Sistem berpresiden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sistem berpresiden adalah satu sistem kerajaan demokratik dan republikan di mana seorang ketua kerajaan memimpin badan eksekutif yang berasingan daripada badan perundangan. Dalam kebanyakan kes ketua kerajaan juga adalah ketua negara, yang dipanggil presiden.

Di negara berpresiden, pihak eksekutif ialah pilihan raya dan bukan bertanggungjawab pada badan perundangan, yang mana tidak boleh membuat pembubaran seperti biasa. Bagaimanapun, pemecatan presiden adalah mungkin dalam kes-kes yang luar biasa, selalunya menerusi pendakwaan.

Gelaran "presiden" telah wujud dari zaman seseorang itu sendiri memimpin badan pentadbiran, seperti Presiden Kongres Kontinental dalam sejarah awal Amerika, sebelum fungsi eksekutif dipecah menjadi cabang kerajaan yang berasingan.

Sistem berpresiden berbeza dengan sistem berparlimen, dimana ketua kerajaan dipilih untuk berkuasa melalui badan perundangan. Terdapat juga sistem hibrid yang dipanggil sistem separa-presiden.

Negara-negara yang mempunyai sistem pemerintahan presiden atau separa-presiden bukanlah pemegang eksklusif gelaran presiden. Ketua negara republik berparlimen, lebih bersifat adat istiadat, dipanggil presiden. Diktator atau pemimpin negara satu parti, yang dipilih secara popular atau tidak, juga kerap dipanggil presiden.

Presidenlisme ialah bentuk kerajaan dominan dalam Benua Amerika, dengan 19 daripada 22 negara berdaulatnya adalah republik berpresiden. Ia juga lazim di Afrika Tengah dan selatan Afrika Barat dan di Asia Tengah. Tidak terdapat republik berpresiden di Eropah (kecuali Belarus dan Cyprus) dan Oceania.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]