Sistem Pelancaran Menegak Sylver

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelancar Sylver Aster 15 yang dipasang pada pesawat pengangkut pesawat Charles de Gaulle

Sylver (SYstème de Lancement VERtical) adalah sebuah sistem pelancaran menegak (VLS) yang telah direka oleh DCNS dan diperkenalkan pada tahun 2001.[1] Pelancar ini didatangkan dalam beberapa versi, setiap satunya dibezakan oleh ketinggiannya. A-35 and A-43 telah dibangunkan untuk peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat, A-50 untuk pertahanan udara jarak jauh, dan pelancar A-70 untuk peluru berpandu jarak jauh seperti peluru berpandu krus serangan darat pelancaran dari laut seperti SCALP. Nombor-nombor ini merujuk kepada anggaran panjang peluru berpandu yang boleh dimuatkan ke dalamnya dalam unit desimeter, contohnya A-43 boleh menyimpan peluru berpandu sehingga 4.3 meter (14 ka 1 in) panjang sementara A-70 pula sehingga 7 meter (23 ka 0 in) panjang.

Pelancar ini didatangkan dengan modul lapan-sel, kecuali A-35 yang mana didapati dalam modul 4-sel. Setiap modul 8-sel memerlukan ruang dek seluas enam meter persegi (65 ka2). saiz dalam sel adalah 60 sentimeter (24 in) panjang dan 56 cm (22 in) lebar, dan setiap sel mempunyai lubang ekzosnya sendiri. Empat buah peluru berpandu Crotale NG (VT1) boleh dimuatkan ke dalam satu sel.

Kegunaan utama pelancar ini adalah untuk peluru berpandu Aster. Sylver, bersama-sama dengan Aster, merupakan komponen utama dalam sistem peperangan anti udara tentera laut, PAAMS. Apabila PAAMS digunakan, sehingga lapan buah peluru berpandu boleh dilancarkan dalam masa 10 saat.

Tentera Laut Perancis telah memulakan satu kajian untuk mengubah peluru berpandu krus SCALP EG agar dapat dilancarkan daripada Sylver. SCALP Naval akan memberi keupayaan untuk melakukan serangan darat seperti peluru berpandu Tomahawk milik A.S kepada Perancis.

Sistem Pelancaran Menegak Sylver[2]
A-35 Mica VL Crotale VT1 - - -
A-43 Mica VL Crotale VT1 Aster 15 - -
A-50 Mica VL Crotale VT1 Aster 15 Aster 30 -
A-70 - - Aster 15 Aster 30 SCALP Naval

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Grafik perbandingan

Unit asas Sylver VLS adalah sebuah modul 8-sel yang dipasang dengan dua baris sel peluru berpandu 22-inci yang mengelilingi saluran ekzos gas, dan spesifikasi untuk model-model berbeza adalah seperti di bawah:

Pelancar Peluru Berpandu Sylver
Model # Panjang Lebar Panjang maks. peluru berpandu Berat
A-35 3.5 meter 2.3 meter 3.5 meter 7 tan
A-43 4.3 meter 2.3 meter 4.3 meter 7.5 tan
A-50 5.0 meter 2.3 meter 5.0 meter 8 tan
A-70 7.0 meter 2.3 meter 7.0 meter 12 tan

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Modul-modul Sistem Pelancaran Peluru Berpandu Menegak Sylver yang telah dipasang
A-35
A-43
A-50
A-70
Bendera tentera laut Algeria Tentera Laut Algeria kelas-Kalaat Béni Abbès 1 x kapal amfibia pelbagai guna
2x
Bendera tentera laut Mesir Tentera Laut Mesir kelas-FREMM 3 x frigat pelbagai guna
2x
(bekas milik Perancis)
2x
(2 x bekas milik Itali)
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis Charles de Gaulle 1 x kapal pengangkut pesawat nuklear
4x
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis Kelas FREMM 6 x frigat pelbagai misi (versi ASW)
2x (pada 4 unit)
2x (pada 2 unit)
2x (kesemua 6 unit)
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis Kelas FREMM 2 x frigat pelbagai misi (versi AAW)
4x
Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis kelas Horizon 2 x pembinasa peperangan anti udara
6x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali Kelas Horizon 2 x pembinasa peperangan anti udara
6x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali Cavour 1 x kapal pengangkut pesawat ringan
4x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali Kelas FREMM 10 x frigat pelbagai misi
2x
Bendera tentera laut Itali Tentera Laut Itali kelas Paolo Thaon di Revel 5 x frigat pelbagai misi
2x
Bendera tentera laut Singapura Angkatan Laut Republik Singapura kelas Formidable 6 x frigat pelbagai misi
4x
Bendera tentera laut Maghribi Tentera Laut Diraja Maghribi Kelas FREMM 1 x frigat pelbagai misi
2x
Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja Type 45 6 x pembinasa peperangan anti udara
6x
Bendera tentera laut Arab Saudi Tentera Laut Diraja Arab Saudi Kelas Al Riyadh 3 x frigat pelbagai misi
4x

Pengguna masa depan[sunting | sunting sumber]

 Itali

  • 2 x 8 Sylver VLS A50 akan digunakan pada kelas Paolo Thaon di Revel milik Tentera Laut Itali, versi penuh dan ringan+, lima buah kapal dipesan sehingga 5 November, 2015 dengan pentauliahan dijangka bermula pada tahun 2022

 Perancis

  • 2 x 8 Sylver A50 akan digunakan oleh Tentera Laut Perancis pada lima buah frigat kelas-Amiral Ronarc’h untuk peluru berpandu MBDA Aster 15/30.

 Malaysia

 Qatar

  • Sylver VLS A50 akan digunakan pada kapal-kapal Tentera Laut Emiriah Qatar (1 x 8 modul pada sebuah LPD dan 2 x 8 modul pada empat buah frigat), pesanan dibuat pada 16 Jun 2016 kepada Fincantieri dan pentauliahan bermula pada tahun 2022

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sylver". Deagel.com. Deagel. Dicapai pada 9 January 2022.
  2. ^ "Sylver Multi-Missile Vertical Launcher" (PDF). DCNS Group. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-11-14. Dicapai pada 2008-11-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]