiwan kecil pada zaman ini bersaiz gergasi. Tanpa disedari, mereka terjatuh ke dalam sarang labah-labah dan menjadi buruan raksasa ini. Bagaimanapun mereka berjaya melepaskan diri dengan bantuan pepatung. Namun begitu, ada bahaya lain menanti di hadapan...
B4Kengerian Zaman Trias - Zaman Trias (Trapped in the Triassic) [7]
三叠纪惊魂[8]
November 2011
ISBN 9789673850556
Jun 2012
ISBN 9789673851010
Semasa mengembara di Zaman Trias, Pasukan X-VENTURE berselisih faham disebabkan perkara kecil. Mereka telah berpecah kepada dua kumpulan. Jumbo dan Lili meneruskan pengembaraan dengan berjalan kaki manakala Remy dan Shah memandu kenderaan. Mereka umpama makanan percuma untuk haiwan di situ. Keadaan ini hanya menimbulkan lebih banyak masalah! Bagaimanakah mereka menempuhi Zaman Trias ini?
B5Tersesat di Zaman - Jura-Awal & Pertengahan Zaman Jura (Lost in the Jurassic) [9]
迷失侏罗纪[10]
?
ISBN 9789673850594
Julai 2012
ISBN 9789673851102
Pasukan X-VENTURE mendapati mereka berada di Zaman Jura. Mereka menyedari bahawa Zaman Jura bukanlah tempat untuk bersiar-siar. Inilah masanya dinosaur bermaharajalela dan haiwan bukan dinosaur mula mengembangkan sayapnya. Mereka akan berhadapan dengan kehidupan yang jauh berbeza dan berharap makhluk di sekitar tidak terasa terancam dengan kehadiran mereka. Adakah mereka boleh menjalani kehidupan di Zaman Jura yang sangat mencabar dan merbahaya?
B6Pengembaraan di Zaman Jura - Akhir Zaman Jura (Exploring the Jurassic)[11]
侏罗纪之逃!逃!逃![12]
?
ISBN 9789673850686
Ogos 2012
ISBN 9789673851164
Selepas kejutan awal di Zaman Jura, Pasukan X-VENTURE bersedia menelusuri liku perjalanan dengan lebih berani! Mereka memerlukan semangat kental dan keberanian kerana akhir Zaman Juramerupakan "rumah" bagi dinosaur terbesar di dunia! Pengembaraan kali ini pasti lebih sukar namum mereka bersedia berdepan cabaran getir alam dinosaur!
B7Huru-hara Zaman Batu Kapur - Awal & Pertengahan Zaman Batu Kapur (Cretaceous Craziness) [13]
翻天覆地白垩纪[14]
?
ISBN 9789673850822
September 2012
ISBN 9789673851270
Jika Zaman Jura banyak menceritakan mengenai kualiti dinosaur, Zaman Batu Kapur pula kuantiti. Apabila daratan mula terpisah, spesies baru muncul dan mempengaruhi ekologi baru. Pasukan X-VENTURE tidak sabar untuk meneroka ekologi ini! Marilah mengembara bersama Pasukan X-VENTURE ke dunia baru!
B8Gahnya Raja Langit - Akhir Zaman Batu Kapur (Lord of the Skies) [15]
空中霸王[16]
?
ISBN 9789673850921
Oktober 2012
ISBN 9789673851379
Semasa akhir Zaman Batu Kapur banyak haiwan bersayap muncul dan tidak terkecuali dinosaur! Pasukan X-VENTURE terbang tinggi bersama kawan dinosaur mereka dan sambil memahami corak gaya kehidupannya. Mereka masih perlu berhati-hati kerana ruang udara Zaman Batu Kapur ini tidak semudah disangka!
B9Raja Samudera - Akhir Zaman Batu Kapur (King of the Seas) [17]
深海王者[18]
Julai 2012
ISBN 9789673850952
November 2012
ISBN 9789673851416
Kali ini Pasukan X-VENTURE diuji di laut dalam! Mereka terpaksa berdepan penghuni lautan yang lebih besar daripada haiwan langit dan daratan. Dolfin gergasi karnivor, buaya prasejarah besar dan mungkin nenek moyang Nessie antara rintangan (atau mungkin membantu) buat mereka ketika mencari "Raja Lautan" sebenar!
B10Kepupusan Dinosaur - Akhir Zaman Batu Kapur (Extinction Exit) [19]
恐龙大灭绝[20]
?
ISBN 9789673851034
Disember 2012
ISBN 9789673851492
Pasukan X-VENTURE perlu berhadapan dengan situasi paling sukar dalam sejarah! Dinosaur adalah makhluk paling sukar ditentang tetapi ada satu perkara yang akan menghancurkan dunianya. Hanya satu sahaja cara paling selamat; lari! Adakah mereka terselamat daripada peristiwa kepupusan paling dahsyat ini?
B11Ancaman Hutan Prasejarah - Zaman Tertier (The Threat of Prehistoric Trees)[21]
史前森林大冒险[22]
?
ISBN 9789673851157
Januari 2013
ISBN 9789673851560
Tumbuhan tidak kelihatan seperti ancaman tetapi pastinya di mana ada tumbuhan, di situlah ada haiwan! Pasukan X-VENTURE terpaksa "bergaul" dengan mamalia dan burung yang mengambil alih tempat dinosaur! Saksikan bagaimana Pasukan X-VENTURE menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman untuk mengelak ancaman hutan prasejarah!
B12Ancaman Haiwan - Zaman Kuarterner (The Threat of Modern Animals)[23]
新生代之死里逃生[24]
September 2012
ISBN 9789673851232
Februari 2013
ISBN 9789673851614
Haiwan purba mula berevolusi mengambil alih kedudukan dinosaur. Pasukan X-VENTURE bertembung makhluk yang kelihatan biasa tetapi sebenarnya berbahaya. Namun harapan tetap ada dan ketika zaman ini juga orang primitif memikirkan sesuatu yang dirasakan idea yang bagus. Nampaknya Pasukan X-VENTURE perlu berusaha keras berhadapan dengan ancaman haiwan zaman ini!


Dunia Dinosaur II[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran
J1Jura Purba Kembali
重返侏罗纪
Mac 2015
J2Kemunculan Primat
原始洞穴大反击
Mei 2015
J3Bala Tentera Pepijat
史前昆虫大混战
Julai 2015
J4Helah Halimunan
隐形龙之袭击
September 2015
J5Lenyap Tanpa Jejak
追逐谜之龙
November 2015
J6Gentar Rimba
身陷古森林
Januari 2016
J7Sengketa Runtuhan Rahsia
决战神秘遗迹
Mac 2016
J8Lesap Meluncur Masa
超时空的拯救
Mei 2016
J9Konspirasi Mutan Hibrid
恐人灭世阴谋
Julai 2016
J10Konflik Dua Epok
恐龙的逆袭
September 2016
J11Gempur Berabad
终极异变之战
November 2016
J12Klimaks Terunggul
世纪对决大毁灭
Disember 2016

Rujukan

  1. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/learnmore/x-venture-dinosaur-kingdom/siri-x-venture-dunia-dinosaur-pelopor-prasejarah
  2. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/X5
  3. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-terperangkap-di-zaman-paleozoik
  4. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB2-CH
  5. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-terjebak-di-zaman-permian
  6. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB3-CH
  7. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-kengerian-zaman-trias
  8. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB4-CH
  9. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-tersesat-dalam-zaman-jura
  10. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB5-CH
  11. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-pengembiraan-zaman-jura
  12. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB6-CH
  13. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-huru-hara-zaman-batu-kapur
  14. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB7-CH
  15. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-gahya-raja-langit
  16. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB8-CH
  17. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-raja-samudera
  18. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB9-CH
  19. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-kepupusan-dinosaur
  20. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB10-CH
  21. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-ancaman-hutan-prasejarah
  22. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB11-CH
  23. ^ https://www.shop.gempakstarz.com/siri-x-venture-dunia-dinosaur-ancaman-haiwan
  24. ^ https://shop.gempakstarz.com/graphicnovel/learnmore/x-venture/x-venture-dinosaur-kingdom/XB12-CH

Pautan luar[sunting | sunting sumber]