Siri X-Venture: Makhluk Legenda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Siri X-Venture: Makhluk Legenda (Cina: X探险特工队之不明生物系列, bahasa Inggeris: X-Venture: Lost Legends) merupakan siri komik pertama dalam francais komik X-Venture terbitan Kadokawa Gempak Starz. Siri ini bertemakan pengembaraan bertemu dengan makhluk legenda dan cryptid.

Komik-komik dalam siri ini lain jilid lain pelukisnya, maka gaya lukisan berbeza-beza dari jilid ke jilid. Semua cerita dikarang oleh Sherlock.

Plot[sunting | sunting sumber]

Siri Komik X-Venture ini mengisahkan satu pasukan yang diberi nama Pasukan X-Venture (X-Venture Xplorers). Siri komik ini penceritaan yang dibawa oleh Remy (Rain), Shah (Sean) dan Jumbo (Stone) berserta dengan Dr. Da Vinci , Diana, Lili dan juga superkomputer mudah-alih Starz atau ia juga dikenali sebagai Si Kecil. Tujuan dan Motif Pasukan ini adalah menyiasat rahsia dengan teori sains mahupun teori tidak masuk akal. Siri ini adalah siri yang pertama diterbitkan dalam francais X-Venture oleh Kadokawa Gempak Starz. Siri ini menceritakan tentang Remy dan pasukannya menggembara dan menyiasat kes yang diberi oleh Dr. Da Vinci

Senarai Jilid[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran
A1Lolongan Serigala Jadian (Howl of The Werewolf)[1]
狼人传说[2]
Ogos 2010
ISBN 9789675288999
Februari 2012
ISBN 9789673850624
Pasukan X-VENTURE kembali ke abad-18 di Perancis untuk mengesahkan kewujudann serigala jadian. Sejurus menjejakkan kaki ke zaman itu , Remy dan rakan-rakan dikejutkan dengan berita makhluk jadian ini. Maklumat yang diperolehi juga menunjukkan bahawa ia memang wujud. Berjayakah mereka merungkai misteri ini dan meloloskan diri daripada sekumpulan serigala? Serigala Jadian..... benarkah ia wujud?


Komik dilukis oleh Bob serta Idea Asal oleh Sherlock.
A2Menjejaki Bigfoot (In Bigfoot's Footsteps)[3]
追踪大脚怪[4]
September 2010
ISBN 9789673850068
Februari 2012
ISBN 9789673850631
Pasukan X-VENTURE dikehendaki menyiasat tentang bigfoot di Caliifornia, Amerika Syarikat. Misi ini amat mencabar dengan serangan beruang dan pembongkaran konspirasi Restoran Big Foot yang mengejutkan. Kemudian Siasatan diteruskan ke India. Kali ini bigfoot sebenar berjaya dikesan! Berjayakah mereka menyelamatkan Mande Barung walau ditentang pemburu tempatan? Apakah sebenarnya Mande Barung?


Komik dilukis oleh Bear.
A3Misi Menyelamat Kappa (Kappa Chaos)[5]
河童大逃亡[6]
Oktober 2010
ISBN 9789673850099
Mac 2012
ISBN 9789673850662
Pasukan X-VENTURE sedang bergembira di kolam air panas Jepun selama enam hari lima malam. Tiba-tiba mereka bertembung dengan Kappa, makhluk legenda Jepun. Hasil usaha doktor, Kappa akhirnya tersedar. Remy dan rakan-rakan ingin membantu membawanya pulang ke tempat asal. Malang tidak berbau apabila jejak Kappa dikesan dan menjadi buruan manusia rakus. Adakah Remy dan rakan-rakan berjaya menyelesaikan misi?


Komik dilukis oleh Michael Chuah.
A4Si Legenda Ropen (Roping the Ropen) [7]
巨鸟翼龙[8]
November 2010
ISBN 9789673850105
April 2012
ISBN 9789673850808
Adakah Ropen di Papua New Guinea wujud? itulah persoalan yang perlu dijawab oleh Pasukan X-VENTURE! Misi kali iini bukannya mudah. Puak kanibal, pemburu haram dan letusan gunung berapi menjadi cabaran besar yang perlu ditempuhi. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu meredah hutan Papua New Guinea yang penuh misteri! Adakah mereka dapat menyiasat mengenai Ropen atau menjadi santapan Ropen? Mari menggembara bersama-sama.


Komik dilukis oleh Kino.
A5Misteri Raksasa Tasik Loch Ness (Nessie, The Lady of Loch Ness) [9]
尼斯湖水怪[10]
November 2010
ISBN 9789673850136
Mei 2012
ISBN 9789673850907
Makhluk misteri di Tasik Loch Ness? Adakah ia benar-benar wujud? Pasukan X-VENTURE teruja untuk menyelesaikan misteri ini dan kembail ke zaman silam. Bangkai makhluk misteri itu ditemui pada tahun 1977 oleh anak kapal nelayan Jepun, Zuiyo Maru. Demi mendapatkan kepastian, Pasukan X-VENTURE ke Tasik Loch Ness, Scotland. Sepanjang kembara itu, mereka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Kapal selam mereka hilang kawalan lalu terdampar di dasar lautan yang dikelilingi ikan yu! Bagaimanakah Remy menghadapi krisis ini? Berjayakah mereka menemui makhluk misteri itu?


Komik dilukis oleh Zuan.
A6Kerakusan Hidup Abadi (Flight of the Phoenix) [11]
凤凰之不死鸟[12]
Januari 2011
ISBN 9789673850174
Jun 2012
ISBN 9789673850976
Pasukan X-VENTURE sedang sibuk mengemas dan Remy telah membuka botol mengandungi bulu burung phoenix. Tiba-tiba bulu itu bertukar menjadi angin dan lenyap. Remy dan rakan-rakan kembali ke zaman Dinasti Qin, 219 Sebelum Masihi untuk mendapatkan semula bulu itu. Namun disebabkan penampilan yang ganjil, mereka ditangkap. Nasib menyebelahi mereka selepas bertemu Xu Fu yang ditahankan Maharaja Qin Shi Huang mencari Ubat Kekal Abadi.


Komik dilukis oleh Redcode.
A7Bertembung Si Pari-Pari (Little Fairy Tale) [13]
精灵奇遇记[14]
Mac 2011
ISBN 9789673850228
Julai 2012
ISBN 9789673851089
Alamak! Saiz badan Pasukan X-VENTURE telah mengecil dan semuanya jadi lebih besar! Satu demi satu musibah menimpa. Mereka terpaksa menghadapi serangan serangga berbahaya dan bertembung pari-pari. Apakah yang dilakukan pari-pari itu pada Remy dan rakan-rakan? Bolehkah mereka kembali ke bentuk asal dan pulang dengan selamat?


Komik dilukis oleh Bob.
A8Ancaman Boa Purba (Titanoboa : Coils of Doom) [15]
巨蟒之灾[16]
Mac 2011
ISBN 9789673850235
Ogos 2012
ISBN 9789673851126
Demi menjejak ular gergasi purba yang menyerang seorang pembalak, Pasukan X-VENTURE mengambil keputusan memasuki hutan Amazon. Ketika sedang berehat, mereka diganggu serangga lain malah turut menemui kulit ular sepanjang kira-kira 15 meter! Ketika leka mengikut jejak ular itu, Remy dan rakan-rakan terjebak ke suatu tempat misteri. Tempat yang dipenuhi tulang-temulang manusia dan haiwan lain...


Komik dilukis oleh Oga.
A9Cengkaman Raptor Ganas (The Terrible Terror Raptor) [17]
恐鸟[18]
Mac 2011
ISBN 9789673850266
September 2012
ISBN 9789673851218
Dr. Da Vinci mengarahkan Pasukan X-VENTURE mengembara ke New Zealand untuk menyiasat tentang burung dodo. Dalam perjalanan, kenderaan mereka diserang burung ganas kerana menyangka manusia cuba mencuri telurnya. Nasib menyebelahi mereka apabila ada yang datang membantu. Tetapi burung ganas ini tidak mahu mengalah! Mampukah mereka mengatasi serangannya dan menyelesaikan misi ini?


Komik dilukis oleh Bear.
A10Tusukan Maut Berdarah (Vampire Trail of Blood)[19]
吸血鬼之谜[20]
Mac 2011
ISBN 9789673850259
Oktober 2012
ISBN 9789673851294
Pasukan X-VENTURE meneruskan pencarian makhluk aneh selepas menerima arahan. Misi kali ini ialah si penghisap darah. Mereka mengembara ke sebuah perkampungan di Mexico untuk mengesahkan kewujudannya. Mereka dikejutkan serangan si penghisap darah tetapi berjaya mendapat maklumat tentang makhluk ini. Mampukah misteri si penghisap darah dibongkar seterusnya menyelesaikan misi ini?


Komik dilukis oleh Taufan.
A11Misteri Si Ikan Duyung (Mermaid Mystery)[21]
人鱼之卵[22]
April 2011
ISBN 9789673850273
November 2012
ISBN 9789673851393
Wujudkah ikan duyung di dunia ini? Kali ini, Pasukan X-VENTURE diarah menyiasat kewujudan ikan duyung. Malang datang bertimpa... mereka bukan sahaja diserang ubur-ubur malah ditawan lanun. Remy dan rakan-rakan terpaksa pulang ke pusat operasi. Kemudian kembali ke zaman silam, di sebuah perkampungan di Scotland. Mereka terjumpa telur misteri di belakang pentas sarkas. Rupa-rupanya itu telur ikan duyung!


Komik dilukis oleh Juice dan Little.
A12Amukan Raksasa Laut Dalam (Deep Sea Tenta-Killer)[23]
深海巨怪[24]
April 2012
ISBN 9789673850280
Disember 2012
ISBN 9789673851454
Kapal selam Malaysia hilang kawalan sebaik sahaja tinggalkan pangkalan. Semasa anak kapal cuba selamatkan diri, tiba-tiba muncul sepasang mata besar di hadapan mereka. Adakah ini hanya khayalan anak kapal? Atau makhluk gergasi itu memang wujud? Pasukan X-VENTURE ditugaskan mencari kesahihannya. Ketika Remy dan rakan-rakan asyik dengan keunikan dasar laut, tiba-tiba muncul "lengan" besar menghampiri perlahan-lahan...


Komik dilukis oleh Bob dan Zuan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]