Sistem koordinat galaksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sistem koordinat galaktik)

Sistem koordinat galaksi (Jawi: سيستم کوءوردينت ݢالکسي) ialah sistem rujukan sfera di langit yang asalannya berhampiran dengan pusat ketara Bima Sakti, dan "khatulistiwa" selari dengan satah galaksi. Sama dengan koordinat geografi, kedudukan dalam sistem koordinat galaksi mempunyai latitud dan longitud.

ialah sistem koordinat samawi dalam koordinat sfera, dengan Matahari sebagai pusatnya, arah utama sejajar dengan pusat anggaran galaksi Bima Sakti, dan satah asasi selari dengan anggaran satah galaksi tetapi diimbangi ke utara. Ia menggunakan konvensyen tangan kanan, yang bermaksud bahawa koordinat adalah positif ke arah utara dan ke arah timur di dalam satah asasi.[1]

Longitud galaksi[sunting | sunting sumber]

Koordinat galaksi menggunakan Matahari sebagai asalan. Longitud galaksi (l) diukur dengan arah utama dari Matahari ke pusat galaksi dalam satah galaksi, manakala latitud galaksi (b) mengukur sudut objek di atas satah galaksi.

Longitud (simbol l) mengukur jarak sudut dari sesenuah objek ke arah timur sepanjang khatulistiwa galaksi dari pusat galaksi. Serupa dengan longitud bumi, longitud galaksi biasanya diukur dalam darjah (°).

Latitud galaksi[sunting | sunting sumber]

Latitud (simbol b) mengukur sudut sesuatu objek utara atau selatan khatulistiwa galaksi (atau pertengahan satah) seperti yang dilihat dari Bumi; positif ke utara, negatif ke selatan. Sebagai contoh, kutub galaksi utara mempunyai latitud +90°. Serupa dengan latitud bumi, latitud galaksi biasanya diukur dalam darjah (°).

Definisi[sunting | sunting sumber]

Sistem koordinat galaksi pertama digunakan oleh William Herschel pada tahun 1785. Sejumlah sistem koordinat yang berbeza, masing-masing berbeza dengan beberapa darjah, digunakan sehinggalah tahun 1932, apabila Balai Cerap Lund memasang satu set jadual penukaran yang menentukan sistem koordinat galaksi piawai berdasarkan kutub Utara pada RA 12h40m, Dec +28° (dalam konvensyen epok 1900.0) dan longitud 0° pada titik di mana satah galaksi dan satah samawi bersilang.[1]


Titik-titik rujukan galaksi mengikut koordinat khatulistiwa J2000.0[1]
  jarak hamal sudut istiwa buruj
kutub utara (latitud +90°) 12h 51.4m +27.13° Coma Berenices
kutub selatan (latitud −90°) 0h 51.4m −27.13° Sculptor
pusat galaksi (longitud 0°) 17h 45.6m −28.94° Sagittarius
anti-pusat (longitud 180°) 5h 45.6m +28.94° Auriga

Utara galaksi

Selatan galaksi

Longitud 0° galaksi

Pada tahun 1958, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) menamakan sistem koordinat galaksi dengan merujuk kepada pemerhatian radio terhadap hidrogen asli galaksi melalui garis hidrogen, mengubah takrif longitud galaksi sebanyak 32° dan latitud oleh 1.5°.[1] Dalam sistem koordinat khatulistiwa, bagi ekuinoks dan khatulistiwa 1950.0, kutub galaksi utara ditakrifkan di jarak hamal 12h 49m, sudut istiwa +27.4°, dalam buruj Coma Berenices, dengan ralat mungkin ±0.1°.[2] Longitud 0° ialah separa bulatan besar yang berasal dari titik ini di sepanjang garis di sudut kedudukan 123° dari kutub khatulistiwa. Longitud galaksi bertambah dalam arah yang sama dengan jarak hamal. Latitud galaksi adalah positif ke arah kurub galaksi utara, dengan satah yang melewati Matahari dan selari dengan garis khatulistiwa 0°, manakala kutub adalah ±90°.[3] Berdasarkan takrif ini, kutub dan khatulistiwa galaksi boleh didapati dari trigonometri sfera dan boleh meliuk ke epok; lihat jadual.

Sumber radio Sagittarius A*, Yang merupakan penanda fizikal terbaik pusat galaksi sebenar, terletak di 17h 45m 40.0409s, −29° 00' 28.118" (J2000).[2] Dibulatkan kepada bilangan digit yang sama seperti jadual, 17h 45.7m, −29.01° (J2000), terdapat satu ofset lebih kurang 0.07° dari pusat koordinat yang ditentukan, baik dalam anggaran ralat ±0.1° pada 1958. Kerana kedudukan Matahari, yang kini terletak ~56·75 ± 6·20 tahun cahaya di utara pertengahan satah, dan definisi heliosentrik yang diterima pakai oleh IAU, koordinat galaksi Sgr A* adalah latitud 0° 07' 12" selatan, longitud 0° 04' 06".

Koordinat segi empat[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua variasi koordinat segi empat utama galaksi, biasanya digunakan untuk mengira halaju ruang objek galaksi. Dalam sistem ini, paksi xyz ditetapkan UVW, tetapi definisi berbeza mengikut pengarang. Dalam satu sistem, paksi U diarahkan ke pusat galaksi (l = 0°), dan ia sistem tangan kanan (positif ke arah timur dan ke arah kutub galaksi utara); yang lain, paksi U pula diarahkan ke anti pusat galaksi (l = 180°), dan ia adalah sistem tangan kiri (positif ke arah timur dan ke arah kutub galaksi utara).[4]

Dalam buruj[sunting | sunting sumber]

Anisotropi ketumpatan bintang di langit malam menjadikan sistem koordinat galaksi sangat berguna untuk menyelaraskan kaji selidik, kedua-duanya yang memerlukan kepadatan bintang yang tinggi pada latitud galaksi yang rendah, dan yang memerlukan kepadatan bintang yang rendah di latitud galaksi yang tinggi. Untuk imej ini, unjuran Mollweide telah digunakan, biasa dalam peta yang menggunakan koordinat galaksi.

Khatulistiwa galaksi merentangi melalui buruj berikut:[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Blaauw, A.; Gum, C.S.; Pawsey, J.L.; Westerhout, G. (1960). "The new IAU system of galactic coordinates (1958 revision)". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 121 (2): 123. Bibcode:1960MNRAS.121..123B. doi:10.1093/mnras/121.2.123.
  2. ^ a b Reid, M.J.; Brunthaler, A. (2004). "The Proper Motion of Sagittarius A*". The Astrophysical Journal. The American Astronomical Society. 616 (2): 874, 883. arXiv:astro-ph/0408107. Bibcode:2004ApJ...616..872R. doi:10.1086/424960. Dicapai pada 2012-06-26.
  3. ^ James Binney, Michael Merrifield (1998). Galactic Astronomy. Princeton University Press. m/s. 30–31. ISBN 0-691-02565-7.
  4. ^ Johnson, Dean R.H.; Soderblom, David R. (1987). "Calculating galactic space velocities and their uncertainties, with an application to the Ursa Major group". Astronomical Journal. 93: 864. Bibcode:1987AJ.....93..864J. doi:10.1086/114370.
  5. ^ "SEDS Milky Way Constellations".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]