Syafiqa Melvin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin)
Syafiqa Melvin
Kelahiran
Siti Nur Syafiqa binti Amirol Melvin

(1989-09-16) 16 September 1989 (umur 34)
Nama lainFiqa
PendidikanSarjana Muda Sains Mikrobiologi
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanSosialit, Usahawan
PasanganZainal Abidin Osman Azhar Othman
Anak-anak2
Ibu bapaAmirol Melvin
Robiah Rahman
Saudara

Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (lahir 16 September 1989) ialah seorang sosialit Malaysia dan juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua di TV9. Beliau ialah kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin dan Syida Melvin.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Siti Nur Syafiqa, anak sulung daripada lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2012, Siti Nur mengakhiri zaman bujangnya bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman (52 tahun). Akhbar Sinar Harian melaporkan mereka bercinta selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.

Majlis pernikahan diadakan di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak. Sementara, majlis resepsi pada 14 Julai 2012 diadakan di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.

Pasangannya seorang duda dan ahli politik, Zainal Abidin telah kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 akibat barah hati dan paru-paru.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]