Siti Khatijah Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Kat Hassan" dilencongkan di sini.
Kat Hassan
KelahiranSiti Khatijah binti Hassan
1987 (umur 31–32)
Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2006–kini

Siti Khatijah Hassan (lahir 1987) atau lebih dikenali sebagai Kat, merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Mentor musim kedua dan dibimbing oleh Datuk Siti Nurhaliza.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Kat pernah terpilih sebagai peserta program realiti Mentor musim kedua yang mana beliau menjadi anak didik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. Sepanjang bersama Mentor 2, Kat tampil dengan vokal rock lantang dengan imej yang feminin.[2]

Kat melancarkan album solo pertamanya, Menggoda yang dikeluarkan pada 17 April 2012.[3] Kredit lakonan beliau termasuk Anak (2008) dan dua filem Lagenda Budak Setan (2012-14).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kat dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Beliau ialah adik ipar kepada penyanyi rock Amy Search.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wahiduzzaman (16 Mei 2012). "Kat Hassan Tidak Yakin Jadi Penyanyi". mStar Online. Dicapai 16 Mei 2012. 
  2. ^ Mohd Arif Nizam Abdullah (16 Mei 2012). "Kat Mentor 2 tenggelamkan vokal Siti Nurhaliza". mStar Online. Dicapai 16 Mei 2012. 
  3. ^ Nurul Nazirah Nazarudin (19 Mei 2012). "Kembali bangkit, Kat Hassan muncul Menggoda". Sinar Harian. Dicapai 19 Mei 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]