Sisworo Gautama Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sisworo Gautama Putra (26 Mei 1938 – 5 Januari 1993) merupakan seorang pengarah filem dan penulis skrip Indonesia, terkenal dengan karyanya dalam filem seram.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kisaran di Sumatera Utara, Sisworo dilatih sebagai pengarah pada tahun 1961. Pada tahun 1962 beliau mula bekerja di studio Gema Period Film. Beliau bekerja sebagai pengurus unit penulis skuad, pengurus penerbitan dan kemudian penolong pengarah.

Kemunculan solonya sebagai pengarah bermula pada tahun 1972 dengan filem Dendam si Anak Haram, di mana skrip itu juga ditulis olehnya. Beliau merupakan seorang pengarah yang berjaya semasa zaman kegemilangan sinema Indonesia dari tahun 1970-an hingga awal 1990-an dan sering mengarahkan filem-filem seram yang popular seperti Sundelbolong,[1] Telaga Angker, dan Nyi Ageng Ratu Pemika, kerap bekrja dengan pelakon seperti Suzzanna, Ratno Timoer, Barry Prima, dan George Rudy.

Filem terakhirnya, Misteri di Malam Pengantin, dikeluarkan selepas kematiannya pada 5 Januari 1993.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • 1962 - Tudjuh Prajurit
  • 1963 - Djakarta by Pass
  • 1964 - Ekspedisi Terakhir
  • 1965 - Buruh Pelabuhan
  • 1970 - Honey, Money and Djakarta Fair
  • 1971 - Di Udjung Badik
  • 1972 - Angkara Murka dan Dendam si Anak Haram
  • 1973 - Marabunta dan Manusia Terakhir
  • 1976 - Rajawali Sakti dan Cinta Kasih Mama
  • 1977 - Papa dan Dua Pendekar Pembelah Langit
  • 1978 - Primitif
  • 1980 - Aladin dan Lampu Wasiat dan Pengabdi Setan
  • 1981 - Jaka Sembung Sang Penakluk, Srigala dan Sundelbolong
  • 1982 - Nyi Blorong
  • 1983 - Nyi Ageng Ratu Pemikat dan Perkawinan Nyi Blorong
  • 1984 - Usia Dalam Gejolak dan Telaga Angker
  • 1985 - Bangunnya Nyi Roro Kidul dan Ratu Sakti Calon Arang
  • 1986 - Malam Jumat Kliwon' dan Petualangan Cinta Nyi Blorong
  • 1987 - Samson dan Delilah
  • 1988 - Malam Satu Suro, Malu-Malu Mau dan Santet
  • 1989 - Wanita Harimau / Santet II dan Pusaka Penyebar Maut
  • 1990 - Titisan Dewi Ular
  • 1991 - Perjanjian di Malam Keramat dan Ajian Ratu Laut Kidul
  • 1992 - Kembalinya si Janda Kembang
  • 1993 - Misteri di Malam Pengantin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Salim Said, John H. McGlynn, Karl G. Heider (1991). Cinema of Indonesia. Festival of Indonesia Foundation. ISBN 1-879578-00-X.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "Indonesian director, Sisworo Gautama Putra dies", New Straits Times, 6 January 1993.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]