Siti Norsaida binti Tarudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Siti Saida" dan "Saida Tarudin" dilencongkan di sini.
Siti Saida
Nama lahirSiti Norsaida binti Tarudin
Kelahiran (1976-12-13) 13 Disember 1976 (umur 42)
Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Siti Nurhaliza Productions
Kegiatan berkaitan
Siti Nurhaliza, Siti Sairah

Siti Norsaida binti Tarudin, juga dikenali sebagai Siti Saida atau Saida Tarudin (lahir 13 Disember 1976) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang daripada bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam dan terkenal sebagai kakak kepada penyanyi legenda Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.[1]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Saida dilahirkan pada 13 Disember 1976 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (1942–2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 1948), seorang surirumah dan peniaga. Adiknya, Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursairah juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.

Beliau memulakan kerjayanya di Siti Nurhaliza Productions sewaktu penubuhannya pada 1998, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengurus Akaun.[1]

Beliau bersama adiknya, Siti Sairah muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Sedalamnya Cinta" dan "Dicuri Malam".[2]

Pada tahun 2016, beliau muncul dengan single "Setia" bersama pelakon Maya Matahari hasil nukilan Adi Priyo Sambodo (vokalis kumpulan 6ixth Sense).[1]

Persembahan Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Saida telah terpilih menjadi peserta dalam Akademi Fantasia musim keenam namun tersingkir pada Konsert kelima. Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:[3]

  • Minggu 1: "Terlalu Cinta" nyanyian Rossa
  • Minggu 2: "Dokter Cinta" nyanyian Dewi Dewi
  • Minggu 3: "Sepi Sekuntum Mawar Merah" nyanyian Ella
  • Minggu 4: "Hati Kama" nyanyian Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
  • Minggu 5: "Bila Bunga Berguguran" nyanyian Ogy Ahmad Daud

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Saida berkahwin dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, sehari selepas beliau meraikan ulang tahunnya ke-20, namun bercerai dengan cara tebus talak pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa (lahir 1997), Anas (lahir 1999), Khalid (lahir 2003), dan Siti Nurul Mashitah (lahir 2006).[4] Pada 5 Oktober 2016, beliau berkahwin kali kedua dengan Hafiizh Che Mat, dengan sekali lafaz, beliau dan Hafizh yang mesra dengan panggilan Apit sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Norhafizi Ab Rahim di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras, di sini pada jam 2.40 petang. Apit mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu.[5][6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Sedalamnya Cinta"[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Zaidi Mohamad (2 September 2016). "Saida mahu jadi seperti Siti Nurhaliza". Berita Harian. Dicapai 2 September 2016. 
  2. ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Dicapai 19 April 2010. 
  3. ^ Budiey (11 Mac 2008). "Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6". Sensasi Selebriti. Dicapai 19 April 2010. 
  4. ^ "Siti Saida & Mohd Ghazali Bercerai Secara Bai". Mohd Rohaizad. 8 Oktober 2011. 
  5. ^ Haslina Kamaludin (5 Oktober 2016). "Kakak Datuk Siti bernikah lagi". Sinar Harian. Dicapai 5 Oktober 2016. 
  6. ^ "Saida Tarudin Kembali Bergelar Isteri". Malaysian Digest. 5 Oktober 2016. Dicapai 5 Oktober 2016. 
  7. ^ "Sedalamnya Cinta single pertama Siti Saida". Sensasi Selebriti. 8 Ogos 2008. Dicapai 8 Ogos 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]