Siti Nurhaliza (dokumentari)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siti Nurhaliza
GenreBiografi hiburan
FormatDokumentari
PengarahBernard Chauly
Pencerita suara latar
Mike Cooper
Negara asalMalaysia
BahasaInggeris
Melayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifBernard Chauly
PenerbitLina Tan
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications
Syarikat pengedaran
A&E Television Networks
Penyiaran
Saluran asalThe History Channel
Siaran asal11 Januari 2012

Siti Nurhaliza ialah sebuah dokumentari biografi hiburan yang disiarkan di The History Channel (ASTRO Saluran 555) pada 11 Januari 2012.[1] Diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan oleh Red Communications, dokumentari selama sejam ini menyiarkan perjalanan hidup dan kerjaya penyanyi wanita Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.[2]

Dirakamkan dalam format definisi tinggi, tayangan perdana dokumentari Siti Nurhaliza di The History Channel bermula pada 11 Januari 2012 jam 10 malam sempena ulang tahun kelahiran Siti ke-33, diikuti dengan siaran ulangan pada 12, 14 dan 15 Januari 2012 pada jam 8 malam. Dokumentari ini juga boleh ditonton di YouTube.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Dokumentari ini mengupas mengenai perjalanan Datuk Siti Nurhaliza sepanjang kehidupan dan kerjayanya, termasuk kisah kehidupan peribadinya yang tidak pernah diketahui umum.[3] Kehidupan Datuk Siti semasa zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan membantu ibunya, Siti Salmah Bachik menjual kuih-muih termasuk keria dan karipap.[2] Ia turut memaparkan kesukaran yang dihadapi oleh Siti sewaktu melangkah ke dunia hiburan dengan melalui pelbagai ranjau dan duri namun semuanya dapat dihadapinya hingga berjaya bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia.[2] Hakikatnya beliau berjaya membuktikan anak gadis kampung sepertinya mampu menjadi bintang bersinar sekiranya bakat yang dianugerahkan itu digunakan pada jalan yang betul. Beliau juga turut berkongsi kenangan manis beliau bersama arwah ayahnya, Tarudin Ismail.[2][4]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Siti Nurhaliza diterbitkan oleh Red Communications untuk AETN All Asia Networks dan disiarkan di The History Channel (ASTRO Saluran 555) pada 11 Januari 2012 sempena ulang tahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza ke-33.[5][6] Siti menjadi tokoh Malaysia ketiga menjadi subjek biografi di ASTRO selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Seniman Agung P. Ramlee, dan penghibur No. 1 Asia Sudirman Haji Arshad. Lina Tan yang telah menerbitkan filem seperti Gol & Gincu (2005) dan Pisau Cukur (2009) bertindak sebagai penerbit dan Bernard Chauly sebagai pengarah dan penerbit eksekutif, dengan suara latar oleh Mike Cooper.

Dokumentari Siti Nurhaliza menampilkan temubual bersama kakak ipar dan pembantu peribadi Siti, Rozi Abdul Razak dan komposer Adnan Abu Hassan. Turut ditemuramah ialah jurusolek beliau, Nurul Shukor; penerbit Anugerah Industri Muzik, Jennifer Thompson; pereka fesyen, Michael Ong dan penerbit album Bryan Bouro yang menerbitkan album bahasa Inggeris sulung Siti, All Your Love. Personaliti TV Singapura, Najip Ali juga ditemuramah yang mana beliau mendedahkan Siti pernah menghadiri ujibakat Asia Bagus pada 1993.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Video Dokumentari Khas Siti Nurhaliza di Saluran History". Sensasi Selebriti. 10 Disember 2011. Dicapai pada 2013-05-12.
  2. ^ a b c d "Sejarah hidup tanpa memori". Kosmo!. 17 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2013-05-12.
  3. ^ "Siti Nurhaliza dedah rahsia sendiri". mSTAR Online. 2 Disember 2011. Dicapai pada 2013-05-12.
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (11 Januari 2012). "Terus mengharap yang terbaik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2013-05-12.
  5. ^ "Astro siar dokumentari Siti Nurhaliza". Sinar Harian. 12 Januari 2012. Dicapai pada 2013-05-12.
  6. ^ "History Channel Papar Dokumentari Biografi Dato Siti NurHaliza". Ishak Hasimi. 12 Januari 2012. Dicapai pada 2013-05-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]