Siti Nurbaya (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siti Nurbaya)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sitti Nurbaya
Pengarang Marah Roesli
Judul asal Sitti Nurbaya: Kasih Tak Sampai
Negara Indonesia
Bahasa Indonesia
Genre Novel
Penerbit Balai Pustaka
Tarikh terbitan 1922
Jenis media Cetakan
Bil. muka surat 291 (cetakan ke-45)
ISBN 978-979-407-167-0
OCLC 436312085

Siti Nurbaya ialah sebuah novel Indonesia hasil karya Marah Roesli yang diterbitkan oleh Balai Pustaka di era 1930-an. Latar belakang novel ini ialah adat budaya Minangkabau di Padang. Ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih, Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang gagal kerana keadaan dan budaya pada masa itu. Pada 17 Ogos 1969, kerajaan Indonesia memberi Hadiah Tahunan kepada pengarang novel ini. Sebuah jambatan di Padang telah dinamakan Jambatan Siti Nurbaya.


Novel ini banyak mengkritik adat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Sumatera. Ia turut menyentuh soal-soal perkahwinan dalam masyarakat. Novel ini menjadi novel wajib di Malaysia dan diulang cetak 11 kali. Pada 1991, TVRI telah menyiarkan sinetron "Siti Nurbaya" yang dibintangi Novia Kolopaking sebagai Siti Nurbaya.