Siti Fazurina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siti Fazurina
Kelahiran
Siti Fazurina binti Muhammad Famir

(1982-06-09) 9 Jun 1982 (umur 40)
Nama lainSiti Fazurina, Nina Fazurina
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2004–kini
PasanganMohamad Hykal Zulkifli (k. 2013)

Siti Fazurina Muhammad Famir (lahir pada 9 Jun 1982) merupakan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Sungai Petani, Kedah.[1] Beliau juga sibuk menguruskan perniagaan busana Muslimah, Nina Fazurina Collection dan jual kek serta biskut, Nina Fazurina Cakes & Cookies.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Namanya mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.

Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai terbitan turunan kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan. Beliau sering digandingkan dengan pelawak Zul Yahya bermula dengan siri tersebut hinggalah ke beberapa siri TV lain selepas itu seperti Misi Betty pada 2011. Siri komedi lain lakonannya yang tidak kurang popular adalah Kelab Jeng Jeng.

Di layar perak pula, beliau membintangi filem-filem komedi seperti Senario XX (2005) bergandingan bersama Saiful Apek, Estet (2010) arahan Mamat Khalid dan Baik Giler (2012) bersama Zizan Razak. Selain itu beliau juga berkemampuan membawa watak-watak dramatik seperti wataknya dalam siri TV Biarlah Rahsia dan Trilogi Cinta bersama Rosyam Nor.

Pada tahun 2017, Fazurina membintangi telefilem bertajuk Kalbu Pun Berzikir yang bakal ditayangkan di Astro Citra & Astro Mustika HD pada tarikh 26 Februari 2017. Beliau memulakan kerjaya pengarahan dengan mengarahkan teater Dara Ka Janda.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fazurina merupakan anak jati Sungai Petani, Kedah biarpun beliau dilahirkan Hospital Besar Kuala Lumpur. Merupakan anak kedua daripada lima beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Dan Menengah Father Barre's Convent Sg.Petani Kedah. Beliau memegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra. Beliau juga telah berkahwin dengan Mohamad Hykal Zulkifli.[4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Senario XX Zolidia
2010 Estet Rakan Geetha
2012 Baik Giler
2014 Hantu Bukit Cina

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005-2006 Puteri Anita TV3
2005-2007 Dunia Anita
2006 Biarlah Rahsia
2007 Cinta Rahsia
2009 Ceplos TV3
2009-2010 Kelab Jeng Jeng
2011 Misi Betty
2011 Trilogi Cinta TV1
2013 Hana
2017 Miss Kapten Cikgu Waiz Sofea Gebu TV3
2020 Boss... Mama Kirim Salam Azra TV AlHijrah
2021 Cheritera Bawang Putih TV9
2022 Derhaka Cinta Jebat Amira TV1
Puteri Reunion Anita TV3
Misi Anak Bulan Juriah TV9

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Loklak Rita TV1
Relung Kasih
Pusara Ku Pelamin Ayah
Ingin Terbang Jauh
Bunga Terakhir
Stok Lama
Selangkah Ke Syurga
Perigi Kontang
Pendekar Latido
Duda Berhias
Cheongsam Untuk Ibu
Bas Raya
Tetamu Malam
Tipah Torpedo
Gurukah Aku
2017 Kalbu Pun Berzikir Astro Citra
Huru Hara Raya
2019 Cikgu Pencen TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tajuk Saluran TV
Sarapan Apa TV1

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tajuk
Telekom Olympic

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2002-03 Dewi Remaja 2002-2003 N/A N/A Finalis
2005 Anugerah Skrin 2005 Anugerah Bintang Baru Pantene 2005 N/A Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (31 Disember 2017). Siti Fazurina akui populariti semakin pudar Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  2. ^ Norhidayyu Zainal (6 Mei 2015). Siti Fazurina kembali aktif Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2015.
  3. ^ Eylla Syaharith (2 Januari 2017). Dara Ka Janda Nina Fazurina Raih Sambutan Memberangsangkan Rojak Daily. Ducapai pada 10 Ogos 2017. "Seramai 5,000 penonton menyaksikan pementasan teater tersebut, malam tadi.".
  4. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (14 Disember 2017). Masih bahagia - Siti Fazurina Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (26 Mac 2013). Pelakon Siti Fazurina Akhirnya Akur Dinikahkan Kali Kedua mStar Online. Dicapai pada 10 Ogos 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]