Sistem tulisan cirian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam sistem tulisan cirian, bentuk simbol (seperti huruf) bukan bersifat sembarangan tetapi menerapkan ciri-ciri fonologi fonem yang mereka wakili. Istilah cirian (featural) diperkenalkan oleh Geoffrey Sampson untuk menggambarkan aksara Korea[1]:120 dan trengkas Pitman.[1]:40

Joe Martin memperkenalkan istilah notasi cirian (featural notation) untuk memerikan sistem tulisan yang merangkumkan simbol untuk mewakili ciri-ciri individu dan bukannya fonem. Dia menegaskan bahawa "aksara tidak mempunyai simbol untuk sesuatu yang lebih kecil daripada fonem".[2]:5

Aksara cirian mewakili butiran yang lebih terperinci daripada aksara alfabet. Dalam hal ini, simbol tidak mewakili keseluruhan fonem, melainkan unsur-unsur (ciri-ciri) yang membentuk fonem, seperti penyuaraan atau daerah artikulasi. Secara teorinya, setiap ciri boleh ditulis dengan huruf terpisah; aksara abjad atau abugida, atau juga aksara sukukataan, boleh menjadi bersifat cirian, tetapi satu-satunya sistem jenis ini yang menonjol hanyalah aksara Korea, juga dikenali sebagai aksara Hangul. Dalam aksara Korea, simbol-simbol cirian digabungkan menjadi huruf berabjad, dan huruf-huruf ini kemudiannya digabungkan menjadi blok bersuku kata, jadi sistem tersebut menggabungkan tiga tahap perwakilan fonologi.

Beberapa sarjana (mis. John DeFrancis) menolak kelas ini atau sekurang-kurangnya menolak pelabelan aksara Korea sebegitu. Aksara lain termasuk stenograf dan aksara aturbinaan oleh penghobi dan penulis fiksyen (seperti Tengwar), yang kebanyakannya mempunyai reka bentuk grafik canggih yang sesuai dengan sifat fonologi. Unit asas penulisan dalam sistem-sistem ini dapat memetakan apa sahaja dari fonem hingga ke perkataan. Bahkan telah ditunjukkan bahawa aksara Latin juga mempunyai "ciri-ciri" sub-aksara.[3] 

Contoh-contoh sistem cirian[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai kecil contoh-contoh sistem tulisan cirian mengikut tarikh penciptaan. Bahasa-bahasa berserta setiap sistem yang dibangunkan juga ditunjukkan.

Abad ke-15[sunting | sunting sumber]

Abad ke-19[sunting | sunting sumber]

Abad ke-20[sunting | sunting sumber]

Abad ke-21[sunting | sunting sumber]

Sistem separa cirian[sunting | sunting sumber]

Aksara-aksara yang lain boleh mempunyai unsur cirian yang terhad. Banyak bahasa yang ditulis dalam aksara Rumi menggunakan diakritik, dan huruf-huruf yang menggunakan diakritik kadangkala dianggap sebagai huruf terpisah dalam aksara sesebuah bahasa. Alfabet bahasa Poland, sebagai contoh, menunjukkan artikulasi lelangitan beberapa konsonan dengan aksen akut. Alfabet bahasa Turki menggunakan kehadiran satu atau dua titik di atas vokal untuk menunjukkan bahawa ia adalah vokal depan. Aksara kana Jepun menunjukkan konsonan yang disuarakan dengan tanda yang dikenali sebagai dakuten. Aksara Fonetik Antarabangsa (IPA) juga mempunyai beberapa unsur cirian, contohnya pada cangkuk dan ekor yang merupakan ciri implosif, ɓ ɗ ʄ ɠ ʛ, dan konsonan retroflex, ʈ ɖ ʂ ʐ ɳ ɻ ɽ ɭ. Diakritik IPA juga bersifat cirian. Aksara Fraser yang digunakan untuk bahasa Lisu memutarkan huruf untuk konsonan tenuis/p/, ꓔ /t/, ꓝ /ts/, ꓚ /tʃ/, dan ꓗ /k/ 180° untuk menunjukkan penghembusan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sampson, Geoffrey (1990). Writing Systems. Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-1756-4.
  2. ^ a b Martin, Joe. A Linguistic Comparison: Two Notation Systems for Signed Languages (PDF) (Tesis).
  3. ^ See Primus, Beatrice (2004), "A featural analysis of the Modern Roman Alphabet" (PDF), Written Language and Literacy, 7 (2): 235–274, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-10, dicapai pada 2015-12-05.