Sissy Imann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sissy Imann
KelahiranSissy Imann binti Mohammad Kamil​
(1995-10-24) 24 Oktober 1995 (umur 24)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2013–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Faithful Music

Sissy Imann binti Mohammad Kamil​ (Jawi: سيسش ايمانن; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu".[1] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program Big Stage.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sissy dilahirkan pada 24 Oktober 1995 dan merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama [4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.[5]

Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.[6]

Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.[7]

Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[8][9]

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.[10]

Pada 27 Mac 2019, Sissy akan muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.[11]

Big Stage (Musim 1)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Mungkin Kamu" Sissy Imann Tempat Pertama
Minggu 2 "Semoga Abadi" Misha Omar Tempat Pertama
Minggu 3 "Drama"

(duet bersama Ara Johari)

Ning Baizura, Nikki Palikat & Yanie Ke-5
Minggu 4 "Senggol-senggolan Cubit-cubitan" Mas Idayu Tersingkir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2014
"Mungkin Kamu"
OST Eksperimen Cinta
"Benar Ku Tak Bohong"
2015
"Entah Apa Rasa"
2017
"Jatuh"
2019
"Pesanan Ayahanda"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Tolong Aku Doktor Cinta TV2
Kariah Cak Pong Cik Tiara TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Aween Lee Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Misi Penculikan Cinta Cinta Farhani TV3 sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) 33

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Big Stage Musim Pertama Astro Ria sebagai peserta
2019 The House Astro Ria bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie
Malam Kenangan Mengusik Jiwa TV2 sebagai artis jemputan
Muzikal Lawak Superstar Astro Warna

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (11 Februari 2018). Sissy jual bakat Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  2. ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Sissy Imann gerun dianggap pencabar terkuat Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Oktober 2018
  3. ^ Najiy Jefri (21 Ogos 2018). Menyanyi, mengajar keutamaan Sissy Harian Metro. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  4. ^ Sissy Imann balas budi orang tua. kosmo. Dicapai pada 16 Ogos 1995.
  5. ^ Kenneth Chaw (15 Julai 2019). Singer Sissy Imann took years to get her big break Star2. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  6. ^ Lagu Cepat Popular Mudahkan Sissy Imann Dikenali Ramai mStar Online (20 September 2015). Dicapai pada 25 September 2015.
  7. ^ Sissy Imann tangguh hasrat jadi guru Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  8. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  9. ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Sissy Imann gerun dianggap pencabar terkuat Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  10. ^ Tak kisah dikata kemaruk popular - Sissy Imann. harian metro. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  11. ^ Sissy Imann 'judge' kawan baik, bongkar perangai Sarah Suhairi, Wani Kayrie mstar. Dicapai pada 14 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]