Sita Air
| |||||||
Ditubuhkan | 2003 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan | ||||||
Hab kedua | Lapangan Terbang Pokhara, Lapangan Terbang Nepalganj | ||||||
Pesawat | 4 | ||||||
Destinasi | 9 | ||||||
Ibu pejabat | Kathmandu | ||||||
Orang penting |
| ||||||
Laman web | www.sitaair.com.np |
Sita Air adalah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Sinamangal, Kathmandu, Nepal; Pangkalan utama syarikat penerbangan adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan dengan hub di Lapangan Terbang Pokhara dan Lapangan Terbang Nepalganj. Pada bulan Ogos 2014, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal melarang syarikat penerbangan ini daripada membawa penumpang kerana bimbangan akan keselamatan dan gagal memenuhi piawaian antarabangsa. Syarikat penerbangan ini dibenarkan untuk meneruskan operasi penerbangan kargo. Walau bagaimanapun, menjelang 2016, syarikat penerbangan itu dibenarkan kembali mengendalikan perkhidmatan penumpang.

Sejarah
[sunting | sunting sumber]Syarikat penerbangan ini memperolehi sijil pengendali udara pada tahun 2000, dan ditubuhkan pada bulan Oktober 2000, tetapi tidak beroperasi sehingga tahun 2003 disebabkan oleh pergolakan politik di Nepal. Operasi bermula pada 6 Februari 2003 dengan satu Dornier Do 228; pesawat kedua telah ditambah pada bulan April 2003. Pada tahun 2016, syarikat penerbangan ini dijual kepada Agrawal Group yang berpangkalan di Biratnagar sebanyak NPR 550,000,000. Pada 2017, Sita Air membeli dua lagi Dornier 28 daripada Simrik Airlines.
Destinasi
[sunting | sunting sumber]Sita Air kini mengendalikan perkhidmatan ke destinasi domestik yang berikut (sehingga Mac 2017):
Hab | |
Bermusim/Servis Sewa | |
Ditamatkan |
Bandar | Daerah | Lapangan Terbang |
---|---|---|
Bajura | Bajura | Lapangan Terbang Bajura |
Chandannath | Jumla | Lapangan Terbang Jumla |
Jomsom | Mustang | Lapangan Terbang Jomsom |
Juphal | Humla | Lapangan Terbang Dolpa |
Kathmandu | Kathmandu | Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan |
Lukla | Solukhumbu | Lapangan Terbang Tenzing–Hillary |
Manthali | Ramechhap | Lapangan Terbang Ramechhap |
Nepalganj | Banke | Lapangan Terbang Nepalganj |
Phaplu | Sankhuwasabha | Lapangan Terbang Phaplu |
Pokhara | Kaski]] | Lapangan Terbang Pokhara |
Rara National Park | Mugu | Lapangan Terbang Talcha |
Simikot | Humla | Lapangan Terbang Simikot |
Tumlingtar | Sankhuwasabha | Lapangan Terbang Tumlingtar |
Pesawat
[sunting | sunting sumber]Sita Air mengendalikan pesawat berikut:
- 4 Dornier Do 228[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Flight Schedule". Sita Air. Dicapai pada 1 May 2018.
- ^ Sita Air Fleet Diarkibkan 2014-11-01 di Wayback Machine Retrieved 4 March 2011
- ^ Sita Air has no registered ICAO code allocated, but uses 'STA' on scheduling, ticketing and baggage (as an official ICAO code would be used). However, officially, the ICAO Code 'STA' is allocated to Star Aviation UK.[1]