Sistem otot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem otot
Ilustrasi otot bahagian hadapan badan manusia, abad ke-19.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinSystema musculare
TAA04.0.00.000
A04.6.02.001
A04.7.02.001
FMAFMA:72954
Terminologi anatomi

Sistem otot ialah sistem organ pada haiwan, termasuk manusia yang mengizinkan seekor makhluk untuk bergerak, mengekalkan suatu postur dan membolehkan aliran darah.[1] Sistem otot pada vertebrata dikawal sistem saraf, walaupun beberapa jenis otot seperti otot jantung dapat berfungsi tanpa kawalan luar

Jenis otot[sunting | sunting sumber]

Otot dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu otot rangka, otot licin dan otot jantung/kardium.

Otot rangka[sunting | sunting sumber]

Otot rangka ialah jenis otot yang melekat pada tulang. Bahagian tubuh manusia yang berdaging merupakan otot rangka. Hirisan melintang otot ini memperlihatkan beribu-ribu gentian otot. Gentian-gentian itu tersusun dalam berkas-berkas yang sejajar, dan terikat sesamanya oleh jaringan penyambung yang dilalui oleh pembuluh darah dan saraf. Ukuran diameter otot ini 50 mikron dengan panjang 2.5 cm.[2] Pengecutan otot rangka adalah cepat, kuat, dan bersifat sedar (atas kemahuan empunya badan). Setiap gentian otot dibungkus oleh endomisium, dan kumpulan berkas gentian dibungkus oleh fasia propia atau perimisium, sedangkan otot (daging) dibungkus oleh selaput fasia super fisalis/epimisium. Endomisium, perimisium, dan epimisium bergabung membentuk urat (tendon) yang melekatkan otot pada tulang.

Otot licin[sunting | sunting sumber]

Sel otot licin memiliki bentuk memanjang dengan kedua-dua hujungnya runcing, dan memiliki nukleus yang terletak di tengah sel otot. Serat miofibril pada otot licin bersifat homogen dan lebih kecil dari gentian otot rangka. Otot licin terdapat di dinding salur darah, dinding saluran pencernaan, paru-paru dan ovari. Otot ini bersifat lambat bereaksi dalam menerima rangsangan, tetapi dapat menahan kelelahan, dan bekerja di bawah pengaruh saraf tak sedar (tidak memerlukan kemahuan empunya badan).[3]

Otot jantung[sunting | sunting sumber]

Otot jantung dijumpai hanya pada dinding jantung. Struktur otot jantung menyerupai otot licin dengan nukleus terletak di tengah sel dan memiliki percabangan. Setiap percabangan pada otot jantung mempunyai jaringan pengikat yang disebut cakera selit. Otot jantung juga bekerja di bawah pengaruh saraf tak sedar, cepat bereaksi terhadap rangsangan, dan tahan terhadap kelelahan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ross, Michael H. (2011). Histology : a text and atlas : with correlated cell and molecular biology. Pawlina, Wojciech. (ed. 6th). Philadelphia: Wolters Kluwer/Lippincott Williams & Wilkins Health. ISBN 9780781772006. OCLC 548651322.
  2. ^ Endang & Idun. (2009). Biologi Makhluk Hidup dan Lingkungannya
  3. ^ a b Faidah Rachmawati. (2009). Biologi