Siti Elizad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Elizad Sharifuddin" dilencongkan di sini.
Siti Elizad
KelahiranSiti Elizad binti Mohamad Sharifuddin
(1984-05-25) 25 Mei 1984 (umur 35)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainElizad Sharifuddin, Ejad
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, model dan penyampai radio
Tahun aktif
  • 1994–1999 (sebagai pelakon kanak-kanak)
  • 2004–kini (sebagai pelakon sepenuh masa)
PasanganShamsul Baharin Rahman (berkahwin 2015)

Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin (lahir 25 Mei 1984) merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.[3]

Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Siti Elizad, lebih mesra dengan panggilan Ejad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin (lahir 1944/1949) dan Nazariah Mohd Salleh (1951-2013), beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan juga berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1994 ketika berusia 10 tahun sebagai pelakon kanak-kanak di TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, beliau meninggalkan bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Pada tahun 1998, pada usia 14 tahun, beliau pernah menyertai pertandingan Asia Bagus di Singapura. Tidak terhenti di situ, beliau juga turut mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat rancangan One In A Million musim ketiga yang bersiaran pada 2008.[4]

Siti Elizad kembali aktif pada 2004 apabila beliau membintangi filem sulungnya, Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Zulhijjah.[5] Seterusnya, pada 2005, beliau membintangi dua filem — Gangster arahan Bade Hj. Azmi dan Rock arahan Mamat Khalid.

Beliau kemudian berehat dari bidang hiburan selama tujuh tahun dari tahun 2006 sehingga 2013 kerana menjaga ibu Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh yang kurang sihat, sehinggalah ibunya meninggal dunia, sebelum kembali aktif.[6]

Beliau bersama Ungku Ismail Aziz muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mencetuskan kempen kesedaran kanser dengan nama sama, yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).[7]

Kejayaan beliau hadir pada 2015 ialah menerusi watak utama lakonannya sebagai Kyra Lydia dalam drama Slot Akasia TV3, Teman Lelaki Upahan yang kembali menggandingkan beliau bersama Ungku Ismail Aziz. Selepas Teman Lelaki Upahan, beliau muncul dalam dua lagi siri drama lakonannya, Dia Isteri Luar Biasa dan Aku Pilih Kamu serta filem Coverina bersama Pekin Ibrahim. Elizad sekali lagi bergandingan bersama Ungku Ismail dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai, jam 9.30 malam di TV1.[8] Dalam telefilem arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini berkisarkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda Airin dalam mengharungi kehidupan yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid.[8]

Beliau juga berbakat dalam bidang muzik apabila menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menerima wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.[9][10] Ibunya sendiri, Allahyarhamah Nazariah, ketika hayatnya pernah menyatakan impian beliau untuk melihat Elizad mencipta nama dalam bidang seni suara.[4]

Pada tahun 2016, beliau muncul dalam drama Lambaian Ramadan bersempena bulan Ramadan, seterusnya berlakon bersama Amar Baharin dalam siri drama Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Dalam drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Fazlyn Ridz, Elizad memegang watak sebagai Tengku Nur Edrina, seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Elizad dan Amar didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.[11]

Gempak Superstar[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Siti Elizad menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Tiada Lagi" nyanyian asal Mayang Sari
  2. Minggu 2: "Ku Bahagia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  3. Minggu 3: "Pengemis Cinta" nyanyian asal Ella
  4. Minggu 4: "Iris" nyanyian asal Kumpulan Wings dan "Cintaku 100%" nyanyian asal Mas Idayu
  5. Minggu 5: "Gerimis Mengundang" nyanyian asal Slam (duet bersama Ronnie Hussein)
  6. Minggu 6: "Makhluk Tuhan Paling Sexy" nyanyian asal Mulan Jameela dan "Ketulusan Hati" nyanyian asal Anuar Zain

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei) Separuh Akhir (8/Mei) Akhir(15/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
1 Siti Elizad Kekal Pertama ke-2 ke-2 ke-3 (3 Tercorot) Juara

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Elizad mengalami masalah kesihatan. Bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin menghidap penyakit mata,[12] manakala ibunya, Nazariah Mohd Salleh pula menghidap penyakit Parkinson dan meninggal dunia pada Januari 2013.

Beliau berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.[13][14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Pengarah Catatan
2004 Berlari Ke Langit Zulhijjah Bade Hj. Azmi Filem pertama
2005 Gangster Ria Bade Hj. Azmi
Rock Mamat Khalid
2006 Bilut Bade Hj. Azmi
Main-Main Cinta Abdul Razak Mohaideen
2007 Cinta Yang Satu[15] Zulkifli M. Osman
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Dayang Majed Salleh di samping Farid Kamil & Uji Rashid
2014 Tembus Anissa Ahmad Idham
2015 Coverina Rina Khalid Nadzri
2016 Harmonika Ika Raja Mukhriz
2017 Kolestrol vs Cinta Eyra Rahman Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Mas Kahwin Mas Astro Prima
2010 Adnan Sempit the Series Astro Warna
2011 Cinta Antara Kita TV3
Jamilah I Love You Astro Ria
2013 Iman Nabila TV3
Tanah Kubur Musim 8 Ayyah Astro Oasis Episod: "Zalim Dusta"
Aku Isterinya Lisa TV3
Kerana Lelaki Itu Diana TV3
2014 Jiwa TV3
Kerana Terpaksa Aku Relakan Ilyana TV3
Masihkah Ada Cinta Leen TV3
2015 Teman Lelaki Upahan Kyra Lydia TV3
Dia Isteri Luar Biasa Kak Long Zahra TV3
Aku Pilih Kamu Nadiya TV3
2016 Bodyguard TV3
Lambaian Ramadan Shila TV3
Si Kolot Suamiku Tengku Edrina Astro Ria
2017 Papa Ricky Zara Astro Ria
My Darling, Inspektor Daniel Inspektor Hannah Astro Ria
Syurga Yang Kedua Sabrina Astro Prima
2018 Gerak Khas (Musim 18) Sofia TV2
Dian Dian ntv7
2019 Cinta Tanpa Henti Maya TV3
Aku Yang Kau Tinggalkan Nia Athirah TV1
Puteri Yang Ditukar Aini Astro Prima

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Bersalji Di Kuala Lumpur
2013 Korban Kasih Amanina TV AlHijrah
2014 Mambo No. 5
2015 Mimi Tapau
Isteriku Bukan Tukang Masak
Travelling Beruang
2016 Ayah Den Lopeh
Jubah Untuk Airin Airin
Duit Raya
2017 Puisi Sedih Al-Kitab Nadirah TV3
Rasuk Cicakwoman Astro Citra & Astro Mustika HD
Menantu Malam Raya Astro Ria & Astro Ria HD
2018 Kampung Kuala Lambat Astro Citra & Astro Mustika HD
Setan Dalam Poket Yati Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2016 Gempak Superstar Astro Ria Juara[16][17]
Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod 9 sebagai Artis Jemputan
2017 Super Spontan Superstar 2017 Astro Warna Artis jemputan
2018 Super Spontan Xtravaganza
2019 Mingguan Wanita Astro Prima

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Artis undangan Ruj.
2019 "Ratu" Faizal Tahir

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 N/A Dicalonkan
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Drama Tulus Cinta Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dunia baharu Siti Elizad Kosmo!. 7 Mei 2016.
  2. ^ Impak pesona Siti Elizad Kosmo!. 5 Oktober 2016.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid, "Elizad semakin selesa di lokasi", Berita Harian, 28 Disember 2003.
  4. ^ a b Siti Elizad cuba tunai hasrat ibu Zaidi Mohamad. BH Online. 31 Mac 2016.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Julai 2004). Berlari Ke Langit naikkan Elizad Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  6. ^ Siti Elizad rindu rendang arwah ibu.
  7. ^ Telefilem Travelling Beruang jadi kempen kanser Berita Harian. 14 Jun 2015.
  8. ^ a b Telemovie JUBAH UNTUK AIRIN Satukan Siti Elizad & Ungku Ismail Budiey. Sensasi Selebriti. 4 Julai 2016.
  9. ^ Elizad Juara Gempak Superstar Astro Gempak. 16 Mei 2016.
  10. ^ Tidak harap trofi Amirah Amali Syafaat. Utusan Malaysia. 2 Oktober 2016.
  11. ^ Siti Elizad mohon maaf lakonan mesra bersama Amar Baharin Feride Hikmet Atak. BH Online. 7 September 2016.
  12. ^ Siti Elizad guna wang kemenangan ubati penyakit mata bapa mStar. 16 Mei 2016.
  13. ^ Elizad dah bergelar isteri Harian Metro. 7 April 2015.
  14. ^ Shamsul penyelamat Elizad Kosmo!. 14 April 2015.
  15. ^ Nor Fadzilah Baharudin (9 Februari 2007). Siti Elizad harap tuah Cinta Yang Satu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Februari 2015.
  16. ^ Siti Elizad Juara Gempak Superstar, Bawa Pulang RM100,000 mStar. 16 Mei 2016.
  17. ^ RM 100, 000 milik Siti Elizad Sudirman Mohd Tahir. Harian Metro. 16 Mei 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]