Sistem Kutipan Data Peperiksaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej

Apabila Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu memutuskan untuk menggunakan Sistem Pengurusan Peperiksaan (SPP) atau e-Pantau yang dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda ke seluruh sekolah rendah negeri Terengganu, timbul masalah untuk mengutip data dalam bentuk digital untuk dianalisis di peringkat daerah dan negeri. Walaupun pihak jabatan berusaha membentuk satu pasukan pembina di peringkat negeri namun pasukan tersebut gagal menghasilkan sistem yang diharapkan.

Untuk tidak menggagalkan proses kutipan data, Tuan Haji Mohd Yusof telah berusaha membina sistem tersebut bersendirian dan telah diedarkan ke setiap Pejabat Pelajaran Daerah di negeri Terengganu Darul Iman. Sistem ini telah dinamakan sebagai Sistem Pengurusan Kawalan Auditan Hasilan Berteraskan OTI. Sistem ini telah mengalami beberapa perubahan penambahbaikan tahun demi tahun sehingga tahun 2004.

Kini semua Pejabat Pelajaran Daerah di negeri Terengganu menggunakan sistem ini untuk mengumpul data dan seterusnya mengeluarkan analisis ujian di peringkat daerah masing-masing. Analisis di peringkat daerah banyak bergantung kepada kesempurnaan data yang dibekalkan oleh sekolah. Lazimnya kesilapan data sekolah dapat dikesan melalui sistem ini tanpa disedari oleh pihak sekolah. Daerah Kemaman umpamanya, kerana semua sekolah mempunyai kemudahan internet dan mempunyai akaun emel, budaya menghantar data melalui emel telah menjadi satu kebiasaan. Sekiranya semua sekolah peka kepentingan data ini, pihak PPD dapat mengeluarkan analisis daerah dengan segera.

Tuan Haji Mohd Yusof sendiri telah dilantik sebagai Penyelaras e-Pantau Daerah Kemaman telah menggunakan kemudahan Laman Web sekolah beliau untuk mengupload analisis ujian OTI di web server sekolahnya supaya sekolah-sekolah di daerah Kemaman dengan mudah memuat terima analisis tersebut di sekolah masing-masing.