Siti Nurhaliza Productions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai syarikat milik Siti Nurhaliza. Untuk anak syarikatnya, sila lihat Siti Nurhaliza Collections.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Swasta
Industri Media, hiburan
Ditubuhkan 12 Januari 1998; 20 tahun yang lalu (1998-01-12)
Pengasas Siti Nurhaliza
Ibu pejabat 35-1, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, 56100, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
Siti Nurhaliza (Pengasas & CEO)
Siti Nursairah Tarudin (Eksekutif Perhubungan Awam)
Saiful Bahri Tarudin (Pengarah Urusan)
Rozi Abdul Razak (Unit Promosi)
Siti Norsaida Tarudin (Pengurus Akaun)
Saiful Kadri Abdul Kadir (Pengurus Penerbitan)
Anak syarikat Siti Nurhaliza Collections
SN Mobile Digital
Siti Nurhaliza Marketing
Siti Sound
Laman sesawang www.snp.com.my

Siti Nurhaliza Productions (secara rasmi disingkat sebagai SNP) ialah sebuah syarikat rakaman, media dan hiburan Malaysia telah ditubuhkan pada 12 Januari 1998[nota 1] oleh penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang juga berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.[1]

Siti Nurhaliza sendiri bernaung di bawah syarikat miliknya, dan Transkripsi merupakan album pertama terbitan Siti Nurhaliza Productions. Selain menerbitkan album studio Siti Nurhaliza, syarikat ini juga menguruskan aktiviti seni penyanyi itu, menerbitkan beberapa rancangan televisyen tempatan, menganjurkan konsert dan sebagainya. Ibu pejabat SNP terletak di Taman Connaught, Cheras. SNP pernah menaungi sebuah kumpulan muzik indie Malaysia yang dikenali sebagai Coda.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Siti Nurhaliza menubuhkan syarikatnya bagi menguruskan kerjayanya selain untuk membalas jasa keluarganya.

Syarikat rakaman Suria Records (SRC) telah menguruskan perjalanan seni muzik Siti Nurhaliza selama lebih 3 tahun. Oleh kerana bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail menandatanganinya sebagai artis rakaman, ini bermakna beliau bebas memilih pasukan pengurusannya sendiri. Maka pada 12 Januari 1998, sehari selepas ulangtahun kelahiran beliau yang ke-19, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan pengurusan rasmi bagi menguruskan kerjaya muziknya.

Menurut Siti, ibu bapanya, Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail ialah orang kuat SNP, manakala adik-beradiknya termasuk beliau sendiri bertindak sebagai ahli Lembaga Pengarah dan ia adalah perniagaan keluarga yang dihadiahkan oleh Siti bagi membalas jasa keluarganya terhadap kerjayanya.

Biarpun memiliki syarikat dan pasukan pengurusannya sendiri, Siti Nurhaliza tetap bernaung di bawah Suria Records sehingga kontraknya sebagai artis rakaman, tamat pada 2005.

Pada 2004, SNP mula bergiat aktif menerbitkan rancangan televisyen. Muzikal Aidiladha ialah rancangan televisyen pertama yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions. Selepas itu, muncul pula rancangan Siti Nurhaliza 3D (Siti Nurhaliza Dari Dalam Diri) yang berkisarkan kehidupan peribadi Siti Nurhaliza dengan 13 episod yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada tahun yang sama, SNP menerbitkan rancangan Sukan dan Selebriti, sebuah rancangan yang melibatkan artis-artis popular tanahair dan personaliti sukan dalam pelbagai bidang yang bersiaran sebanyak 26 episod.

Pada 2006, SNP mula menerbitkan album Siti Nurhaliza, Transkripsi ialah album pertama Siti yang diterbitkan oleh SNP dan diterbitkan bersama oleh Suria Records, dan kemudiannya diikuti oleh Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008) dan album seterusnya.

Pada 2008, Siti Nurhaliza Productions mengambil kumpulan Coda sebagai artis naungan mereka, menjadikan mereka artis berkumpulan pertama di bawah SNP, dan seterusnya kumpulan itu muncul dengan album Retorik Audio setahun berikutnya.

Pada 2011, Siti Nurhaliza mengumumkan kerjasama syarikatnya dengan Universal Music Malaysia dengan memperkenalkan single "Galau", sambil menyatakan akan bernaung di bawah Universal selepas tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman lamanya, Suria Records. Album ke-16 Siti, Fragmen telah dikeluarkan pada 30 Jun 2014 dan merupakan album pertama Siti hasil kerjasama SNP dan Universal.

Pada Mei 2013, Dato’ Siti Nurhaliza melancarkan laman web rasmi beliau iaitu Siti Nurhaliza Official menerusi laman web rasmi di www.simplysiti.com.my.[3] Beliau telah menggabungkan segala maklumat serta aktiviti-aktiviti menarik mengenai syarikat rakamannya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions, produk kecantikan SimplySiti dan juga laman peminat beliau iaitu SitiZoners di dalam satu laman web yang sama.[3]

Pada Februari 2014, SNP dengan kerjasama Artelier Gallery, Publika, Kuala Lumpur menganjurkan pameran pertamanya yang diberi nama SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza, sebuah pameran seni lukisan yang diadakan selama sebulan, dari 27 Februari hingga 26 Mac, yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa.

Pada Jun 2016, Siti Nurhaliza Productions menandatangani kontrak memorandum persefahaman dengan i-Mizu (pengeluar minuman kesihatan) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dulu arwah ayah saya (Tarudin Ismail) ialah tempat tertinggi dalam Siti Nurhaliza Productions, begitu juga dengan emak (Siti Salmah Bachik). Mereka berdua adalah bos kami, saya sebagai pekerja, saya menjalankan tugas saya. Dan ini sebenarnya adalah perniagaan keluarga yang saya hadiahkan untuk membalas jasa baik keluarga saya.

— Siti Nurhaliza semasa ditemuramah dalam rancangan dokumentari biografinya di The History Channel.

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Anak syarikat Jenis dan platform Status terkini Ditubuhkan Catatan
Siti Nurhaliza Collections Cenderamata, barangan berjenama Aktif 2002 Peranan dan operasi syarikat ini adalah memperkenalkan barangan koleksi-koleksi Siti Nurhaliza dan album-album nyanyian artis.
Siti Nurhaliza Marketing Pemasaran Aktif 2003 Peranan utamanya ialah untuk memasarkan produk berkaitan Siti Nurhaliza.
SN Mobile Digital Telekomunikasi mudah alih Aktif 2006
Siti Sound Audio dan bunyi Aktif 2006

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Muzikal Aidiladha [4] Dirinya sendiri Rancangan televisyen pertama yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions
Siti Nurhaliza 3D (Diari Dalam Diri) [4] Dirinya sendiri Rancangan realiti TV 13 episod ini menyingkap tentang kehidupan peribadi Siti Nurhaliza
Syawal Datang Lagi [5] Dirinya sendiri Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di RTM
Variasi Fitri... Siti Nurhaliza [5] Dirinya sendiri Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di TV3
Aidilfitri Ku Bersama Siti Nurhaliza [5] Dirinya sendiri Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di Astro. Rancangan ini menerima anugerah Rancangan Televisyen Muzikal Khas Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005.[6]
2005 Nazam Lebaran Bersama Siti Nurhaliza Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri
2006 Sukan dan Selebriti Dirinya sendiri
2007 Detik Kehidupan Siti Nurhaliza [7] Dirinya sendiri
2008 Teratak Siti Nurhaliza [8] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri dimana Siti Nurhaliza dan dua adik-beradiknya, Siti Saida dan Siti Saerah mengadakan persembahan
Siti Nurhaliza Bersama Peminat [9] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
2009 Kasih Siti [10] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza [11] Pengacara Rancangan masakan 13 episod yang disiarkan sempena bulan Ramadhan bersama artis jemputan
Lentera Aidilfitri Dato' Siti [12] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Konsert Sesuci Lebaran Datuk Siti Nurhaliza [13] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
2010 Stylistika Siti [14] Dirinya sendiri Sebuah persembahan khas satu jam di mana beliau menggayakan pakaian kegemarannya dan membincangkan perkara kebanyakannya bermula dari permulaan awal beliau.
Konsert Di Hati Siti [15] Dirinya sendiri Persembahan pertama dengan TV9 dan juga persembahan pertama beliau di mana beliau menjemput idola beliau untuk mengadakan persembahan bersama-sama.
CT15 Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza [15] Dirinya sendiri
2011 SITI [16][a] Pengacara Rancangan bual bicara pertama beliau, dibahagikan kepada empat segmen berbeza - VIP Siti, Sentuhan Kasih, Perspektif Siti dan Simfoni Siti. Ia bersiaran di Astro Ria bermula 12 Februari 2011.
I-Klon Pengacara
2012 Podium [17] Dirinya sendiri Ia menampilkan perjalanan Siti Nurhaliza bersama syarikat produk kosmetik miliknya, SimplySiti yang bersiaran di RTM TV2
2013 Siti Ooo... Som! [18][a] Pengacara Sebuah rancangan gameshow 13 episod yang dihoskan bersama oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah. Ia dibahagikan kepada 6 segmen utama - Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2006 Transkripsi Siti Nurhaliza
2007 Hadiah Daripada Hati
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 10 Disember 2007
  • Format: CD, Muat turun digital
2008 Lentera Timur
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 26 Disember 2008
  • Format: CD, Muat turun digital
2009 Tahajjud Cinta
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 9 September 2009
  • Format: CD, muat turun digital
Retorik Audio
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 2009
  • Format: CD, muat turun digital
Coda
2010 Apresiasi
  • Album studio
  • Dikeluarkan: Mac 2010
  • Format: CD, Muat turun digital
Siti Saida, Siti Saerah
2014 Fragmen
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 29 Jun 2014
  • Format: CD, Muat turun digital
Siti Nurhaliza
2017 SimetriSiti
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 10 Mei 2017
  • Format: CD, Muat turun digital

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert jelajah dan persembahan residensi
Tahun Konsert Tarikh diadakan Lokasi
1999 Konsert Live Siti Nurhaliza 30 Oktober 1999 Stadium Putra, Bukit Jalil
2001 Konsert Mega Siti Nurhaliza 30 Jun 2001
2002 Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir 30 Mei-2 Jun 2002 Istana Budaya
2004 Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 Ogos 2004 Stadium Negara, Bukit Jalil
2009 SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza 26-28 Jun 2009 Istana Budaya
2013 Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza 20-24 September 2013
2015 Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 7 April 2015
Konsert Satu Suara, Vol. 2 7-8 November 2015

Pameran[sunting | sunting sumber]

Tahun Pameran Tarikh mula Tarikh tamat Lokasi
2014 SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza[19] 27 Februari 2014 26 Mac 2014 Artelier Gallery, Publika Kuala Lumpur

Artis[sunting | sunting sumber]

Bekas artis[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nota 1: Semasa awal penubuhannya, tumpuan utama Siti Nurhaliza Productions pada masa itu ialah menguruskan kerjaya Siti Nurhaliza (sejak 1998), menganjurkan konsert (sejak 1999) dan menerbitkan rancangan televisyen (sejak 2004). Bagaimanapun, mereka tidak menerbitkan album Siti Nurhaliza sehingga 2006, kerana Siti masih di bawah kontrak dengan Suria Records.
Nota kaki tambahan.
  1. ^ a b Diterbitkan bersama oleh Global Station Sdn. Bhd.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dato' Hajjah Siti Nurhaliza, SitiZone. Dicapai pada 30 Januari 2010.
  2. ^ a b Profil kumpulan Coda, artis baru Siti Nurhaliza Productions Sensasi Selebriti.
  3. ^ a b Dato Siti Nurhaliza Perkenalkan Laman Web Rasmi Untuk Peminat Oh Bulan!. 21 Mei 2013.
  4. ^ a b "Muzikal Aidiladha... dakwah seni Siti Nurhaliza". Utusan Online. 25 Januari 2004. Dicapai 2013-05-12. 
  5. ^ a b c "Siti Nurhaliza – Buat biskut `tunjuk-tunjuk'". Utusan Online. 28 Oktober 2004. Dicapai 2013-05-12. 
  6. ^ "10 tahun yang gemilang". Utusan Online. 2 April 2006. Dicapai 2013-05-12. 
  7. ^ Nik Ramzi Nik Hassan (Pengarah dan Penerbit) (2007). Detik Kehidupan Siti Nurhaliza (Penerbitan televisyen). Malaysia: TV3. 
  8. ^ "Mari bersantai di Teratak Siti Nurhaliza". mStar Online. 7 Ogos 2008. Dicapai 2013-05-12. 
  9. ^ Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (28 September 2008). "Meriahkan Adilfitri bersama rancangan raya televisyen". Utusan Online. Dicapai 2013-05-12. 
  10. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (12 September 2009). "TV3, TV9 semarak Aidilfitri". Harian Metro. Digital Collections DC5: Text Archive. Dicapai 2013-05-12. 
  11. ^ Keith Jonathan Deuntzer (5 Ogos 2009). "Chef Zam: Lauk Siti cukup masin dan pedas!". mStar Online. Dicapai 2013-05-12. 
  12. ^ "39 program baru Hari Raya di 5 saluran Astro". mStar Online. 1 September 2009. Dicapai 2013-05-12. 
  13. ^ Shazryn Mohd. Faizal (17 September 2009). "Semarak Syawal bersama Siti". Utusan Online. Dicapai 2013-05-12. 
  14. ^ Nani (8 September 2004). "Siti Nurhaliza & Faizal Tahir Jadi Taruhan". Gua.com.my. Dicapai 2013-05-12. 
  15. ^ a b Norliza Mohd Zakaria (8 September 2010). "Dua program raya menarik Siti Nurhaliza". Utusan Online. Dicapai 2013-05-12. 
  16. ^ "A chat with Siti". The Star. 11 Februari 2011. Dicapai 2013-05-12. 
  17. ^ Budiey (26 November 2012). "Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Di Hati 2012". Budiey.com. Dicapai 2013-05-16. 
  18. ^ "Siti Nurhaliza Jadi Pengacara 'Game Show' Pula". mStar Online. 26 Disember 2012. Dicapai 2013-05-12. 
  19. ^ Muzaffar Mustafa (19 Februari 2014). ""SITI: An Iconic Exhibition of Dato Siti Nurhaliza", ilham penggiat seni baru". Astro Awani. Dicapai 19 April 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]