Sistem pembiakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sistem pembiakan
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinsystema reproductionis
TAA09.0.00.000
FMA7160 FMA:75572, 7160
Terminologi anatomi

Sistem pembiakan ialah sistem yang merangkumi sekumpulan organ seks dalam suatu organisma yang bekerjasama dalam pembiakan seks. Selain itu, bahan-bahan bukan hidup seperti bendalir, hormon dan feromon juga memainkan peranan dalam sistem pembiakan.[1]

Haiwan[sunting | sunting sumber]

Manusia[sunting | sunting sumber]

Lelaki[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem pembiakan lelaki, organ-organ pembiakan lelaki utama termasuklah testis yang menghasilkan sperma dan zakar. Kedua-dua organ ini terletak di luar badan untuk memastikan suhu sperma adalah optimum, yakni kira-kira 2 ke 3 °C lebih rendah daripada suhu badan.

Secara umumnya, terdapat tiga bahagian dalam sistem pembiakan lelaki. Bahagian pertama ialah bahagian penghasilan dan penyimpanan sperma, yakni testis, organ penghasil sperma yang dikelilingi oleh skrotum dan epididimis, tempat pematangan dan penyimpanan sperma. Bahagian kedua ialah bahagian kelenjar penghasilan air mani yang termasuk vesikel semen, prostat dan vas deferens. Bahagian terakhir ialah bahagian pengeluaran sperma dari badan lelaki seperti zakar, uretra, vas deferens dan kelenjar Cowper.

Perempuan[sunting | sunting sumber]

Sistem pembiakan perempuan terdiri daripada sekumpulan organ seks perempuan yang berada di dalam badan seorang perempuan, secara tepatnya di kawasan pelvis dan menyumbang kepada pembiakan manusia.

Terdapat tiga bahagian dalam sistem pembiakan ini. Bahagian pertama ialah vulva, yakni bahagian faraj. Bahagian seterusnya ialah uterus yang menjadi kawasan pematangan fetus dan bahagian terakhir ialah ovari yang menghasilkan sel ovum.

Anjing[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing domestik boleh mencapai kematangan seksual pada umur 6 hingga 12 bulan, tetapi boleh menjangkau hingga umur dua tahun bagi sesetengah baka bersaiz besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Introduction to the Reproductive System, Epidemiology and End Results (SEER) Program. Diarkibkan October 24, 2007, di Wayback Machine.